Friday, February 8, 2013

Guan Eng Test Market..

 
 

Saranan LGE kepada sesiapa yang ingin berpesta bersama penari kuda dari Korea (PSY) sempena sambutan Tahun Baru Cina kelak supaya memakai baju hijau, kuning dan merah adalah bertujuan untuk menguji kekuatan dia di Pulau Pinang. Startegi ini mungkin diajar oleh oleh sifunya dari Pulau Singapura. 
 
Program ini anjuran BN, gelombang biru. Rasanya tidak menggunakan nama Penang pun. Guan Eng sedar dia tidak boleh melarang atau menyekat rakyat Pulau Pinang terutamanya golongan muda daripada menghadiri pesta tersebut kelak.
 
Nik Aziz juga telah memberi lampu hijau dengan kedatangan PSY ni, dia boleh membuat persembahan dengan syarat mesti menutup aurat.
 
Kenapa LGE nak menyibuk pulak dalam program BN, nak suruh orang menunjukkan protes dengan memakai baju kuning untuk bersih, hijau untuk Lynas dan merah untuk DAP.
 
LGE akan malu besar jika dia melarang rakyatnya pergi tetapi larangan tersebut tidak dipatuhi atau diendahkan dan orang ramai tetap akan ke sana nanti.
 
Jadi dia menggunkan kaedah 'saranan' untuk menguji pengaruhnya. Jika ramai yang memakai pakaian kuning, hijau dan merah kelak dia akan tersenyum lebar dan tahu bahawa rakyat Pulau Pinang masih 'sayangkan' dia.
 
Jika ramai yang memakai warna biru kelak, maka LGE bolehlah bersedia untuk bercuti lama ke Hong Kong selepas PRU13 nanti kerana itu petanda pakatan akan kalah di Pulau Pinang.
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment