Wednesday, February 20, 2013

PM Pesan..Nak Menang PRU13 Sifirnya Mudah..Jangan Bocokak..


 

Nampaknya media sosial pakatan sekarang ini sedang mengwar-warkan tentang 'pengkhianatan' UMNO dalam pembahagian kerusi Parlimen. Mereka mengatakan UMNO mengkhianati orang Melayu dengan menyerahkan kerusi yang majoriti pengundinya Melayu kepada MCA dan MIC.
 
Mereka sedang cuba untuk mengapi-apikan sentimen orang Melayu supaya terus membenci UMNO kerana terlalu berlembut dengan rakan kongsinya terutamanya MCA dan MIC. Tidak cukup dengan media sosial, penceramah mereka juga turut memasukkan isu ini dalam setiap ceramah mereka.
 
Dalam erti kata lain pakatan sekarang ini sedang cuba melaga-lagakan antara rakan kongsi BN kerana mereka melihat BN hari ini begitu solid. Pengkisahan bersiri mereka dengan mengambil contoh beberapa kawasan sebagai bukti 'pengkhianatan' UMNO terhadap orang Melayu ini begitu tersusun sekali.
 
Malam tadi berlangsung ceramah pakatan di Dataran Tok Dagang, Paroi Seremban. Adalah sekitar 400 orang yang hadir, itupun ramai juga orang-orang UMNO yang turut serta termasuk Jokiden. Tajuk ceramahnya biasalah 'Jom Ubah'
 
Hampir kesemua penceramah memasukkan tentang pengagihan kerusi di kalangan komponen BN yang dikatakan terlalu memberi muka kepada MCA dan MIC tersebut. Ini membuktikan bahawa penceramah pakatan juga menceduk bahan-bahan ceramah mereka daripada media sosial pakatan.
 
Antara kawasan yang dijadikan contoh tentang pengkhianatan UMNO ini ialah Sungai Siput, Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana ketiga-tiga kawasan tersebut kini dikuasai oleh pakatan. Baguslah jika BN mengekalkan status quo di kawasan itu dan bolehlah pakatan terus meletakkan calon-calon Melayu untuk berhadapan dengan BN.
 
Jika hendak diambil kira kawasan majoriti kaum India di negara ini, tidak ada satu kawasanpun yang mereka mempunyai majoriti. Jika toeri pakatan hendak diguna pakai, nampaknya MIC tidak berpeluang lah untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. Jika ini terjadi maka bolehlah mereka menjadikan bukti betapa kaum India disisihkan dalam pembahagian kerusi tersebut.
 
Turut juga dijadikan isu oleh penceramah pakatan ialah tentang Pulau Pinang dimana satu ketika dahulu kerusi yang dimenangi oleh UMNO adalah lebih banyak daripada kerusi yang dimenangi oleh Gerakan dan MCA. Pun ketika itu katanya UMNO masih menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan.
 
Yang gagal difahami oleh puak pakatan ini ialah semangat toleransi dan semangat setiakawan di dalam BN, dulu kini dan selamanya. Selalunya jika tidak terdapat sesuatu yang terlalu besar dan rumit, maka kawasan yang ditandingi oleh parti komponen BN akan terus kekal mereka tandingi. Lagipun mereka mewakili BN dan secara kebetulan sahaja parti calon daripada parti mereka.
 
Jelas pakatan terdesak mencari isu untuk diketengahkan dalam PRU13 ini sehinggakan pengagihan kerusi dikalangan komponen BN juga turut dijadikan modal berkempen. Merka mengharapkan akan ada penyokong tegar yang marahkan kepimpinan UMNO dalam hal ini seterusnya menjauhkan diri daripada menyokong UMNO/BN.
 
Jangan haraplah strategi ini akan berkesan. Tak ada mananya. Penyokong tegar UMNO/BN akan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti kelak. Jika ada seorang dua yang meragam dan meroyan, mereka akan dipinggirkan nanti. Sekarang ini bukannya masa untuk mementingkan diri atau individu. Sekarang ini semuanya dikehendaki mematuhi arahan pucuk pimpinan.
 
Sesiapa sahaja yang dipilih untuk mewakili BN akan disokong tanpa berbelah bagi. Penyokong tegar UMNO/BN juga akan akur dengan peruntukan kerusi yang dibuat oleh pucuk pimpinan. UMNO/BN akan memasuki PRU13 ini dengan penuh semangat, ceria dan bermotivasi tinggi. Ini yang pakatan tidak mahu lihat.
 
Disaat UMNO/BN sedang menunjukkan kesepakatan dan persefahaman yang tinggi ini, puak pakatan pulak sedang dilanda masalah kepimpinan yang serius.
 
Bermula dengan pemilihan CEC DAP yang memalukan dimana keputusan boleh pulak dipinda sesuka hati mengikut selera Tokong sehinggalah polimik isu Kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Guan Eng.
 
Kerana dia tidak dapat mengaitkan UMNO dalam skandal pemilihan CEC, maka dia salahkan komputer pulak. Dia salahkan Microsoft, namun hendak menyalahkan diri sendiri jauh sekali.
 
Kemudian Harun Taib dari Pas menyerang Fauziah Salleh dari PKR, menyuruhnya diam jika tidak daham tentang hukum hakam agama. ""Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.
 
Nik Aziz dari Pas menyerang karpal Singki kemudian Karpal Singki pulak menyerang Nik Aziz berkali-kali. Pas serang DAP dan DAP serang Pas.
 
Kemudian belum reda isu tersebut Karpal Singki dari DAP menyerang pulak Chua Jui Meng dari PKR hinggakan Karpal Singki menghina Chua Jui Meng dengan berkata, "Orang yang meninggalkan parti ibu politiknya tidak wajar dimuliakan."
 
Kemudian ahli-ahli akar umbi DAP dari Seremban, dari Puchong dan dari Penang bangun membantah keputusan pucuk pimpina DAP dalam kemelut pemilihan CEC. Mereka mendesak agar pemilihan semula diadakan.
 
Ada lagi ni, ahli akar umbi Pas termasuk kaum muslimahnya bangun memberontak dan meminta Nik Aziz segera meletakkan jawatan dan bersara dari politik. Jarang berlaku dimana ahli akar umbi dari seluruh negara bangun mempertikaikan pucuk pimpinan mereka dalam apa isu sekalipun. kini mereka sudah tidak tahan lagi di tipu sejak berpuluh tahun dahalu oleh pemimpin Pas.
 
Nak memenangi PRU mestilah ikut cakap atau nasihat Perdana Menteri atau TPM iaitu ahli gabungan, ahli parti dan pemimpin jangan 'bocokak' antara satu sama lain. 'Bocokak' ialah loghat Negeri Sembilan. Basa bakunya ialah bercakaran, bertelagah atau berkelahi.
 
Tok Mat MBNS selalu berpesan, antan sama antan bolago, ayam koliling losung yang konyang. Maksudnya jika asyik bocokak, musuh-musuh kita akan mengambil kesempatan dan akan mengalahkan kita. Jadi puak pakatan kini sedang bocokak, tuduh menuduh, serang menyerang dan bidas membidas. Macam mana mereka nak memenangi PRU kelak. Bocokak jawab eaa kalah.
 
Ada lagi ni, tetiba sahaja pulak di Sabah, Nuar Brahim begitu sadisnya menghina dan mengaibkan Hj Hadi Awang dan Nik Aziz. Walaupun dia kata itu putar belit, namun video mana boleh tipu. "Suara macam suara saya tetapi bukan saya.."
 
Nuar mengatakan Nik Aziz tidak faham agama. Hj Hadi pulak tidak tahu apa-apa, dia main ikut je. Mana Hj Hadi dan Nik Aziz nak letak muka bila maruahnya dipersendakan begitu. Pernah dulu Jokiden menyarankan agar Nasharuddin segera cabut dari Pas bila dia telah dihina kiri kanan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi. Kini giliran Nuar pulak menghina pepimpin tertinggi Pas ini.
 
 
Ini memang kesukaan Nuar, depan orang ini dia cakap begini, depan orang itu dia cakap begitu.
 
Ada lagi kes ni, Dr Mujahid Rawa dalam tazkirahnya di Masjid Subang Jaya, mempertikaikan keputusan Majlis Syura kerana katanya penganut agama lain memang dibolehkan menggunakan Kalimah Allah dalam percetakan Bibble Berbahasa Melayu.
 
Jadi, antara parti gabungan dengan puak pakatan bercokak. Antara ahli parti gabungan sesama ahli mereka bocokak. Antara ahli akar umbi dengan pemimpin parti juga mereka bocokak.. alamatnya pakatan akan memasuki PRU13 sebagai kuda tempang. Tambahan Exonophon pulak sudah dihambat keluar dari negara ini. Habislah pakatan. Modal terakhir mereka hanyalah dana yang besar sahaja lagi yang akan digunakan pada PRU13 kelak.

Yang di bawah ni lagi parah. Mari kita baca:


11 DUN desak MB Kedah berundur gagal selesai masalah Pas


ALOR SETAR 20 Feb. - Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment