Setelah lebih 55 tahun menerajui Negara, apakah tiada satu pun jasa & bakti UMNO Barisan Nasional yang memberi kesan pada diri & keluarga anda???
Apabila kita rakyat Malaysia bangun pagi dan membuka mata seluas-luasnya, lihat di sekeliling rumah kita, apa yang kita dapat lihat itu adalah jasa-jasa UMNO/BN.
Kemudian kita keluar sekitar 100 ke 200 meter, sekali lagi lihat disekeliling, apa yang kita nampak, itu juga merupakan jasa UMNO/BN.
Keluar ke pekan atau bandar sejauh 20 hingga 100 kilometer, semua pemandangan yang dapat kita saksikan adalah merupakan hasil pemerintahan UMNO/BN selama 55 tahun ini.
Jauh sedikit sekitar 200 kilometer hingga 500 kilometer, pemandangan yang sudah tentu tidak dapat berbohong ini mem,buktikan negara ini berada dilandasan yang betul dan telah diurus dengan baik oleh UMNO/BN selama 55 tahun ini.
1000 kilometer seterusnya iaitu dari Perlis hingga ke PTP Johore Bahru, semua infra yang indah terbentang di hadapan mata, itu juga adalah hasil pentadbiran oleh UMNO/BN.
Benar terdapat lompang di sana ini kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan, maka rakyat harus menerima baik kekurangan ini atas dasar manusia tetap lemah..
Jika kita meneruskan perjalanan kita sehingga ke 2000 kilometer, lihatlah pembangunan negara ini yang semakin hebat dan diakui oleh dunia luar.
Semua yang kita lihat sejak bangun dari tidur dan kita menikmatinya dalam cara masing-masing, maka itu adalah hasil usaha kerajaan UMNO/BN. Tidak ada usaha DAP, tidak ada usaha PAS dan tidak ada usaha PKR.
Di Kelantan sebab ia di tadbir begitu lama oleh PAS maka kita terimalah hakikat bahawa segala apa yang kita lihat di sana adalah hasil usaha PAS. Masih tidak ada hasil titik peluh PKR dan DAP.
Baca juga artikel menarik di bawah ini
"Begitu cermat Anwar menyusun strategi bagi mengekang sokongan Umat Islam terhadap UMNO dan pada masa yang sama memisahkan undi cina dari MCA, India dari MIC dan mencantumkan semua sokongan ini ke dalam pakatan." Petikan maut ini boleh diikuti di KNKB. Sini
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment