Nampaknya marah sangat, berbuku sangat dan meroyan sangat puak-puak DAP dan PAS bila Pemuda UMNO mengadakan perhimpunan bagi melahirkan bantahan terhadap penerbitan video menghina Rasulullah. Kalau boleh biarlah puak mereka sahaja yang berdemo kerana bagi mereka hanya demo mereka sahaja yang ikhlas. Demo yang lain daripada mereka semuanya ada udang di se balik batu.
Demo Pemuda UMNO. demo PERKASA, demo JATI dan lain2 NGO adalah bermotifkan politik dan ingin menunjuk-nunjuk.
Demo salah, tak demopun salah. Kalau tidak ada inisiatif Pemuda UMNO untuk menunjukan bantahan terhadap isu ini maka akan timbullah kutukan lain pulak. Melalaklah mereka bertanyakan mana suara Pemuda, mana suara JATI dan mana suara PERKASA. Akan keluarlah tuduhan Pemuda tidak ada taring, Pemuda tidak ada telur dan Pemuda UMNO Dayus.
Demikianlah kotor dan jumudnya pemikiran puak-puak PAS ini. Pelbagai kecaman kedengaran dan pelbagai pembelaan pula mereka lakukan untuk menghalalkan kecaman Pengerusi DAP Perak terhadap Ketua Pemuda.
Timbulah semula kisah pisau cukur Gillette dan jangut Rasulullah seperti yang pernah mewarnai dunia politik Malaysia suatu waktu dulu. Anihnya terlupa pula mereka kepada hinaan yang dilakukan oleh Nik Aziz yang menyamakan kelahiran junjungan Besar Nabi Muhamad SAW sama dengan kelahiran mamat-mamat di Kelantan itu.
Apa mereka peduli jika benar Ketua Pemuda ingin mendapatkan keuntungan politik dalam isu ini. Apa mereka peduli samada tindakan Pemuda itu ikhlas atau tidak. Mana ada ikhlas. Yang ikhlas hanya perbuatan puak-puak Pakatan sahaja. Yang islamik hanya perbuatan puak-puak pakatan sahaja. Perbuatan dan tindakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO mana ada yang islamiknya.
Jika benarlah puak-puak pakatan ini terlebih tahu, terlebih islam, terlebih mulia, terlebih mahir dalam seluk beluk agama dan sering pula menyuruh orang lain bertaubat.. apa kata cuba buat perbandingan antara orang UMNO dengan puak mereka.
Perbandingan dalam satu perkara sahaja. Bandingkan siapa lebih banyak dosa dan siapa lebih banyak pahala... Puak mana agaknya yang lebih mendapat ke redaan Allah SWT, puak pembangkang atau puak kerajaan..???? Ulamak mana yang lebih mulia, ulamak pembangkang atau ulamak kerajaan..???
Bagi puak pakatan tentu tidak susah nak membuat penilaian ini kerana mereka selamanya berpendapat puak mereka sahaja yang betul. Percakapan mereka sahaja yang betul. Perhimpunan mereka sahaja yang betul. Sembahyang mereka sahaja yang betul. Pergaulan mereka sahaja yang betul. Mereka sahaja yang layak bercakap pasal Islam. Mereka sahaja yang maksum. Mereka sahaja yang alim. Jadi tentu mudah sahaja nak buat perbandingan tersebut.. buatlah.. mari kita tengok.
Beberapa hari yang lalu apabila PM berkata 55 tahun BN memerintah dan mendapat rahmat Allah SWT dan negara maju, aman dan damai, maka ada pulak pencacai pakatan yang bertanya apakah 300 tahun Firaun memerintah Mesir juga mendapat rahmat Allah SWT... wajarkah perbandingan dan pertanyaan tersebut??? Kalau itu nak dibuat perbandingan kita nak juga bertanya apakah pemilihan Mat Sapu sebagai pemimpin tertinggi PAS tersebut dan menjadi ketua pula kepada ulamak-ulamak dalam PAS itu merupakan rahmat atau bala...??? Tetapi mungkin mereka ada hujah iaitu patuhlah kamu kepada pemimpin kamu walaupun ia dari kalangan hamba abdi yang hitam legam kulitnya...
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment