Thursday, February 21, 2013

Pas Kembali Ke Zaman Silam, Wal Haram Mu, Wal Halal Ku..


 
 
 
Haramkah ini???
 
 

Ingatkan bila berkawan dengan DAP harbi ni Pas dah berubah dah, tidak seperti dulu lagi. Rupanya tidak, masih kekal dengan cara pendekatan lampau. Bila terdesak terus je kaitkan sesuatu itu dengan Halal dan haram. Kalu tidakpun Nik Aziz akan kata "itu dia punya pasallah.."
 
Yang berubah apabila berkawan dengan DAP harbi hanyalah Negara Islam bertukar kepada Negara Berkebajikan. Semakin jauh dah menyelewengnya puak-puak Pas ini.
 
Dalam motivasi jualan langsung, selalu kita dengar, 'wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini, namun segala-galanya memerlukan wang.
 
Kenyataan terkini Nik Aziz yang mengatakan penerima bantuan sama seperti binatang amatlah keterlaluan. Menyamakan segala bentuk bantuan tersebut sebagai hamPas kelapa, padi dan jerami amatlah tidak masuk akal.
 
Mungkin segala bantuan tersebut ciput je bagi Nik Aziz. Jikalau diberikan berlian, zamrud dan emas permata barulah penerima bantuan itu tidak dianggap lembu atau ayam itik.
 
Nampak sangat jiwa beliau bergelojak, bergelora dan tidak tenteram dengan segala bantuan yang kerajaan berikan kepada rakyat sejak mutakhir ini. Rakyat pula rata-ratanya bersyukur dengan pemberian tersebut. Nik Aziz juga tidak mampu untuk menghalang penyokong tegarnya daripa pergi mengambil segala bantuan tersebut. Apa susah guna je lah ayat lama dahulu, "duit ambil, undi belum tentu" kan lebih selamat daripada menghina rakyat dengan menyamakan mereka seperti ayam dan lembu.
 
Memberi lebih baik daripada menerima. Nik Aziz kata sepatutnya ilmu yang diberikan. Peliknya Pas tidak juga memberikan ilmu dan tidak juga memberikan wang ringgit. Pas gagal menyediakan kemudahan asas untuk rakyat. Pas gagal membela Islam apabila memengang kuasa.
 
Pas terikut-ikut rentak DAP. Pas menghalakan etika berpakaian untuk membuat persembahan di majlis sambutan tahun baru. Pas menarik balik larangan menutup premis perniagaan dalam bulan puasa.
 
Pas tidak merobohkan patung-patung besar tetapi merobohkan patung2 binatang yang kecil-kecil. Pas tidak menutup kilang arak satupun. Pas bersyubahat dengan rakan kongsinya dalam meluluskan lesen perjudian yang baru, lesen rumah urut yang baru dan lesen nombor ekor yang baru. Bersyubahat juga besar dosanya.
 
Pas menarik balik larangan memotong rambut kaum lelaki oleh kaum perempuan. Pas membenarkan majlis tari menari yang dianjurkan oleh rakan kongsinya. Pendek kata selama berkawan dengan DAP harbi ini Pas telah terlebih liberal daripada parti sekongkolannya.
 
Yang tinggal hanyalah sisa-sisa perjuangan nun di pendalaman yang belum begitu terdedah dengan arus pembangunan yang masih dapat dimanipulasi oleh Nik Aziz. Mereka itulah yanmg akan terus terpesona dengan segala halal haram yang dimainkan oleh beliau. 
 
Sibuk Pas menaikkan kain rentang dan bina semasa PRU12 dulu yang membantah penternakan babi. Namun kini segala bantahan tersebut telah dilongkangkan. Kerajaan sekongkolan Pas di Selangor meluluskan bantuan RM200 juta untuk ladang ternakkan babi.
 
Pas ni betul-betul mengarut dah. Bantuan wang ringgit kepada orang Asli di Galas tu tak haram ke?? Bantuan RM200 atau RM300 seorang supaya pergi berdemo Bersih ke Kuala Lumpur tu tak haram ke??
 
Kutipan zakat fitrah yang kemudian diberikan dalam bentuk wang tunai kepada asnaf yang 8 tu tak haramkah??
 
Kutip derma daripada rakyat yang susah dalam setiap ceramah Pas, dengan terang-terang menipu mereka dengan mengatakan derma jihad, tetapi duit entah ke mana dibelanjakan itu tidak haramkah.???
 
Kutip duit untuk derma pembinaan Lebuh Raya Rakyat tidak lama dahulu tidak haramkah???
 
DAP sibuk sangat awal-awal pemerintahannya di Pulau Pinang dulu memberi fakir miskin RM100 sebulan, tidak haramkah duit itu???

Tak sepatutnya orang yang baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. lagipun sedar atau tidak hampir setengah juta rakyat Kelantan menerima bantuan tersebut. Setengah juta itu jugalah yang dulu mengundi Pas untuk terus bekuasa di Kelantan.

Kita tunggulah sikit hari lagi dia akan kata media UMNO putar belit dan buat fitnah. Dia tak kata begitu, dan dia tak maksudkan rkyat Kelantan yang menerima bantuan itu serupa haiwan dan dia juga tidak bermkasud untuk mengatakan bahawa Pas menang di Kelantan selama 22 tahun hasil sokongan pengundi yang serupa haiwan tersebut. Tak kisahlah apa maksud dia.
 
Benarlah cakap Pisau, Nik Aziz ni buka mulut je, adalah musibah yang akan datang kepada Pas.
 

Penerima bantuan umpama ‘haiwan’

KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
 
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
 
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
 
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
 
 
 
 
 
  
Ini tidak haramkah??
 
 
trelerpas2
Ini halal ke??



Undilah Pas, tapi ingat pesan ulama pondok Kelantan, Haram hukumnya mengundi Pas..




Menuju Ke Utara, Hentian Pertama di Manjoi 5 Ptg Harap selamat dan tidak tersangkut kat palang depan. Pergerakan ini boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain ni. Tak haram ke tu??

 
Osah tak malu ea Pas ni, Malaysia dah sejak merdeka mengamalkan negara berkebajikan, Pas baru nak buat iklan untuk PRU13. Betul-betul ketinggalan zaman. Tapi nak tanya jugak ni, mana Pas amik duit beli treller ni.?? Duit parti ke, duit rakyat ke?? duit DAP ke?, atau duit kutipan derma?? Tanya je, jawablah soalan mudah tu.
 
Soalan tambahan.. tak haram ke ni??? tak ada ke hamPas kelapa dalam tu?? tak ada ke padi atau jerami??
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment