Thursday, February 21, 2013

Ejen UMNO Serah Memorandum Kepda MB..




  




"Daripada aku terima memo tu baik aku tidur.."
 
 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Parlimen akan dibubarkan. DUN juga akan dibubarkan. Fakharol Radzi telah membuat kenyataan bahawa dia bersedia menjadi Menteri Besar menggantikan Azizan sekiranya Pas kembali berkuasa di Kedah selepas PRU kelak. 
 
11 orang ADUN Pas pula mendesak supaya Azizan berundur. Ini taktik lama untuk menyejukan semangat penentangan yang berkobar-kobar. Dengan muka baru, harapan baru akan di bina, kudis lama diharapkan akan dilupakan begitu sahaja.
 
Cara pakatan hendak terus memainkan emosi pengundi beginilah antara caranya iaitu dengan menamatkan khidmatnya dan diganti dengan calon baru yang kononnya kelak akan lebih baik. Maka akan berulang lagilah cerita lama.
 
Blog ini juga pernah memaparkan betapa Aizan menyuruh warga KUIN yang tidak berpuas hati dengan berkhidmat di KUIN supaya 'berambus' dan mencari kerja di Universiti lain.
 
Dia tidak akan melayan segala tuntutan kerana bukan dia yang mengambil tenaga kerja tersebut bertugas di KUIN sebaliknya mereka sendiri yang mahu bekerja di sana. Dia juga melabelkan tenaga kerja KUIN tersebut sebagai ejen-ejen UMNO yang ingin mengganggu gugat kedudukannya sebagai Menteri Besar.
 
Pertanyaan, apakah 11 orang ADUN yang mendesak dia berundur tersebut juga merupakan ejen UMNO??? 

Kakitangan Kuin serah memorandum bantahan kepada MB


ALOR SETAR 19 Feb. - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sedang berjuang mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meminta beliau agar lebih profesional dalam menangani kemelut kolej universiti itu.
 
Sekumpulan 20 kakitangan mewakili kira-kira 400 rakan mereka daripada pelbagai jawatan dan pangkat di kolej universiti berkenaan berhimpun di luar pekarangan Wisma Darul Aman di sini sejak pukul 11 pagi bagi tujuan itu sebelum berarak ke pintu masuk utama bangunan yang turut menempatkan Pejabat Menteri Besar.
 
Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan hanya menemui wakil Menteri Besar di hadapan pintu utama kerana Azizan dikatakan berada di Kuala Lumpur.


Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim yang mengetuai kakitangan kolej universiti itu kemudian menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohamad Helmi Khalid.
 
Memorandum 10 muka surat itu sebagai bantahan dan kekesalan terhadap kenyataan Azizan yang dilaporkan enggan mengambil tahu isu Kuin dengan mendakwa perkara itu ditimbulkan oleh ejen UMNO.
 
Memorandum tersebut turut memperincikan permasalahan yang dihadapi kakitangan kolej universiti berkenaan melibatkan beberapa perkara termasuk kebajikan kakitangan Kuin, insentif perpindahan ke Kuala Ketil, penubuhan Insaniah Holdings Sdn. Bhd., dan dakwaan pemalsuan dokumen seperti penyediaan minit mesyuarat palsu.
 
Seluruh kakitangan Kuin juga menuntut tujuh perkara iaitu:
 
n Menamatkan perkhidmatan Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman kerana didakwa gagal mentadbir dengan cekap dan amanah.
 
n Menutup operasi Insaniah Holdings Sdn. Bhd., dan anak syarikat subsidiarinya serta-merta kerana didakwa menjadi liabiliti kepada Kuin dan kerajaan negeri.
 
n Menerima pekeliling perkhidmatan awam dengan membayar tunggakan kenaikan gaji sebanyak 13 peratus bermula Januari tahun lalu, tambahan elaun sara hidup RM50 dari jumlah yang sedang dibayar dan bayaran bonus tambahan.
 
n Menamatkan kakitangan akademik luar negara yang bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan.
 
n Membayar semua tunggakan pinjaman kakitangan ke bank, institusi kewangan dan pihak ketiga serta membersihkan nama kakitangan yang disenaraihitamkan di dalam sistem CTOS (Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd.), serta Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
 
n Menutup semua kuliah dan program pengajian yang tidak mempunyai pelajar dan memperkasakan program pengajian Islam yang menjadi teras kepada Kuin.
 
n Mengembalikan semula bahagian pentadbiran Kulliyah yang kini berada di bawah Insaniah Holdings Sdn. Bhd., kepada pentadbiran di bawah Kuin yang dikendalikan Hal Ehwal Akademik.

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment