Saturday, February 23, 2013

Pas Dan DAP Ni Dah Melampau.. Mengharamkan Nuar Jadi PM...


Musibah lagi kah apabila penyokong tegar Pas disamakan dengan haiwan@binatang oleh Nik Aziz, Hj Hadi dan Azizan Razak sejak dua tiga hari ini. Kenyataan tersebut membawa keuntungan kah kepada pakatan ataupun membawa kemusnahan.
 
Jika membawa kemusnahan kenapa otai-otai politik pembangkang ini menyebutnya kerana mereka sepatutnya faham bahawa kenyataan tersebut umpama meludah ke langit akan tertempek semula ke muka sendiri.
 
Jika kenyataan itu sebaliknya membawa keuntungan dan kebaikan, kenapa lambat sangat dikeluarkan oleh mereka?? Kenapa tidak sejak setahun yang lalu.??
 
Di dalam pakatan ini sekarang ini siapa yang lebih berkuasa dan mempunyai autoriti untuk bercakap.? Bila Chua Jui Meng dan Boo Chua bertelagah di JB, mereka diarahkan pula supaya menutup mulut. Kata demokrasi sangat, kenapa larang orang bercakap? kenapa larang akhbar membuat laporan? kenapa pulaukan akhbar?, kenapa tengking wartawan? kenapa arahkan ahli supaya jangan membeli dan membaca akhbar tertentu?? Kenapa pulaukan atau boikot berita di TV3.??
 
Dalam usaha menolak Nuar Brahim sebagai calon Perdana Menteri, DAP dan Pas sudah kelihatan melampau. Mereka bukan sahaja sedang berusaha mencari tokoh lain, tetapi juga cuba mengurangkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR.

DAP meminta kerusi lebih. Pas juga meminta kerusi lebih? kenapa?? Ini supaya PKR yang mereka akan sokong kelak tidak mampu mempunyai kerusi melebihi kerusi DAP dan PKR. Mati hidup balik Nuar tak akan bersetuju dengan pengagihan yang sedemikian kelak.
 
 
  
Dia ni minta kerusi lebih untuk DAP ni..
 
Pas dan DAP sudah pandai pulak di dalam mesyuarat bersama pakatan mempertikaikan kewibawaan Nuar untuk menjadi Perdana Menteri. Betul ke ni?. Inikah tujuan sebenar Nik Aziz pergi menyambut hari jadi dirumah Karpal Singki dulu??

The Malaysian Insider melaporkan bahawa seorang pemimpin tertinggi Pas telah mengatakan adalah 'HARAM' Nuar meminta untuk menjadi Perdana Menteri.

Terbeliak biji mata pemimpin keadilan dan dia terus berkata bahawa Nuar tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat yang mengangkatnya sejak pada tahun 1999 lagi. Dia juga mengatakan bahawa perkara tersebut telah dipersetujui oleh DAP dan PAS. Hahaha.. betul telah bersetuju, tetapi di dalam pakatan ini kan ada klausa 'Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju' ??

Perbuatan Pas dan DAP ini telah agak keterlaluan kerana bukan sahaja ahli Pas dan ahli Majlis Syuro Pas yang menolak Nuar menjadi Perdana Menteri, tetapi DAP juga nampaknya sudah mahu tompang semangkuk.

Yang masih tegar mempertahankan Nuar sebagai Perdana Menteri ialah Karpal Singki. Itu cuma di mulut sahaja, di hati siapa yang tahu. Lain di mulut lain di hati. Eh Karpal sebenarnya mahukan LGE sebagai Perdana Menteri. Dia pernah tersasul dalam ucapannya. Diapun sedar yang dia sendiri kurang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, sebab itu dia cadangkan LGE. Dia nak memakai bajupun susah dan kena bantuan orang lain, macam mana nak berangan-angan nak menjadi Perdana Menteri.

Semasa Konvensyen DAP tempoh hari bila dia hendak minumpun LGE yang tolong angkatkan cawan dan piring untuk dia. Menyedari kekurangan itu Karpal berkata sebelum menutup mata dia ingin melihat LGE menjadi Perdana Menteri.


"Sobolun den tutup mato.. eden nak nengok ekau jadi PM.."
 

Nuar????!!, dia bagi Karpal Singki hanylah batu loncatan sahaja. Jika Nuar boleh bawa banyak kerusi untuk pakatan, apa salahnya sokong Nuar, walaupun luaran sahaja.

Bagus juga puak-puak pakatan ini bertelagah sesama sendiri kerana dengan cara itu rakyat akan dapat melihat tembelang mereka yang sebenarnya. DAP selain daripada ingin menguasai politik negara juga berhasrat untuk menguasai lebih 3,000 jawatan dalam GLC sekiranya berjaya memerintah negara kelak. Mak oii aii..
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment