Monday, February 4, 2013

Esok Jangan Berjanji Lagi Yo..


  Kalau janji bukan satu manifesto, apa lagi selepas ini?

Lebih 100 orang ibu tunggal mengadakan bantahan menuntut elaun gaji yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Kenanga, tahun lalu.

Kalau janji bukan manifesto dan ia tidak wajib dipenuhi maka apakah ertinya berkempen di pentas politik dan menampilkan buku berwarna jingga sebagai satu modal untuk menarik sokongan rakyat.

Kerajaan negeri Selangor difahamkan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Langkah ini walaupun tidak menghairankan rakyatnya sekurang-kurangnya membuatkan mereka tidak sabar untuk mendengar manifesto terbaru Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan selewatnya hujung Mac atau awal April tahun ini.

Kata pujangga, jangan suka mengungkit nanti ada hati yang sakit. Namun jika ditelusuri pentadbiran kerajaan negeri Selangor selama lima tahun kebelakangan ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan manifesto berwarna-warni yang diedarkan sempena PRU ke-12 lepas.

Satu demi satu butiran manifesto dipersoal dan diungkit oleh rakyat, yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dokumen tersebut.

Bukan setakat mempersoalkan kandungan manifesto pakatan rakyat yang dianggotai parti DAP, PKR dan Pas malahan tindakan undang-undang turut diambil oleh rakyat Selangor bagi menuntut janji-janji yang terkandung dalam manifesto berkenaan.

Rakyat Selangor seramai hampir 6,000 orang menuntut rebat air percuma dari kerajaan negeri Selangor sebagaimana yang diberikan kepada jutaan rakyat negeri tersebut. Alasan rebat air percuma hanya diberikan kepada meter individu dan bukan pengguna meter pukal amat menghiris hati rakyat yang terlibat. Tindakan belah buluh atau berbahagi kasih sayang menunjukkan di mana adilnya parti yang menggelarkan diri mereka PKR.

Selain kes tersebut, kes tuntutan elaun yang dijanjikan di dalam manifesto oleh ibu tunggal menunjukkan rakyat telah muak dengan janji-janji yang tidak ditepati oleh kerajaan PKR. Selama lima tahun ibu tunggal menanti elaun yang dijanjikan, namun sehingga artikel ini ditulis kes tuntutan tersebut masih belum dibicarakan secara penuh di mahkamah.

Namun kemenangan awal terserlah apabila kerajaan negeri Selangor gagal mengetepikan saman yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal baru-baru ini. Kegagalan membatalkan saman tersebut menunjukkan bahawa manifesto adalah satu harapan yang diberikan oleh pihak parti yang bertanding dalam pilihan raya kepada rakyat.

Bagi rakyat Selangor mereka telah membaca, meneliti, membincangkan, mengulas malah menyimpan manifesto tersebut dan menganggap ia sebagai janji yang perlu dipenuhi apabila pihak yang membuat janji mendapat mandat mentadbir Selangor.

Sokongan telah diberi dan mandat telah diterima, namun apa yang mereka dapat hanyalah alasan demi alasan oleh pihak terbabit hingga mereka menjadi bosan. Ibu-ibu tunggal yang menyaman turut kecewa apabila Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta bukti kukuh bahawa kesemua ibu tunggal tersebut memberi bukti mereka memangkah Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum 2008.

Soalnya, di manakah kewajaran dan keadilan permintaan itu, bukankah undi itu rahsia dan atas sebab kerahsiaan itu juga maka ada pihak yang sanggup menyarung baju kuning menuntut pilihan raya lebih telus dan adil. Seorang pemimpin pembangkang mahu undi didedahkan kemudian hari manakala satu pihak lagi mahu jari pengundi dicelup dakwat hitam supaya tiada penipuan berlaku.

Inikah dinamakan perjuangan demi menegakkan keadilan? Rakyat dijadikan sepak raga disepak ke sana sini dengan isu dan helah politik atas nama kebebasan bersuara.

Justeru, kepada pemimpin pembangkang yang mengatakan janji manifesto bukan satu kemestian untuk dipenuhi, perlulah menarik kembali kenyataan tersebut. Rakyat Selangor sudah bijak menilai dan mampu menghakimi setiap dokumen yang disajikan kepada mereka setiap kali pilihan raya yang sudah masuk edisi ke 13 pada tahun 2013 ini.

Sekilas ikan di air di Langat 2 yang semakin kering, sudah tahu sama ada ia jantan mahupun betina. Begitu juga dengan manifesto pilihan raya, buku jingga mahupun dasar Kerajaan Pusat kesemuanya adalah menjurus kepada janji.

Ibarat seorang pengantin dan tok kadi. Apabila tok kadi menjalankan upacara akad nikah akan ada ijab dan kabul. Sebelum dinikahkan pengantin lelaki akan bertaklik. Iaitu janji untuk melayani isteri dengan penuh kasih sayang dan tidak akan mencederakannya.

Dalam soal pilihan raya, manifesto adalah taklik dari parti yang bertanding dan ijab dan kabul adalah proses menyetujui kandungan manifesto yang mana pengundi seumpama pengantin perempuan setuju dengan taklik tersebut. Namun hari ini pengundi di Selangor membantah taklik yang dibuat maka jatuhlah talak ke atas kerajaan negeri.

Jika sudah jatuh talak atau taklik di bawa ke mahkamah maka layakkah lagi kerajaan negeri hendak bertaklik sekali lagi sedang pengantin perempuan sudah merajuk?

Jadi begitu keadaannya apakah patut kerajaan yang sama mengeluarkan manifesto sekali lagi?

PRU13 menjelang tiba. Dalam setiap PRU di mana jua, pasti ada manifesto parti atau calun yang bertanding. Manifesto merupakan hala tuju. Dalam PRU12 dahulu, PKR telah menbuat pelbagai janji demi menarik sokongan rakyat mengundi mereka.
 
Pada tahun 2008 selain daripada faktor UMNO/BN sendiri yang memasuki gelanggang dengan pelbagai masalah dan kemelut, pengalihan sokongan kepada pakatan pembangkang mungkin sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh janji-janji mereka dalam manifesto yang ditaburkan.

Rakyat pada tahun 2008 telah merasa sedikit tidak berpuas hati dengan kerajaan dan UMNO/BN ketika itu. Rakyat ingin 'mengajar' kerajaan. Rakyat ingin menunjukkan mereka juga berkuasa. Akibatnya UMNO/BN dan kerajaan hilang 2/3 kerusi di Parlimen.

Tidak dinafikan rakyat agak terbuai dan terpesona dengan janji-janji puak pembangkang semasa berkempen. Pembangkang membuat janji-janji yang muluk-muluk kerana mereka sendiri tidak yakin akan menang dan mampu menubuhkan kerajaan, lalu mereka tidak terikat dengan sebarang janji yang dibuat.

Panjang berjela manifesto pakatan samada DAP, PKR dan PAS. DAP menjanjikan keharmonian kaum, ketelusan yang melampau, kebebasan bersuara dan demokrasi yang utuh. Habukpun tarak, semua janji dalam manifesto itu dibakul sampajkan oleh pemimpin DAP.

PKR juga mempunyai manifesto yang panjang berjela. Sehingga berakhirnya tempoh pemerintahan mereka segala janji hanya tinggal janji. Mereka tidak mampu menunaikan janji-janji yang mereka tabur. Rakyat tertipu dan berlakulah kes samanm menyaman dalam mahkamah. Perkara pelik berlaku iaitu ibu-ibu tunggal kena membuktikan bahawa mereka benar-benar mengundi PKR, barulah Khalid akan memenuhi janji yang dibuat. Tidak pernah dibuat oleh mana-mana parti dalam dunia ini supaya pengundi membuktikan siapa yang mereka undi.

PAS tak yah cakaplah.. sudah lebih 20 tahun menabur janji di Kelantan. Janji yang ditunaikan hanyalah menaikan papan tanda, kain rentang, perasmian projek itu ini dan PAS di Kelantan terus memainkan sentimen ke agamaan dikalangan penyokong mereka. Peliknya semakin banyak pula hutan dan tanah-tanah di Kelantan diberikan kepada orang luar. Akhirnya rakyat Kelantan membuka mata dan dalam PRU13 kelak Kelantan akan kembali kepada BN.

Kesimpulannya kerana tidak tahu menunaikan janji, maka kali ini janganlah lagi membuat janji. Kerana tidak mampu berbakti dan melaksanakan janji maka janganlah membuat janji baru.

Wahai pakatan, dalam PRU13 ini masuklah gelanggang tanpa sebarang janji dan tanpa apa-apa manifesto yang mulok-mulok. Kalau buat juga manifesto, rakyat sudah tidak akan percaya lagi. Rakyat sudah serik dan rakyat sudah tidak mahu lagi turun naik ke mahkamah untuk menuntut janji-janji palsu.

Janji samada yang besar-besar atau yang kecil-kecil, semuanya akan diketawakan oleh rakyat kelak terutamanya di Selangor kerana rakyat melihat itu semua hanyalah tipu daya untuk meraih undi. Segala bantuan yang dijanjikan tidak sampai kepada rakyat kecuali sedikit bantuan air. Itupun mengikut meter pulak.

Sebaliknya banyak janji pakatan dalam manifesto dulu telah ditunaikan oleh BN kerana tidak mahu rakyat terus menderita di bawah pemerintahan pakatan. Maka penerima pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan ialah dari Kelantan dan Selangor.

Ciri-ciri orang munafikun ialah apabila berjanji mereka mungkiri, apabila bercakap mereka bohong, apabila diberi amanah mereka mengkhianati dan apabila bertekak atau berdebat mereka sahaja yang ingin menang. Ada tak ciri-ciri tersebut di dalam pakatan pembangkang???

Wahai pengundi rakyat Malaysia, mari kita ajar pakatan sekali ini. Mari kita lingkupkan mereka. BN adalah yang terbaik dalam membela rakyat dulu, kini dan selamanya. Berhenti lah daripada mempercayai persepsi puak pakatan yang suka menggunakan perkataan rakusss, rasuahhh, zalimmm, menindasss, merompakkkk, songlapppp dan pelbagai lagi. Itu semua tidak lagi berlaku di zaman DS Mohd Najib memerintah ini. Transformasi beliau sesungguhnya tidak terbayangkan oleh pakatan.
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment