UMNO, PARTI KERAMAT WADAH PERJUANGAN BANGA MELAYU MENGIMBAU BUDI YANG DISEMAI
Hari ini bermulanya Persidangan Agung Tahunan UMNO kali yang ke 63 di PWTC dan akan berakhir pada 2 Disember. Bermakna usia UMNO menjangkau ke 63 tahun. PWTC sendiri menjadi saksi kepada kehebatan parti politik Melayu ini.
Pada malam ini di Dewan Merdeka akan berlansung perasmian serentak Pergerakan Puteri, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Kemeriahan sebenarnya sudah mulai dirasai oleh setiap yang hadir mulai semalam lagi. Dijangka jumlah kehadiran pada kali ini akan mencecah sebanyak 50,000 orang. Pihak Pengurusan PWTC terpaksa menyediakan makanan atau minuman untuk 40,000 orang setiap hari. Lebih suku juta biji telur diperlukan setiap hari untuk hidangan. Jumlah kehadiran ini pasti mengatasi GOP Parti Democrat dan Republican di Amerika Syarikat.
Selain perwakilan yang sah, turut memeriahkan suasana ialah pemerhati (pencacai mengikut istilah pembangkang) yang saban tahun memenuhi setiap ruang di PWTC.
Tanpa pencacai UMNO ini masakan anak-anak Melayu yang kebolehannya tidak seberapa tersebut boleh berada di kerusi empuk memenuhi ribuan jawatan di pelbagai GLC. Tanpa anak-anak muda UMNO yang sanggup berbaris panjang, membanting tenaga memanjat tiang memasang bendera masakkan Institusi Pengajian Tinggi dipenuhi oleh anak bangsa.
Tanpa pejuang UMNO yang tidak diundang ini masakan begitu ramai Pegawai Melayu kini sedang menerajui Sektor penting Perkhidmatan Awam dengan pelbagai nikmat nyata dan nikmat yang tersembunyi. UMNOlah yang memungkinkan segalanya..
UMNO, budi dan jasa mu terhadap anak bangsa amat tidak ternilai harganya. Bangunan PWTC semakin hari semakin gah melambangkan kuasa dominan Bangsa Melayu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Teras atau Tulang Belakang kepada parti pemerintah. Tersinggungnya ahli UMNO dan merajuknya ahli UMNO pasti membawa padah kepada parti gabungan yang lain dalam BN. UMNO sewajarnya dihormati.
Turut hadir dalam perhimpuanan kali ini ialah ratusan wakil daripada luar negara yang datang dengan penuh kagum memerhati kejayaan UMNO selama ini.
Turut hadir ialah ribuan wartawan dari dalam dan luar negara kerana ingin membuat liputan dalam perhimpunan terbesar parti umat Melayu ini. disamping bersama-sama meraikan kemeriahanya.
Yang tidak diundang tetapi turut menyibuk hadir ialah ahli-ahli parti lawan dari pakatan pembangkang, samada hendak bertemu kawan lama dari UMNO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air atau sengaja ingin menambahkan suasana sibuk di PWTC.
Turut hadir ialah ribuan wartawan dari dalam dan luar negara kerana ingin membuat liputan dalam perhimpunan terbesar parti umat Melayu ini. disamping bersama-sama meraikan kemeriahanya.
Yang tidak diundang tetapi turut menyibuk hadir ialah ahli-ahli parti lawan dari pakatan pembangkang, samada hendak bertemu kawan lama dari UMNO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air atau sengaja ingin menambahkan suasana sibuk di PWTC.
UMNO di geruni oleh lawan, dikagumi oleh kawan dan disayangi oleh paling ramai Bangsa Melayu.
Bukan mudah parti ini hendak ditumbangkan. Kemana ahlinya yang seramai 3.5 juta hendak pergi sekiranya parti keramat ini hendak dikuburkan.
UMNO selaku peneraju dan nakhoda kepada sebuah kapal besar BN, menjadi tunjang dalam setiap pertempuran dalam PRU. Kali ini peranan UMNO tidak terkecuali. Mahu tidak mahu semua parti politik samada dalam BN mahupun yang berada di pihak pembangkang terpaksa menerima hakikat kehebatan UMNO ini.
UMNO jauh mendahuli parti-parti lain dalam segenap segi. Usahlah hendak dibuat perbandingan diantara UMNO dengan PKR, PAS atau DAP, mereka sebenarnya jauh ketinggalan.
Suasana meriah dengan gelombang merah yang mewarnai dalam dan luar PWTC amat memedihkan mata parti lawan. Perarakan Hijau Lynas dari Gebeng dan berakhir di Dataran Merdeka, yang cuba untuk membuat onar di Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO ini tidak mampu untuk melunturkan semangat pendukung dan pejuang atau pencacai UMNO ini.
Rakyat Malaysia harus berbangga memiliki sebuah Parti Politik yang begitu banyak berjasa kepada Nusa dan Bangsa. Sementara itu ahli UMNO pula sudah semestinya bermegah dan berbangga menjadi ahli kepada parti politik terbesar Orang Melayu ini. Jokiden orang UMNO.
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH. Selamat Bersidang.
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Well said Jokiden.
ReplyDeleteTq PANEH!!! Jumpo kek PWTC esok.. call Jokiden 0122345889
ReplyDelete