Semasa menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dulu bolehlah Nuar bercakap banyak tentang pembangunan di Permatang Pauh. Banyak projek dan peruntukan diluluskan kerana dia mengwakili kerajaan ketika itu.
Setelah terpecat dan tersingkir akibat masalah moral, sumbangan dan bakti beliau di kawasan tersebut telah merudum walaupun masih menjadi Ahli Parlimen di situ. Sumbangan air liur dan retorik masih banyak, namun sumbangan untuk membela rakyat sudah tidak ada lagi.
Sampai bila rakyat sanggup hidup dengan hanya mendengar celoteh, maki hamun dan fitnah Nuar, jika tidak ada kebajikan untuk rakyat yang dia perjuangkan di situ. Akhirnya rakyat akan muak juga dan rakyat akan bertindak.
Sebenarnya Parlimen Permatang Pauh ini pernah hampir dapat di tawan oleh UMNO/BN melalui wakilnya Utz Firdaus. Namun begitu semasa Nuar bertanding semula majoriti PKR kembali meningkat kerana faktor simpati.
Rakyat tahu Nuar sebagai wakil pembangkang sudah pasti tidak mampu lagi membawa pembangunan yang menyeluruh di kawasannya. Sedikit sedikit mungkin ada, atas sumbangan Lim Guan Eng.
Hendak mendabik dada sepanjang masa kononnya menjadi juara memperjuangkan nasib rakyat akan membuatkan rakyat ketawa terbahak-bahak kelak. Sedangkan rakyat nampak dan dapat melihat bahawa tidak ada sesuatu yang menguntungkan yang diperjuangkannya.
Nuar selalu mengatakan rakyat sudah cerdik, tidak mudah diperbodohkan oleh UMNO. Betul kerana setakat ini hanya dia yang masih mampu memperbodohkan rakyat khususnya pendengar dalam ceramahnya dan penyokong tegarnya.
Namun sampai bila dia mampu memperbodohkan rakyat dengan cerita ulang tayang dan sandiwara mengikut skrip yang dia sediakan. Jika dia kata rakyat sudah bijak, maka rakyat juga dapat menilai sumbangan dan komitmen dia terhadap rakyat. Rakyat juga dapat menilai tujuan politik dan tujuan perjuangan dia.
Dengan pelbagai transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak mengambil alih kerajaan, membuktikan lagi betapa tidak relevannya perjuangan Nuar pada hari ini. Dia ketinggalan jauh jika hendak dibandingkan dengan DS Najib dalam menjuarai kepentingan rakyat.
Dia kelihatan cacat dalam pelbagai perkara untuk menyaingi Perdana Menteri. Yang kekal ada bersama dia hanyalah 'lawan tetap lawan..'
Menyedari betapa dia kekurangan hujah dan kekurangan peluru untuk berhadapan dengan Perdana Menteri maka dia dan jenteranya beralik ke taktik menyerang peribadi PM, isteri dan keluarganya. Ini akhirnya kelak akan tertempel semula ke muka beliau. Rakyat akhirnya akan muak jika dia asyik dengan kisah si Luncai terjun dengan labu-labunya.. dan kisah anak gembala kambing dengan serigala.
Apa yang dia sebut kebanyakannya sudah ditangani oleh Perdana Menteri. Segala salah laku yang berlaku sebelum DS Najib mengambil alih kerajaan samada dia telah meminta maaf atau tindakan masih berjalan. Kes baru yang melibatkan pemimpin negara sudah jarang kedengaran. Kes pegawai kerajaan dan penguatkuasa masih ada dan tidak dilindungi lagi.
PRU13 telah hampir. Suasana memihak UMNO/BN. Tidak ada keresahan di kalangan rakyat dan semuanya seolah-olah santai menantikan hari penentuan tersebut. Pemerhati dalam dan luar negara membuat ramalan yang menjurus kepada UMNO/BN akan menang besar.
Pulau Pinang dengan sedikit usaha yang lebih akan menyaksikan BN bakal menguasai semula negeri itu. Kelantan seolah-olah sudah berada dalam gengaman UMNO/BN. Rakyat sudah tidak peduli lagi dengan apa yang cuba disogokkan oleh PAS. Jika UMNO/BN di Kelantan memasuki gerbang PRU13 dengan penuh ceria, negeri Serambi Mekah itu pasti akan jatuh ke tangan BN. Cukuplah rakyat menderita secara tidak langsung selama lebih dua dekad.
Menyedari itu semua, apa lagi pilihan yang ada kepada Nuar untuk menguasai persada politik tanah air?? Hanya melalui cara yang tidak demokratik, berhimpun di jalan-jalan raya, membuat kekecohan dengan harapan kerajaan hilang kawalan dan rakyat yang bersimpati dengan dia akan bangun menggulingkan kerajaan.Jika ini berlaku dan jika silap perhitungan, Nuar akan berhadapan dengan 28 juta rakyat Malaysia.
Apapun ingatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak boleh dipandang sepi kerana kemungkinan itu ada. Baca di sini Lagi huraian menarik di sini
100 ahli PKR Penanti sertai UMNO
BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerima tamparan apabila 100 ahlinya di Kampung Bukit Berangan, Penanti di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.
Mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan pemimpin parti tersebut yang tidak mempedulikan rakyat kawasan berkenaan dan menyertai UMNO kerana hanya parti itu yang diyakini mampu membela nasib rakyat di kawasan itu.
Wakil mereka, Mohamad Nasir Yob, 42, berkata, pihaknya sudah muak dengan janji-janji PKR kerana tidak mengambil tahu masalah rakyat di sini yang memerlukan pembelaan.
"Sejak dua pilihan raya umum yang lalu iaitu pada 2004 dan 2008, tidak ada perubahan yang dilakukan oleh PKR di kawasan ini.
"Ini yang mendukacitakan kami sedangkan kami adalah pengundi mereka di sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said di sini semalam.
Dengan penubuhan cawangan UMNO yang baharu itu, UMNO Permatang Pauh kini mempunyai 96 cawangan setakat ini.
Mohamad Nasir berkata, sepatutnya parti yang memerintah negeri ini peka dengan masalah rakyat tetapi sebaliknya yang berlaku.
Sementara itu, Mohd. Zaidi berkata, kemasukan bekas ahli PKR terlibat membuktikan perjuangan UMNO di sini terus mendapat kepercayaan rakyat.
"Ini membuktikan perjuangan UMNO begitu konsisten dengan membuktikan perjuangan parti semakin mendapat sokongan rakyat.
"Kejayaan menembusi kubu kuat PKR itu menunjukkan rakyat di sini mahukan perubahan kepada perjuangan bangsa dan negara," katanya.
Beliau berharap rakyat memberi sokongan kepada UMNO kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela rakyat.
Katanya, kesedaran itu perlu disebabkan perjuangan pembangkang adalah bagi kepentingan peribadi pemimpin mereka yang mahu berkuasa di negara ini.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment