Thursday, February 7, 2013

Bukti Keangkuhan Kerajaan DAP..

 
 
 
Nak guna nama Penang sewenang-wenangnya sudah tidak boleh. Ini kerajaan DAP Pulau Pinang dan untuk menggunakan nama Penang dalam apa-apa program mesti minta kebenaran daripada kerajaan DAP terlebih dahulu.
 
Nak gantung poster walaupun tidak menganggu sesiapa juga tidak boleh. Arahan diberikan kepada Penguat kuasa tempatan supaya menurunkan bendera tersebut dengan seberapa segera.
 
Nak berniaga secara kecil-kecilan seperti di zaman BN memerintah dahulu sudah tidak boleh. Pulau Pinang mesti bersih daripada segala bentuk pencemaran. Ada ADUN DAP yang begitu angkuh mengarahkan gerai yang telah bertahun dibina supaya dirobohkan begitu sahaja.
 
Gerai di pasar Ramadhan di Komtar juga sudah tidak dibenarkan lagi beroperasi dan dipindahkan ke atas bangunan yang menyukarkan pelanggan untuk datang membeli keperluan untuk berbuka puasa.
 
Untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina juga tidak boleh. Untuk memakai baju tradisi Cina seperti yang dipakai oleh DSN dalam poster tersebut juga salah walaupun ia membawa maksud 'panjang umur'
 
Pelik juga pemerintahan DAP ini. Rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM200,000 sehingga RM400,000. Maksudnya tidak ada kaki tangan kerajaan yang akan mampu untuk membeli rumah yang berharga setengah juta ringgit tersebut.
 
Mesej apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ini kepada rakyat. Adakah ia semata-mata ingin menunjukkan keangkuhan kerana mempunyai kuasa. Rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
 
Atau kerajaan DAP Pulau Pinang ini hanya bertujuan untuk mengkayakan kroni mereka sahaja. Baca senarai kroni DAP di sini.
 

Turun poster ucapan Perdana Menteri biadab


SEORANG lelaki menurunkan poster yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang, semalam. - IHSAN RAKAN MEDIA
 
NIBONG TEBAL 4 Feb. - Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang dan poster itu digantung dengan tujuan baik.
 
Menurutnya, sebagai Perdana Menteri yang diberi mandat oleh rakyat, Najib berhak mengucapkan dan berkongsi kegembiraan sempena perayaan tersebut.
 
"Kalau kain rentang dan poster Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya.
 
Beliau ditemui pemberita di majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi, di sini hari ini.
 
Zainal Abidin mengulas tindakan penguat kuasa MPSP menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
 
Beliau menambah, jika kerajaan negeri mempunyai sifat bertanggungjawab, perkara itu perlu disiasat.
 
"Kakitangan MPSP atau mana- mana pihak terbabit yang sewenang- wenangnya menurunkan kain rentang dan poster itu perlu dikenakan tindakan," ujarnya.




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment