Dulu-dululah kan jika kita masih ingat, Saifuddin Nasu ni pernah membuat kenyataan bahawa dia menyokong Nuar kerana dia yakin Nuar tidak bersalah dalam isu liwat pertama dulu. Baginya Nuar tidak pernah terlibat dalam aktiviti meliwat tersebut.
Dalam ertikata lain dia langsung tidak percaya dengan segala pertuduhan terhadap Nuar tersebut. Dia amat mempercayai bahawa semua musibat yang dihadapi oleh Nuar adalah hasil konspirasi Tun Dr Mahathir.
Dia menjadi penyokong tegar Nuar dan seterusnya PKR kerana ingin membela Nuar. Apa bukti yang dia ada yang amat menyakinkannya bahawa Nuar tidak bersalah???
Bila soalan itu ditanya kepada dia maka dengan lantas dia berkata, bahawa air muka Nuar begitu bersih, bercahaya dan tidak menampakkan Nuar sebagai seorang yang bersalah. Eh alah hai.. itu je alasan dia. Apapun itu sudah menjadi sejarah.
Kini kita nak tanya apakah dia masih ingin berpegang kepada ungkapan lama dia atau dia kini sudah terlajak, atau dia kini alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
Sinar melaporkan bahawa Saifuddin Nasu ini sedang mengelabah takut dan bimbang jika PAS keluar meninggalkan pakatan akibat daripada kemelut tak sudah dengan PKR dan DAP.
Saifuddin cuba mengingatkan PAS bahawa Pas tidak sekuat mana dan akan kecundang sekiranya keluar dari pakatan. Dia berkata begitu siap dengan teorinya tentang pencapaian PAS sejak beberapa tahun lalu.
Dengan bantuan PKR dan DAP pun Pas masih berada ditangga ke tiga jika berdasarkan jumlah kerusi yang dimenanginya. Tanpa bantuan PKR dan DAP Pas akan hanyut dan lemas. Begitu sekali Saifuddin Nasu ni menghina PAS.
Saiffudin kini sedang memperlekehkan PAS dengan begitu dasyat sekali. Baginya PAS memang HamPas. Pas memang kerdil dan tak boleh diharap. Mari kita baca sebahagian daripada kenyataan yang dibuat oleh Saifuddin Nasu ni dalam Sinar Harian seperti di bawah:
PKR: Pas lebih serlah jika bersama PR
7 Februari 2013
SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Pas lebih menyerlah dan akan mendapat manfaat lebih besar menerusi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Malah katanya, gesaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa kelmarin supaya Pas keluar PR tidak berasas kerana sejarah politik membuktikan parti itu mendapat kemenangan besar sekiranya bergerak dalam satu kumpulan, bukannya bersendirian.
“Saya menolak tanggapan bahawa dalam rekod Pas sebagai parti politik, jauh lebih baik apabila berkawan dengan DAP dan PKR. Rekod Pas mendapat sokongan tinggi apabila Pas berkawan dengan parti lain.
“... kemenangan Pas lebih besar pada 1995 dan 1999 apabila berkawan dengan Semangat 46. Apabila Pas berkawan dengan orang lain, dia menang besar. Apabila berkawan dengan DAP pun, Pas menang besar,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, katanya, sejarah pilihan raya membuktikan Pas gagal mempertahankan kemenangan besar 1999 pada tahun 2004 setelah Barisan Alternatif berpecah, disebabkan isu negara Islam.
Pada 2004 Terengganu tercicir dari tangan Pas tetapi Kelantan kekal.
Bagaimanapun katanya, pada pilihan raya umum 2008, Pas mendapat kembali sokongan rakyat dan menikmati kemenangan besar apabila bekerjasama semula dengan PKR dan DAP.
“Pada 2008, wujud persefahaman antara ketiga-tiga parti apabila tidak bertanding di tiga penjuru, di mana ada Pas, PKR dan DAP tidak akan bertanding di kerusi yang sama dan begitulah sebaliknya.
“... hasilnya pada 2008 menyaksikan kita memperoleh 82 kerusi parlimen iaitu Pas memperoleh 23 kerusi, DAP peroleh 28 kerusi dan PKR 31 kerusi,” jelasnya.
Sementara itu, Saifuddin juga membidas dakwaan Nasharudin apabila mengatakan ketiga-tiga parti dalam PR telah melanggari dasar bersama yang telah disepakati pada 19 Disember 2009 iaitu pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.
Sebaliknya, gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PR tidak timbul kerana wakil ketiga-tiga parti telah bersetuju dan menandatangani perjanjian dasar bersama yang mengandungi empat tonggak utama.
“Pencapaian terbesar Pakatan Rakyat apabila ketiga-tiga parti menandatangani perjanjian dasar bersama menerusi empat tonggak utama iaitu menghormati raja berperlembagaan, menerima Islam sebagai agama Persekutuan, menerima Perkara 153 berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara......................................

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
PKR AKAN TERCICIR JAUH JIKA PAS TIDAK BERSAMA PAKATAN.SELAMA NI PUN HANYA JENTERA PAS YG BERKERJA KUAT UNTUK CALUN PKR,PAS KELUAR BERMAKNA SEJARAH 2004 BERULANG, PKR HANYA DAPAT SELAMATKAN PERMATANG PAUH.
ReplyDelete