PM lancar My Beautiful Malaysia
Hari ini serentak di seluruh negara My Beautiful Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. Beliau melancarkannya dari Kampung Medan. Ribuan tenaga sukarelawan dari seluruh negara mengambil bahagian. Jokiden sempat menghadirinya bagi peringkat Negeri Sembilan bertempat di Port Dickson pagi tadi di lancarkan oleh YAB Menteri Besar NSDK, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Kawasan Pantai Peranginan popular di Batu 4 Port Dickson hari ini menjadi bersih daripada sampah sarap kerana ribuan tenaga sukarela melakukan kerja amal.
Sesungguhnya idea-idea Perdana Menteri dalam Gagasan 1Malaysia ini ada kalanya diluar jangkaan orang lain. Kita tidak terfikir dengan perkara ini, sebaliknya Perdana Menteri mempunyai caranya yang tersendiri untuk menggerakan jentera beliau.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan muda dan PM ternyata berjaya mendekati golongan muda dengan cara santai beliau. PM mendekati anak muda dengan cara berhemah dan bukan dengan cara kasar seperti yang diamalkan oleh puak pakatan.
PM membakar semangat anak muda dengan cara menunjukkan masa depan yang gilang gemilang. PM memberikan harapan dan impian dengan cara pendekatan seorang bapa yang perihatin.
Cara kasar??? ialah cara yang diamalkan oleh pakatan, menghasut anak muda ke jalanan. Mengajar anak muda supaya jangan mematuhi undang-undang. Menghasut pelajar dengan cara kuno supaya jangan membayar hutang. Menghasut anak muda supaya berani menentang pihak berkuasa.
Dan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas anak-anak muda yang jiwanya bergelogak ini, maka pemimpin pembangkang akan melarikan diri, bersembunyi dan membiarkan anak-anak muda tadi terkapai-kapai sendirian. Pendekatan pembangkang ini tentunya akan memakan diri sendiri kelak.
Ratusan ribu anak-anak muda melibatkan diri dalam program My Beautiful Malaysia ini. Mereka semua nya ceria dan gembira.
Lebih seratus ribu berhimpun di Kelantan dalam program ini. Berpuluh ribu di Selangor dan Melaka. Dan lebih 40 ribu menyertainya di Kedah yang turut disertai oleh Menteri Besarnya Aizan Razak.
Aizan Razak merestui program PM, bia betul?? LGE tak ada. Khalid tak ada dan Nik Aziz tak ada. Maknanya ada kemungkinan selepas ini giliran Azizan akan dipecat olehPAS kerana menyertai program PM, UMNO/BN.
Namun ramai mengetahui bahawa Azizan ni degil sikit. Dia tidak makan gertak punya. "Pecatlah kalau berani??" pernah dia berkata macam tu dulu. Kita tengoklah peranan parasit dalam PAS nanti.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment