Bersaralah wahai Tuan Guru, tamatkan perkhidmatan sekarang. Biar rakyat Kelantan menilai samada perkhidmatan selama 22 tahun tersebut berada ditahap cemerlang, bagus dan baik sahaja. Jangan ambil kisah tentang penilaian dunia tersebut.
Segala faktor sekarang nampaknya sudah tidak menyebelahi tuan guru lagi. Faktor usia, faktor pemikiran (sampai tak tahu jantina PSY) faktor tenaga, faktor sokongan dan faktor penerimaan rakan sekongkolan semuanya seolah-olah memberi isyarat supaya segera berundur.
Memanglah ada sekerat dua orang yang mahukan tuan guru kekal, namun ramai juga yang bercita-cita untuk mendapatkan tempat empuk tuan guru tersebut.
Turunlah dari takhta sebelum diturunkan oleh rakyat. Jika berhenti sekarang, tidak akan ada sesiapa yang akan menyalahkan tuan guru sekiranya Kelantan tumbang kepada UMNO/BN dalam PRU13 kelak.
Mood rakyat Kelantan sekarang adalah kepada UMNO/BN. Mereka dahagakan perubahan. PAS juga kena berubah jika tidak mahu diubah.
Modal lama lagi silam seperti isu hudud sudah tidak dapat menjadi faktor penentu lagi kerana ramai tokoh-tokoh PAS sendiri yang memperlekehkan hudud.
Isu negara berkebajikkan sudah tidak masuk dalam pemikiran rakyat kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan oleh UMNO/BN sejak berpuluh tahun dahulu.
Isu royalti minyak bukan lagi boleh meraih undi kerana PM sudah berjanji untuk mengkajinya. Isu Lebuh Raya rakyat Kelantan tentunya mengharapkan kerajaan pusat membinanya dan tidak percaya kutipan derma akan mampu merealisasikan impian rakyat tersebut.
Isu penggondolan tanah nampaknya semakin menghantui pentadbiran kerajaan PAS Kelantan kerana 'tersalah urus' yang keterlaluan. Isu ini tidak akan dapat dibendung dengan mudah kerana segala bukti ada di depan mata.
Apa lagi yang tinggal untuk membantu dan menjamin PAS untuk kekal berkuasa di Kelantan?? Mungkin hanya pengundi luar.
Hadiah hari jadi, kek dengan bendera parti sudah dapat. Hadiah pokok sudah dapat, dan pelbagai penghormatan dari pemimpin luar dan dalam negara sudah dapat. Apa lagi mau??
Jika alasan untuk melihat UMNO berkubur baru nak berhenti, nampaknya lambat lagi lah perkara itu akan terjadi. Allah akan memelihara parti keramat orang Melayu ini kerana parti ini amat berjasa dalam meninggikan syiar Islam di negara ini walaupun tidak pernah diiktiraf oleh PAS.
"UMNO tolak Islam.." ayat tersebut sudah tidak ada power lagi dah..Kan Nuar selalu kata rakyat sudah cerdik..
Isu tanah: Nik Aziz terima 'hadiah istimewa'
KOTA BHARU 6 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima 'hadiah istimewa daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.
Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Abdul Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang telah menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.
Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk `Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Abdul Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment