Kah..kah..kah..kah.. Pakatan memerlukan masa selama 18 bulan untuk merangka satu 'penipuan' yang menyeluruh supaya rakyat tidak dapat mengesan penipuan tersebut. 18 bulan diperlukan untuk menggarap semuanya supaya kelihatan secantik mungkin.
Memang bukannya merupakan suatu kerja mudah sebab itu pakatan mengambil masa hampir dua tahun, mengambil kira semua faktor dan mendengar denyut nadi rakyat, akhirnya pada 25 Feb 2013 kelak akan keluarlah segala janji-janji molek pakatan itu. Kita tunggu je lah.
Sepatutnya pakatan ini tidak perlu membuat manifesto baru kerana manifesto lama masih banyak yang belum ditunaikan. Rakyat masih tertunggu-tungguh. Takkan nak buat janji baru, janji lama masih valid.
Pakai je lah manifesto yang lalu tu, lagipun manifesto bukannya janji PRU. Masih elok lagi tu. Kalau langsir tu masih boleh digunakan, tak perlulah beli langsir baru, guna yang lama pun ok.
Penipuan dulu masih boleh di bawa ke hadapan. Patutlah sudah habis tempoh pemerintahan, masih banyak yang belum mampu ditunaikan kerana hendak merangkapun mengambil masa yang terlalu lama apa lagi tempoh untuk melaksanakannya.
Sepatutnya manifesto pakatan kali ini mudah je, "beri kami mandat baru supaya dapat kami menunaikan janji-janji yang lalu" Kah..kah..kah..kah..
Buatlah secantik mana sekalipun manifesto kali ini, rakyat tidak akan mudah lagi tertipu. Kan Nuar selalu cakap "rakyat bukannya bodoh, rakyat sudah cerdik, UMNO tidak mampu lagi untuk memperbodohkan rakyat.."
PRU13: Pakatan Rakyat lancar manifesto 25 Feb
Muhammad Faizal, | 19 Feb 2013 |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifestonya pada 25 Februari nanti sempena Konvesyen Pakatan Rakyat ke-4 yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam.
Manifesto yang dinamakan Manifesto Rakyat yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Jelas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, intipati manifesto itu telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian serta telah dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Manifesto ini mengabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.
"Barisan Nasional (BN) selalu menuduh Pakatan tidak ada dasar yang khusus untuk membawa kebaikkan kepada rakyat dan negara ini, namum apa yang kita putuskan dalam manifesto ini memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dan negara diberi keutamaan," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. (Gambar atas)
Jelas Rafizi lagi, pelancaran manifesto ini menandakan bermulanya kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU13), malah beliau juga turut mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam manifesto rakyat.
"Pelancaran awal manifesto ini juga membuktikan komitmen Pakatan untuk memastikan kempen kali ini lebih tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa oleh BN.
"Kelewatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada Pakatan untuk memperjelaskan dengan lebih terperinci apa yang terkandung dalam manifesto tersebut," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu semakin lama Najib mengambil keputusan untuk membubar parlimen telah memberi peluang kepada rakyat untuk memahami manifesto ini.
Malah menurutnya, manifesto yang telah dipersetujui ini merupakan satu dokumen yang ringkas tetapi padat serta senang difahami oleh setiap lapisan rakyat.
"Kita tidak mengamalkan politik longkang tetapi apa yang kita bawa untuk rakyat adalah satu yang akan meningkatkan martabat rakyat serta keupayaan negara pada masa akan datang," jelas beliau.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment