Monday, February 18, 2013

Nizar Jamaluddin Kata.. Tak Lama Lagi Hj Hadi Letak Jawatan..


Nak bercakap secara terus terang Nizar ni mungkin tidak berani. Lalu dia berkias-kias, berkeluk-keluk dan pukul anak sindir menantu. Mari kita baca apa yang ditulis oleh MPP ini di sini.
 
 
  

Betapa dungunya dia mengatakan Tun M bersama TPM sedang mendesak PM Najib supaya meletakkan jawatan. Tun sesungguhnya mempunyai caranya yang tersendiri untuk mematikan segala fitnah tersebut.

Tun menyedari betapa puak pakatan ingin melaga-lagakan hubungan baik mereka bertiga. Tun menyedarai bahawa khabar angin sebegitu tidak baik untuk pasaran saham Malaysia. Ia boleh membuatkan orang resah, masyarakat peniaga panik dan ia juga boleh mengundang suasana yang tidak stabil dalam negara.
 
Cara Tun hendak menutup mulut pengkritiknya dan menamatkan segala persepsi yang cuba di manipulasikan oleh puak pakatan ini amat santai melalui paparan gambar beliau bersama PM.

Beliau juga menulis di dalam blognya seperti berikut:

4. But when I drove to the airport to welcome back Dato Sri Najib from Gaza recently I saw tall trees and clumps of bushes and undergrowth all along the road to the terminal building. And in the airport buildings there are a lot of tall trees grown in the spaces between the different buildings of the terminal."


 
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memukul gendang gergasi sebagai simbolik perasmian Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang di sini, hari ini.
Turut sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA fotoBERNAMA (DIGI) HAKCIPTA TERPELIHARA
 
 
 
 
 Tun M menyambut kepulangan PM dari Gaza. Ini satu pengiktirafan.. Tun juga tahu protokol.
 
 
Selepas isu ini reda, tetiba semalam Nizar Lambai yang 'nazak' dan meroyan ni rupanya masih mampu untuk menulis di twitter nya dengan meminta supaya rakyat tidak terkejut jika seminggu  dua ini PM akan meletakkan jawatannya sebagai PM.
 
Sebab musabab PM nak letak jawatan ialah kerana dia menerima desakan daripada Tun M dan juga TPM. Mana logiknya. Cakap tu biarlah berwibawa sedikit Nizar oiii!!!
 
Bila direnungkan kembali tweet Nizar lilin ni, mungkin dia sebenarnya menujukan perkara tersebut kepada Presiden Pas atau Nik Aziz. Nak bercakap secara terus takut agaknya, nanti tak pasal-pasal kena pecat. Lalu dia menggunakan kiasan terhadap Presiden UMNO.
 
Kita sedia maklum sekarang ini Hj Hadi dan Nik Aziz sedang panas 'dikerjakan' oleh ahli akar umbi Pas berkenaan dengan isu Kalimah Allah yang mereka kelihatan flip flop..
 
Mungkin ada desakkan oleh Mat Sapu (orang no 2 dlm Pas = TPM) supaya Hj Hadi segera meletakkan  jawatan bagi memudahkan dia mengambil alih teraju kepimpinan Pas. Mungkin juga Nuar Brahim (org luar = Tun M) yang turut mendesak Hj Hadi meletakkan jawatan bagi memudahkan dia menguasai jiwa nurani Pas. Possible.. possible.. kata Tompel.
 
Lalu Tweet Nizar lambai@Nizar lilin tersebut lebih sesuai ditujukan kepada Hj Hadi dan Nik Aziz. Nizar ni bukan suka sangat dengan Hj Hadi dan Nik Aziz ni.. ramai ahli Pas yang tahu tentang perkara tersebut. Selagi Nik Aziz ada, dia tidak akan menang jika bertanding apa-apa jawatanpun dalam Pas.

Perbuatan Nizar ni sama juga dengan perbuatan pemuda di Penang yang menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agung tempoh hari. Dia boleh didakwa di bawah kanun keseksaan ni..
 

Semalam 17/2 di Bukit Bintang. Mungkin Nizar cemburu sangat dgn gambar ni lalu dia tweet.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment:

  1. Nizar tak ada gambar ke nak tunjuk meraikan tahun baru dngan nnga dan ngeh. Kalau tarian singa nizar suka kat belakang sebab suka cium bontot cina dap. Maklumla terhutang budi jadi mb.

    ReplyDelete