Sunday, February 3, 2013

Karpal Singki Pun Kena 'Pasal' Jugak...???


Nik Aziz Nik Mat ni pantang diprovok sikit oleh wartawan maka dia akan melatah. Bila dia melatah dia tidak mampu lagi untuk berfikir. Bila dia tidak lagi mampu berfikir, maka dia tidak lagi dapat menjawab soalan wartawan.
 
Bila dia gagal menjawab soalan wartawan maka ayat maut dia akan keluar iaitu "Itu dia punya pasallah"

Kerap sangat kita dengar ayat tersebut. Semua orang terkena 'pasal' dengan dia. Nuar Brahim bila tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura pun kena pasal dengan nik Aziz ni. Pemimpin UMNO/BN memang dah selalu sangat kena 'pasal' ni.

Maknanya jika seseorang tidak kira siapa sekiranya tidak bersetuju dengan pandangan Nik Aziz maka dia tidak peduli, itu mereka 'punya pasal' Baginya apa yang dia katakan dan tuturkan semuanya betul dan tidak perlu diperdebatkan.

Jika ada yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu bukan urusan dia, itu orang lain punya pasal. Sama dengan Lim Guan Eng, setelah mencetuskan polimik dengan isu Kalimah Allah, jika PAS nak bergaduh sesama sendiri tentang isu tersebut, bukanlah merupakan urusan dia.
 
Bongkak dan sombong sungguh para pemimpin pakatan ini samada dari DAP, PAS mahupun dari PKR. Kebongkakan, keegoan dan kesombongan mereka ini kelak yang akan memusnahkan harapan dan impian rakyat.
 
Kadang kala kita merasa hairan, DAP mengakui juara kebebasan dan ketelusan, namun pemimpin mereka mengamlkan sikap sebaliknya. Tidak ada kebebasan. Jangan nak tunjuk handal dengan mereka, jangan nak memandai dan jangan tidak akur, anda akan menerima padahnya.
 
Sibuk DAP memperjuangkan kebebasan akhbar konon, namun DAPlah yang melarang Utusan Malaysia membuat liputan kerana bimbang sesuatu yang tidak betul diketahui oleh rakyat. Terkini STAR pula diboikot oleh DAP.
 
PAS pun sama, dah berpuluh tahun para pemimpinnya masih tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan pihak akhbar atau wartawan. Bila gagal menjawab maka mereka akan berkata.. "itu dia punya pasallah" atau mereka akan segera menuding jari "Ini semua salah UMNO.." Kah..kah..Kah.
 
PKR dan Nuar tak yah cakaplah, memang dia mengamalkan cara kuku besi apabila berhadapan dengan wartawan. "TV3.. tak yahlah.." atau "Kamu dari Utusan.. akhbar UMNO.." sindirnya. Suatu waktu dulu dalam merencanakan kenaikan dia dalam senario politik tanah air, dialah yang keterlaluan menggunakan pengaruh akhbar ini.
 
Terkini yang kena 'pasal' dengan Nik Aziz ialah Karpal Singki. Baca di bawah.

"Itu dia (Karpal) punya pasal" - Nik Abdul Aziz


NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (kiri) dan KARPAL SINGH (kanan).
 
KOTA BHARU 3 Feb. - Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP.
 
Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.
 
Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.
 
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
 
Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan. - UTUSAN




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment