Ambo mintak maaf..!!
Di dalam media sosial seperti FB, twitter dan blog banyak sekali komen-komen atau pendapat yang dikemukakan oleh puak pembangkang dan juga dari UMNO/BN. Tidak ada sebenarnya sesiapa yang mampu untuk menatap atau meneliti keseluruhan isi kandungan media sosial berkenaan walaupun seseorang itu memberikan tumpuan sepenuh masa dan dibayar gaji untuk melakukannya. Ini ialah kerana terlalu banyak komen dan catatan yang dibuat setiap waktu. Jumlahnya beribu-ribu.
Menjelang PRU13 ini kehangatan dalam penggunaan media sosial ini untuk mempengaruhi pengundi dan pengikut telah bertambah berlipat kali ganda. Setiap orang kelihatan mahu mengetengahkan idea masing-masing. Meriah. Kelekaan dalam mengendalikan media sosial ini mungkin akan menjejaskan peluang untuk menang dalam PRU13 kelak.
Pembangkang dengan hujahnya, BN pula dengan hujahnya. Masalahnya sekarang ialah rakyat kebanyanknya telah mula menyayangi UMNO/BN kembali. Rakyat telah kembali menyakini bahawa hanya UMNO/BN yang mampu membela nasib rakyat.
Pembangkang banyak menabur fitnah dan menyerang BN terutamanya personaliti tertentu dalam BN. Masalahnya sekarang ialah pemimpin UMNO/BN berada dipihak yang sentiasa cuba mempertahankan diri. Sepatutnya para pemimpin UMNO/BN sudah mula melakukan serangan demi serangan terhadap para pemimpin pembangkang.
Puak pembangkang mengatakan media arus perdana seperti TV3, Utusan Malaysia, RTM dan NST adalah lidah UMNO/BN yang sentiasa memutar belitkan kenyataan daripada pihak pembangkang. Masalahnya ialah akhbar milik mereka seperti Harakah, Keadilan dan Roket lebih banyak menabur fitnah dan lebih banyak memutar belitkan fakta sebenar. Hinggakan PAS Wilayah Persekutuan mengatakan Harakah lebih hebat memutar belit dan menabur fitnah jika dibandingkan dengan Utusan Malaysia.
Nuar Brahim kononnya lebih bijak memainkan kata-kata, hebat berpidato dan mahir dalam silat lidah. Masalahnya ialah rakyat lebih mempercayai apa yang Perdana Menteri nyatakan atau umumkan daripada apa yang Nuar celotehkan.
Pemimpin pembangkang selalu menghamburkan kenyataan-kenyataan untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin UMNO/BN. Tuduhan mereka atau fitnah mereka memang tidak berasas. Bersumpah adalah salah satu cara untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah apabila hebat dituduh.
Pemimpin UMNO/BN selalunya berani untuk bersumpah lahanat kerana yakin mereka tidak bersalah. Masalahnya pemimpin pembangkang apabila dituduh tidak berani pula bersumpah untuk membuktikan diri mereka tidak bersalah.
Perdana Menteri apabila dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantunya beliau telah 4 kali bersumpah di dalam masjid untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Begitu juga Eskay dan Saiful. Masalahnya ialah, Nuar, Azmin, Badrol Amin, Rafizi, Nurul Izzah dan Wan Azizah tidak pula berani bersumpah untuk membuktikan mereka berada dipihak yang benar. Mungkin dalam PRU13 kelak baru mereka hendak bersumpah.
PAS selalu mendabik dada mengatakan mereka memperjuangkan Islam, membangun bersama Islam, mempertabatkan Islam dan macam-macam lagi. Masalahnya rakyat nampak segala-galanya tentang Islam dalam negara ini diperjuangkan dan dilaksanakan oleh UMNO.
Wacana ahli akar umbi PAS mencadangkan 11 resolusi supaya PAS kembali kepada perjuangan asalnya. Masalahnya ialah banyak pemimpin PAS termasuk Khalid Samad telah menganjing kurapkan resolusi tersebut.
Apabila Nik Aziz sanggup mengunjungi rumah Karpal Singki di Pulau Pinang dan sempat pula memotong kek hari jadi yang ke 82, ada pula bendera PAS dan DAP atas kek itu, maka penyokong PAS semakin keliru. Sandiwara apa pula kali ini???
Dua-dua sudah tua dan dua-duanya uzur. Masalahnya ialah dua-dua masih mahu menjadi calun. Masalahnya ialah dua-dua ini merupakan liabiliti kepada parti masing-masing. Jika dua orang ini menjadi calun UMNO/BN siaplah tak cukup tanah pakatan mengutuknya. Akan keluarlah hadis yang mengaitkan betapa orang seperti ini tidak layak lagi menjadi calun dan menjadi pemimpin.
Apapun masalahnya ialah setelah Nik Aziz mengunjungi Karpal, pendirian Karpal tidak juga berubah, tetap mahukan Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain. Karpal tetap menentang segala agenda Islam PAS.
Biarlah mereka berdua menjadi calun untuk kali yang terakhirnya kerana masalah terbesar pakatan sekarang ini ialah, Pulau Pinang akan jatuh semula kepada BN. Ini memanglah bertentangan dengan posting Jokiden yang dulu-dulu yang mengatakan PP kekal di bawah DAP. Keadaan berubah sepanjang masa.
Lagi masalah pakatan ialah Kelantan akan jatuh ketangan UMNO/BN dalam PRU13 kelak. Ini seolah-olah sudah dapat di baca oleh setiap lapisan rakyat. Selangor dan Kedah nampaknya begitu jelas akan dirampas kembali oleh BN. Cuma Perak dan Perlis BN kena kerja keras sedikitlah.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment