Rakyat Malaysia yang tidak berkepentingan dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-tempat berikut buat sementara waktu, sekurang-kurangnya sehingga pembentangan Bajet 2013 oleh PM. Ini ialah kerana tempat-tempat tersebut tidak selamat untuk dikunjungi sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu ini. Antara tempat-tempat tersebut ialah:
Outlet Sate Kajang, di mana juga,
Semua gerai makan Tomyam,
Pusat Membeli Belah di semua bandar2 Besar termasuk yang di MIRI dan SIBU,
Zoo Air Keroh Melaka,
Pantai Peranginan Port Dickson,
Semua Taman Tema termasuk Gambang, Bukit Merah dan Genting,
Kolam Air Panas Pedas,
Cameron Highland dan Frasser Hill,
Tasik Raban,
Menara Condong di Teluk Intan, Perak,
Bukit Bendera dan Gurney Drive Pulau Pinang,
Semua Hyper Market seperti Giant, Econsave, Tesco Extra dan Carrefore,
Semua kawasan R&R di Lebuh Raya Utara Selatan seperti Tapah, Sg Perak dan Gunung Semanggol,
KLCC, MidValley dan SOGO,
Jika anda pergi juga, risiko tanggung sendiri. Segala kesusahan yang anda alami kelak semasa berada di tempat-tempat tersebut jangan salahkan UMNO/BN. Jika berjam-jam tidak mendapat tempat duduk di R&R Sg Perak, jangan salahkan orang lain nanti. Begitu juga jika anda terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk pesanan 50 cucuk Sate Kajang. Tempat Solat di mana-mana R&R juga sesak.
Bukan apa, minggu ini kakitangan awam telah menerima gaji, semua tempat-tempat tadi penuh sesak dengan pengunjung. Jadi sesiapa yang tidak berkenaan, eloklah elakan daripada menambahkan kesesakan di tempat-tempat berikut.
Apa yang Jokiden ingin sampaikan ialah, Malaysia ini cukup makmur, cukup aman dan damai. Tidak seperti yang ditohmahkan oleh puak-puak pakatan ini. Slogan PAS di atas tersebut tidak relevan langsung "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia"
Cuma Jokiden tidak beberapa pandai hendak mengolah tentang ke makmuran Malaysia ini, lalu Jokiden buat dalam bentuk Amaran Keras di atas. Segala-galanya di depan mata. Masih ada yang kurang di sana sini, transformasi DSN bakal menyelesaikannya.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment