Friday, February 8, 2013

Ini Kah Yang Ingin Mereka Percayai??? Terpulanglah..

Esok-esok you mesti minta nak join BN tau..
 

Menjelang PRU13 pelbagai persepsi diwujudkan terutamanya oleh puak pembangkang dalam usaha mereka cuba untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN. Pembangkang berusaha untuk mengekang sokongan penyokong tegar supaya tidak lari daripada mereka, disamping berusaha keras agar pengundi atas pagar memberikan undi berharga mereka kepada pakatan.
 
Nuar berkata, UMNO tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat, kerana rakyat telah cerdik. Betul juga tu kerana yang masih mampu memperbodohkan rakyat ialah Nuar Brahim. Dengan muka serius, dengan muka selamba dan dengan muka tidak tahu malu, dia akan bercakap seolah-olah segala yang baik didunia ini ialah dia dan pakatan. Segala yang buruk pula adalah UMNO/BN dan kerajaan.
 
Politik persepsi. Sukar ditangani. Politik kebencian cuba ditanam setiap hari ke dalam minda rakyat demi meraih sokongan. Yang mana satu paling disukai oleh rakyat antara fakta, fitnah, persepsi buruk dan politik kebencian.
 
Ayah Altantunya mengakui dia tidak pernah mendapat apa-apa bayaran untuk membuat kenyataan yang menyebelahi PM. Pakatan masih memainkan isu ini. Yang ingin dipercayai oleh puak pakatan adalah sebaliknya iaitu bapa Altantunya telah dibayar berjuta ringgit. Terpulanglah.
 
Kerajaan menjelaskan secara terperinci bahawa tidak ada komisyen yang dibayar oleh Syarikat Perancis dalam pembelian Kapal Selam Scorephene. Namun yang ingin dipercayai oleh puak pakatan ialah komisyen RM540 juta (Untuk tujuan sokongan, teknikal dan latihan) itu  memang ada diberikan kepada syarikat Razak Baginda. Terpulanglah jika itu yang mahu dipercayai.
 
Perjanjian jual beli Kapal Selam dipersetujui lama sebelum Altantunya muncul dalam senario politik Malaysia. Namun yang ingin dipercayai ialah penglibatan Altantunya dalam hal ini dan dia menjadi juru perunding, sedangkan dia tidak boleh berbahasa Perancis. Terpulanglah.
 
 
 
Perhatikan betul-betul muka Nuar tu.. Dulu Hj Hadi ni nak bersalam dgn Tun Mahathir pun haram.
 
Nizar Lambai mengatakan PM telah 'menyapu' bersih duit pampasan RM207 billion yang dibayar oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia kerana buruh paksa membina landasan keretapi maut. Kementerian Kewangan menafikan dan Kerajaan Jepun juga menafikan. Namun di dalam media sosial yang ingin dipercayai oleh penyokong pakatan ialah PM telah 'menyapu' duit itu. Terpulanglah.
 
Pembangkang kata 'ubah sekarang' kerana kerajaan ini zalim dan mengzalimi rakyat. Hakikatnya tidak ada seorangpun daripada 28 juta rakyat Malaysia yang dizalimi. Yang ingin mereka percaya ialah kerajaan UMNO/BN ini zalim kerana itu kata penceramah mereka siang dan malam. Maksud 'zalim' kepada mereka jauh berbeza dengan apa yang orang sihat mental fahami. Terpulanglah.
 
 
Jika gambar ini betul, jelaslah betapa terdesaknya PAS..
 
Pembangkang kata tidak ada kebebasan bersuara di negara ini. Hakikatnya mereka telah terlebih bebas tanpa sebarang sekatan.  Namun yang ingin mereka percayai ialah mereka sebenarnya tidak bebas seperti yang dijelaskan oleh Kadir Sheikh Fadzir setiap kali dia berucap dan memberikan sebab musabab dia menyertai pembangkang.. Terpulanglah.

Mereka mengatakan rakyat ditindas dengan kejam oleh pemimpin UMNO/BN. Mereka tidak dibenarkan mengkritik, mereka tidak boleh bersuara, mereka tidak boleh berhimpun, mereka tidak boleh memaki hamun, mereka tidak boleh memfitnah, mereka tidak boleh mengaibkan orang, mereka tidak boleh menggunakan lebuh raya, mereka dikongkong daripada menggunakan internet, dikongkong daripada membaca akhbar kecuali Utusan Malaysia dan mereka dipaksa bersembunyi di rumah dan banyak lagi kezaliman kerajaan ini yang mereka ingin percayai.
 
Pemimpin pembangkang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam. Hakikatnya Lim Guan Eng telah ikut sama bila kapal itu menyelam. Namun yang ingin mereka percaya ialah pembaziran membeli kapal selam berbillion ringgit yang tidak boleh menyelam kerana itulah yang mereka terima dalam ceramah pakatan.. Terpulanglah.
 
 
 
   
Sambung sikit dialog ni. Hj Hadi: "Apolak eden kono umum. Ekaulah umumkan, kan kau Kotuo Umum" Nuar Brahim: 'Ish apolak den, nak sojukkan ati penyokong PAS, ekaulah.." Kit Siang: "Baco yolah.dah siap tulih tu.." Mat Sapu: "Haiyo oghang tuo ni.. copeklah.."
 


SPR tidak memanipulasi PRU, tidak memihak, telus dan cuba memuaskan hati semua pihak namun yang ingin mereka percaya ialah mereka kata SPR menipu, tetapi mereka menang juga 5 negeri. Di Kelantan lagi teruk setiap kali PRU SPR telah menipu lalu memberikan kemenangan selama 22 tahun kepada PAS.

Mereka kata banyak pengundi hantu, mereka percaya sangat yang hantu-hantu tersebut boleh mengundi berkali-kali di banyak tempat. Hakikatnya Tan Seng Giaw telah otai memenangi Parlimen Kepong. Bukit Bintang selamanya menjadi kubu DAP. Inilah kehebatan Nuar dalam memperbodohkan pengikutnya.
 
 
 
   


RM250 juta yang diperolehi oleh NFC untuk projek ternakan lembu di Gemas, adalah berbentuk pinjaman dan syarikat berkenaan bertanggung-jawab membayar balik setiap sen yang mereka gunakan dengan keuntungan. Orang luar dari syarikat tersebut juga akan mendapat faedah daripada keuntungan yang dibayar oleh Syarikat berkenaan.

Namun yang ingin mereka percayai ialah duit rakyat telah diberikan kepada suami Shahrizat dan beliau ialah kroni UMNO/BN dan kenapa tidak duit sebanyak itu diberikan kepada mereka sahaja. Kenapa mesti Mohammad Salleh yang mendapat kemudahan itu.

Anak kepada Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa dia hanya mempunyai satu lot saham 1000 unit dalam Syarikat PETRON. Namun yang seronok diceritakan oleh puak pembangkang ialah beliau memiliki syarikat tersebut dan menjadi Pengarahnya.

Saiful Bukhari membuat laporan yang dia diliwati oleh Nuar. Ini berlaku di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan tidak ada kena mengena dengan DSMN kecuali Saiful pernah datang sekali mengadu hal kepadanya. Namun yang ingin dipercayai oleh pengikut pembangkang ialah itu semua konspirasi DS Najib, kerajaan, UMNO/BN semata-mata untuk menghalang Nuar daripada menjadi Perdana Menteri.

Penyokong tegar pakatan amat mempercayai bahawa UMNO/BN terlalu takut Nuar menjadi Perdana Menteri kerana Nuar akan 'mengheret' semua pemimpin UMNO/BN yang rakusss, yang rasuah, yang zalim ke muka pengadilan. Isk..isk itu yang mereka percaya sedangkan Nuar tak masuk penjara untung besar sebab banyak kes beliau sedang dibicarakan.

Segala-galanya tentang Islam di Malaysia ini adalah hasil perjuangan UMNO?BN, namun yang ingin mereka percayai ialah, "UMNO tolak Islam" kerana itu yang sering diulang-ulang oleh Nik Aziz. Kata Nik Aziz UMNO memperjuangkan kebangsaan, Pas memperjuangkan Islam. Malangnya dalam Perlembagaan UMNO terdapat klausa yang mempertahankan Islam tetapi dalam Perlembagaan Pas tidak disebut langsung.

Mengundi Pas masuk Syurga, mengundi UMNO/BN masuk Neraka. Itu yang penyokong tegar pakatan ingin percaya padahal fatwa politik tersebut ternyata sesat dan menyesatkan.

Yang paling penyokong tegar ingin percayai ialah media arus perdana Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan NST adalah pembawa berita palsu dari muka surat pertama hingga terakhir, kerana itulah yang pemimpin mereka selalu sogokkan.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment