Bersempena dengan pembentangan Belanjawan oleh PM esok dan juga bersempena lawatan beliau ke NSDK pada hari Sabtu, Jokiden hendak menulis sedikit.
Bajet ni dibentangkan setiap tahun, di bahas dan di luluskan oleh Parlimen. Biasa dah dengan bajet ni. Ada pihak yang tertunggu-tunggu dengan pembentangan Bajet ini. Ada pulak yang tidak beberapa kisah terutamanya mereka yang selalu pening dengan angka-angka yang disampaikan.
Kesedaran tentang bajet hanya sejak kebelakangan ini sahaja. Keghairahan mengenai pembentangan ini disebabkan oleh peranan media massa yang selalunya menunjukan Menteri Kewangan menjinjeng 'beg rahsia' berwarna hitam dan membawanya ke dalam Parlimen. Tambahan adanya siaran langsung oleh TV dan Radio, lalu peristiwa bajet ini menjadi penting untuk diikuti.
Menariknya bajet kali ini ialah ia pasti dianggap bajet pilihanraya oleh pihak pembangkang. Sementara di pihak kerajaan pula bajet kali ini sudah pasti akan berupa kesinambungan daripada bajet perihatin tahun lepas. Kalau lebih tak apa, kalau kurang.. mungkin lain kisahnya nanti.
Selalunya pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan akan mengambil kira keperluan setiap lapisan masyarakat dan meliputi ke semua bidang. Tidak ada yang tertinggal.
Orang-orang yang berkepentingan akan memberikan tumpuan yang khusus. Para penganalisa ekonomi juga terpaksa berbuat demikian sekiranya tidak mahu kelihatan dungu dengan komen-komen yang tidak relevan apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan.
Peniaga besar selalunya memberikan tumpuan tentang cukai koperat yang dikenakan terhadapa mereka. Tahun depan mungkin turun sehingga 22%. Itu yang mereka ingin dengar.
Para pengimport pulak nak dengar penghapusan cukai import. Perokok pulak berdoa atau berharap cukai tembakau tidak dinaikan.
Kakitangan awam juga memasang telinga di pejabat, ingin mendengar pengumuman tentang bonus, berapa bulan, berapa banyak. Pinjaman perumahan pulak dikurangkan kadar faedah..
Selain daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan terus dengan bajet ini, rata-rata rakyat hanya menunggu pembentangannya, kemudian tumpang gembira.

Bezanya Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sekarang dengan yang dulu-dulu ialah falsafah "Zaman dimana kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu" diambil kira. Rakyat dari segenap lapisan kini dialu-alukan untuk memberi input yang sesuai, sehinggakan buah fikiran serta idea yang disampaikan kepada pihak kerajaan sebelum merangka bajet mencecah hingga 7,000.
Maknanya pelbagai sudut diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat. Namun biasalah peringatan orang dahulu kala iaitu, rumah siap pahatpun berbunyi tidak dapat dielakkan daripada terjadinya.
Kerja membentangkan bajet sememangnya menjadi tanggug jawab sesebuah kerajaan yang memerintah. Di Malaysia peliknya pihak pembangkang juga ghairah ingin mendahuli pihak kerajaan dalam membentangkan bajet. Dulu perkara ini tidak berlaku. Di zaman Nuar Brahim menjadi Ketua Pembangkang ni semua benda pelik sudah menjadi perkara biasa pulak.
Orang nak bentang bajet, diapun nak bentangkan bajet. Dulu semasa pernah menjadi Menteri Kewangan dia hanya 'tukang baca' atau 'tukang sampai' sahaja dengan apa yang pegawai-pegawai di Kementerian telah sediakan. Entah dia faham atau tidak apa yang dia sampaikan tidaklah dipastikan.
Kinipun keadaan tidak jauh berbeza, dia tukang sampai sahaja, Ada yang mengatakan bajet hanya dirangka oleh Rafizi seorang diri, maklumlah Rafizi tu kan hebat dengan angka-angka ni. Akibatnya ramai pemimpin pembangkang yang geleng kepala dan tertunduk lesu.
Pembentangan bajet pembangkang ini hanyalah untuk gimik semata-mata ataupun Nuar ni terlampau ghairah dan merasakan dia seolah-olah sudah menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Satu. Sebab itu dia rasa bertanggung-jawab untuk membentangkan bajet. Peliknya bajet untuk PP, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pula dia sibuk dan ambil kisah.
Tidak kira pendekatan mana yang diambil dalam merealisasikan bajet yang dibentangkan dan tidak kisah golongan mana yang paling menerima faedahnya, realiti di Malaysia tentang kehidupan adalah pilihan rakyat sendiri sebenarnya.
Sebaik manapun bajet kerajaan jika rakyat memilih untuk tinggal di bawah jambatan, dia akan tinggal jugak di situ. Jika dia memilih untuk mengedar dadah, maka dia tetap akan menjadi pengedar.
Jika rakyat memilih untuk membuka rumah pelacuran dan membawa masuk warga asing untuk tujuan perniagaan tersebut, maka itu adalah pilihan mereka. Menerusi bajet selalunya semua infra telah disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin, namun pilihan tetap di tangan rakyat sendiri.
Jika cukai tembakau dinaikkan, para perokok tegar tetap akan membeli dan menghisap rokok. Itu pilihan dia. Sebaik manapun bajet kerajaan, namun ada rakyat yang tetap mengundi pembangkang, maka itu juga pilihan mereka.
Untuk menjadi perogol, untuk engkar membayar pinjaman kereta. rumah dan PTPTN agaknya tidak ada kena mengena dengan bajet. Begitu juga dengan kecurian wang di Mesin ATM. Untuk hidup susah dan untuk hidup senang di bumi Malaysia ini adalah pilihan sendiri.
Untuk naik Bas Mewah, bot Mewah, Jet Mewah, untuk membeli cincin berharga RM74 juta atau jam tangan berharga RM2.5 juta, maka itu adalah pilihan rakyat sendiri.
SELAMAT DATANG PM KE NSDK. Seribu yang membenci mu, ada pula sejuta yang menyayangi mu.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment