Pengorbanan seperti ini tidak ada nilai bagi Hj Hadi sekiranya mereka kelak berkata sesuatu yang benar. Kalian tetap akan diperlekehkan.
Memang pakatan pembangkang ini tidak berpijak dibumi nyata. Ada ratusan peribahasa Melayu zaman dulu yang masih lagi relevan sehingga kini jika dihalusi akan terkena ke batang hidung mereka sendiri. Salah satu daripadanya ialah "kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi.." Ini belum mengambil kira peribahasa ciptaan Karam Singh Wallia.
Yang ingin diulas kali ini ialah peribahasa "habis madu sepah dibuang" Sebelum itu baca penghinaan Hj Hadi terhadap Nasharuddin Md Isa pada May 2012 di sini
Semua pendapat tidak akan dilayan oleh Hj Hadi kecuali jika saranan itu datang dari orang yang berpengaruh, orang besar atau dari kerajaan pakatan sahaja. Begitu angkuh dan sombong Hj Hadi ini. Pun pencacai pakatan masih mengatakan Hj Hadi ini ulamak tersohor. Wei.. ulamak tidak akan sombong, angkuh, takbur, meroyan, riak, kuku besi dan putar belit kenyataan. Sah ciri-ciri ulamak tidak ada pada diri beliau. Penyokong Pas, apa lagi tinggalkanlah PAS secara beramai-ramai. Jangan pergi kepada parti lain.. tetapi masuklah UMNO.
Jokiden sudah banyak kali sebut bahawa PAS ini memerlukan orang yang berperangai buruk-buruk, yang mudah dipengaruhi oleh syaitan atau yang syatain suka buat kawan. Senaraikanlah nama pemimpin mereka satu persatu, kemudian analisalah kenyataan-kenyataan atau perbuatan mereka, maka kita akan berjumpa dengan perbuatan yang tidak melambangkang mereka dari sebuah parti Islam. Banyak wei..
Habis madu sepah dibuang, selepas segala kebaikan atau faedah daripada indivitu tersebut disedut oleh PAS maka sekiranya individu tersebut cuba untuk mengekalkan imej baik atau berpegang kepada prinsip, maka tunggulah tangan-tangan ghaib atau tangan-tangan nyata akan menamatkan karier politik mereka.
Penghinaan yang tidak sepatutnya akan dilemparkan kepada tokoh-tokoh berkenaan walaupun tokoh tersebut sebenarnya mahu berkata sesuatu yang benar.
Hj Hadi pernah menghina Datuk Nakhaie Ahmad. Suatu masa dulu tokoh ini disanjung dan dipuja oleh PAS sehingga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden. Sesuatu terjadi dan beliau keluar PAS dan menyertai UMNO.
Hj Hadi jelas dan nyata menghina Al-Afghani dengan mengatakan ahli PAS seumr hidup itu hanyalah seorang cikgu sekolah yang mengajar A,B dan C. Suatu waktu dulu tokoh ini disanjung kerana dia antara yang hebat mengguna pakai Amanat Hj Hadi. Mudah sangat Hj Hadi memperlekehkan dan menghina dia apabila dia cuba berkata sesuatu yang benar.
Yang terkini ialah hinaan Hj Hadi kepada Nasharuddin Md Isa yang pernah menjadi Timbalan beliau suatu waktu dulu. Kononya masa itu 'gandingan ulamak' kini apabila Mat Sapu menang sebagai Timbalan Presiden Hj Hadi mengatakan team dia adalah team pilihanraya.
Nasharuddin kini di hina sebagai seorang ahli biasa PAS yang dipungut oleh UMNO, digunakan oleh UMNO, dipakai oleh UMNO. Isk..isk.. UMNO ketandusan tokoh sehingga menggunakan khidmat ahli biasa PAS.. Celupar betul mulut dia. Dia ingat karier politik Nasharuddin ini telah berakhir dan berkubur dengan terpecatnya daripada ahli Majlis syura dengan cara yang tidak adil.
Alasan Nasharuddin dipecat ialah sebab tidak hadir mesyuarat. Pada hal seluruh dunia tahu bahawa dia dipecat sebab menunjukkan rasa hormat dan kelihatan mesra UMNO/BN dan mengikuti lawtan PM ke Gaza.
Jika alasan tidak hadir mesyuarat, ramai lagi yang tidak hadir, termasuk Hj Hadi sendiri. Malah YB2 dan pemimpin PAS ini serta pemimpin pakatan bukan sahaja malas menghadiri mesyuarat (kecuali mesyuarat yang ada elaun atau imbuhan) malah melawat kawasan juga malas.
Dalam ceramah memanglah mereka kata mereka membela rakyat. Apa yang dia bela??? Semua maslah rakyat mereka akan lepas tangan dan merujukkan kepada YB UMNO/BN untuk menyelsaikannya.
Masalah banjir, masalah rumah murah, masalah air, masalah bantuan persekolahan, masalah ibu tunggal, masalah rumah urut, masalah pasir, masalah longkang, masalah teksi, masalah peniaga kecil, masalah peniaga pasar malam, masalah masjid, masalah surau, masalah rakyat termiskin, masalah warga emas, masalah guru, masalah polis, masalah kolej, masalah tanah runtuh, masalah pendatang haram, masalah warga negro dan masalah kemalangan semuanya mereka lepas tangan dan meminta rakyat mengadu kepada UMNO/BN.
Sia-sia mereka menjadi pemimpin dan ada yang makan gaji buta. Namun di dalam setiap ceramah merekalah pemimpin nombor satu membela rakyat, membela itu ini, berjuang itu ini, merekalah juara, merekalah yang baik, merekalah yang alim dan merekalah yang hebat. Sekali lagi kokok berderai-derai, ekor penuh dengan tahi.
Sedarlah wahai penyokong pakatan, kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN ini telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Kelemahan akan terus diperbaiki menerusi pelbagai Transformasi yang sedang berlaku kini. Rekod UMNO/BN tidak dapat dinafikan oleh sesiapa yang mampu berfikir secara waras dan bukannya mengikut emosi atau rasa tidak puas hati yang merajai hati. Jauhilah persepsi negatif yang dijaja oleh pembangkang.
Hari ini kalian dipuja dan dipuji, kerana kalian bersama mereka. Apabila sahaja kalin cuba berlaku rasional dan ingin memperbaiki diri, maka kalian akan segera dihina. Malah kalian tidak diakui sebagai ahli parti Pakatan, sebaliknya kalian akan dituduh sebagai penyamar-penyamar UMNO. Kalian tunjukkan kad keahlian dan bukti-bukti sahih yang kalian adalah ahli parti yang telah insaf, pun kalian akan dihina juga dengan dikatakan kalian telah dibayar oleh UMNO/BN untuk bertindak sedemikian.
Ikut manapun sumbangan kalian tidak dihargai.. Tinggalkanlah PAS dan Pakatan sekarang juga. Ikuti jejak mereka ini:
36 ahli tegar Pas sertai UMNO
BAHARUDIN Yusof (kiri) menerima borang keahlian UMNO daripada Meli Awang Seman di Tanah Merah, Kelantan, kelmarin
TANAH MERAH 1 Feb. - "Pas sudah berubah. Parti itu kini sudah jauh dari landasan perjuangan Islam yang dipegang selama ini demi menjaga kepentingan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP."
Itulah luahan ikhlas dari seorang ahli tegar Pas, Meli Awang Seman, 63, yang kecewa dengan parti itu dan mengambil keputusan untuk menyambung wadah perjuangannya bersama UMNO yang ternyata lebih mengutamakan rakyat, agama, bangsa dan negara.
Meli adalah di antara 35 ahli tegar Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau di sini yang mengambil keputusan menyertai UMNO.
Borang menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh Meli selaku wakil kepada ahli Pas yang lain kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharudin Yusof dalam satu majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang di Kawasan Rukun Tetangga Taman Barakah di sini malam tadi.
Meli berkata, Pas sekarang sudah tidak seperti dahulu, mereka telah memungkiri pelbagai janji terutamanya berkaitan penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Selain itu, katanya, Pas juga telah gagal memberikan pembangunan di negeri ini dan lebih menyedihkan mereka juga sanggup menggadai tanah kepada orang luar tanpa memikirkan masa depan rakyat sendiri.
"Tanah diberikan kepada orang luar sehingga rakyat sendiri hidup melarat. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat di negeri ini telah memberikan kepercayaan kepada mereka," katanya.
Seorang lagi bekas ahli Pas, Zulkifli Ghazali, 40, berkata, perjuangan Islam sudah tidak ada lagi pada Pas dan mereka juga tidak mempunyai pendirian yang tegas seperti dahulu.
"Pas tunduk kepada PKR dan DAP sehingga isu besar seperti penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam mereka 'halalkan' pada mulanya sebelum bertindak menarik balik itupun selepas menerima pelbagai desakan," katanya.
Sementara itu, Baharudin Yusof berkata, sejak tahun 2010 sehingga kini hampir 2,000 ahli Pas tegar di kawasan ini telah menyertai UMNO setelah tidak tahan lagi dengan sandiwara parti itu.
Katanya, selepas ini dan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan terdapat banyak lagi ahli Pas khususnya di Parlimen Tanah Merah akan menyertai UMNO.
"Rakyat negeri ini dilihat sangat dahagakan perubahan dan gelombang itu terus berlaku dengan ahli-ahli Pas yang sebelum ini tegar dengan parti itu sudah semakin ramai menyertai UMNO," katanya.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment