Adakah dikalangan para pemimpin PAS kini yang berani menyangkal kata-kata Nuar Brahim di atas?? Sebenarnya itulah persepsi Nuar terhadap Pas walaupun kini telah menjadi rakan sekongkolannya.
Di mata dan minda Nuar Pas ini tidak lebih daripada parti murahan yang boleh diperkotak-katikan sesuka hati dia je. Bagi Nuar para pemimpin Pas ini tidak bermoral, menjatuhkan imej Islam dan menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.
Kata Nuar lagi, Pas telah mengetepikan tradisi lama dengan melantik pemimpin yang bukan dari golongan ulamak memimpin Pas. Sebenarnya inipun kehendak Nuar bagi memudahkan dia memainkan jarumnya untuk merealisasikan agenda peribadinya. Golongan ini yang dinamakan oleh sesetengah pemimpin Pas sebagai parasit.
Kata nista Nuar terhadap Pas ini tidak dapat kita nafikan. Namun kata-kata tersebut juga boleh ditujukan kepada dirinya sendiri ibarat pepatah kata dulang paku serpih..
Antara pemimpin Pas dan pemimpin PKR, mereka sebenarnya lebih kurang sama sahaja. Bangun pagi, buka mata mula memikirkan apakah bentuk serangan yang akan dilakukan terhadap para pemimpin UMNO/BN dan kerajaan.
Mereka tidak berhenti setakat minum pagi sahaja. Tengah hari juga mereka merancang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menyerang lawan mereka. Petang pun begitu, senja seterusnya ke waktu tengah malam. Kemudian mereka tidur dan dalam mimpi juga mereka mencari jalan untuk menyerang UMNO/BN dan kerajaan. Esoknya mereka akan mengulang perkara yang sama.
Jadi para pemimpin pakatan ini tidak menggunakan waktu terbaik mereka sepanjang hari untuk memikirkan tentang masalah rakyat. Mereka tidak ada perancangan untuk memakmurkan negeri yang mereka perintah. Mereka tidak peduli dengan nasib rakyat. Tugasan untuk membela rakyat ini mereka serahkan kepada UMNO/BN.
Mereka tidak peduli dengan segala janji yang mereka buat. Mereka tidak kisah dengan saman-saman yang dikemukakan oleh rakyat terhadap mereka. Mereka gila dengan membuat janji-jani baru yang palsu untuk disuakan semula kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi mereka sekali lagi peluang.
Sepatutnya Nuar mencermin diri dahulu sebelum dia membuat kenyataan seperti di atas, walaupun kenyataan itu dibuatnya lebih 15 tahun dahulu. Mereka sebenarnya sama sahaja.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment