Wednesday, February 20, 2013

Akhirnya Hj Hadi Akur Nuar LGBT Sebagai Perdana Menteri..


"Den tak layak, Karpal tak layak, LGE tak layak.. yang layak jadi PM ekaulah..den sotuju"
 

Elok-elok Perdana Menteri Malaysia terdiri daripada Presiden UMNO, seorang yang bertungkus lumus sejak empat tahun ini melakukan transformasi dalam pentadbiran, ekonomi dan politik demi rakyat tercinta, subuk pulak puak pakatan hendakkan seorang Perdana Menteri baru yang boleh dipersoalkan segala-galanya tentang dirinya.  
 
Sepatutnya Pas dan Hj Hadi ni sokong je DS Mohd najib sebagai Perdana Menteri, habis cerita, segalanya akan selamat nanti. Rakyat akan didahulukan termasuklah Hj Hadi sendiri.
 
Dalam kenyataan terbaru Hj Hadi seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Hj Hadi mengatakan mustahil DAP akan jadi Perdana Menteri kerana hanya bertanding paling banyak 50 kerusi(Ini pun bakal membuatkan Karpal melenting ni, sebab DAP berharap akan diberikan sekurang-kurangnya 65 kerusi.. Tahupun dia, sedarpun dia.
 
Tentu Hj Hadi juga sedar yang Pas hanya akan bertanding paling banyak kerusi ialah 66 dan PKR lebih 90 kerusi. Lalu apa maksudnya. Jika mengikut andaian Hj Hadi, kalau DAP tidak layak, maka Pas juga tidak layak tentulah yang paling layak PKR iaitu Nuar.
 
Secara tidak langsung Hj Hadi bersetuju dengan DAP dan Karpal bahawa Nuarlah yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Hj Hadi ini mungkin untuk mendinginkan sedikit percakaran dikalangan rakan kongsi dalam pakatan sekarang ini.
 
Sudah pastilah  kenyataan Hj Hadi ini akan mengundang rasa marah dari kalangan ahli akar umbi Pas dan juga Majlis Syura yang terang-terang tidak mahukan Nuar menjadi Ketua mereka. Kesian hj Hadi, sudahlah dihina oleh Nuar semasa berkempen di Sabah minggu lalu dimana Nuar mengatakan Hj Hadi ni tak tau, apa-apa, dia mengikut je apa yang mungkin Mat Sapu caturkan. Kesian mek amek den kek Hj Hadi ni.
 
Itu kalau pakatan monanglah. Bagaimana pulak jika Pas cuma menang 9 kerusi, PKR menang 5 kerusi dan DAP menang 36 kerusi?? Siapa pulak nak menjadi Ketua Pembangkang??? Nak bagi kat Nuar juga ke atau Karpal Singki akan berkeras mahukan Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang???
 
Sebab itu Jokiden pernah sebut dahulu, daripada sibuk memikirkan siapa nak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 ini, lebih baik pakatan 'bocokak' pasal siapa nak menjadi Ketua Pembangkang. Tak ada mananya pakatan akan merampas Putrajaya doh. 
 

Mustahil DAP terajui negara - Hadi


KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.
 
Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
 
“Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi.
 
“Kalau parti itu menang kesemua 50 kerusi tersebut, mereka masih tidak boleh perintah negara. Seperti di Terengganu, tidak ada satu pun kerusi DAP," katanya ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pulau Bahagia dekat sini malam tadi.
 
Abdul Hadi berkata, Pas masih menjalin kerjasama yang baik dengan sekutunya mengikut batasan tertentu dan menggangap hubungan itu berbeza dengan kerjasama UMNO dengan MCA, MIC serta Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).
 
Abdul Hadi yang sebelum ini menyokong cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam sebelum membuat pusingan ‘U’ apabila dibantah oleh Majlis Syura Ulama Pas berkata, kerajaan BN patut dipersalahkan kerana membiarkan Bible versi Melayu menggunakan kalimah Allah.


Catatan: Dr Hassan Ali telah mengulas tentang perkara ini. Baca di sini.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

2 comments:

  1. pemimpin2 pas ni bodoh sbb tu senang dilembukan oleh pkr dgn dap.. bodoh tahap lembu pas ni...

    ReplyDelete
  2. 'tore-low' Hadi dalam gonggaman Nuar. Nak buek cam no. Banyak cakap atau salah kang 'mongolintin'lah Hadi sobab 'tore-low' kono picit. Adehh.. Nasib kaulah Hadi. Tu lah badi mongkapirkan orang. Lopeh tu kau kato Allah boleh sharelah pulak. Kan ko bingai tu. Ingat Hadi, doso kek Allah boleh Allah ampunkan sobab dia Maha Pengampun tapi doso kau mengkapirkan orang UMNO yang lobih 3 juta tu sendiri mau ingatlah!!. Haru biru kau sujud 3 juta kali tuu!!!

    ReplyDelete