Thursday, January 31, 2013

Nizar Lambai.. Nizar Telunjuk..


  
Tengok jari Nizar Lambai tu, satu menuding ke arah Speaker, ompek laie menuding ke arah dia. Sobab itu Ngeh tersengeh..
 

Banyak perlakuan pelik ditunjukkan oleh Nizar ni sejak dulu, dalam usaha untuk mengekalkan populariti beliau supaya kelihatan relevan dalam politik PAS dan politik tanah air.

Yang terbaru ialah apabila dia mengatakan UMNO segera mengambil peluang atas kematian William yang disifatkannya  sudah menjadi  'bangkai' yang turut mengundang komen daripada Dr Zamry.

Ciri-ciri untuk kekal lama sebagai pemimpin PAS memang terdapat dalam diri Nizar seperti suka mencaci, suka mengaibkan orang, suka menuding jari, suka bertempek dan suka membuat gimik. Selepas berbohong dalam setiap ceramahnya dan dikantoikan dengan tayangan video tulin, dia masih boleh membuat muka selamba.
 
Dikala orang UMNO/BN mengadakan ceramah dia dengan muka tebalnya datang duduk di depan dengan harapan penceramah akan berhenti daripada mendedahkan keburukkan beliau. Apabila penceramah terus memaparkan bukti-bukti kukuh, dia lari tanpa dihalau. Perangai itupun dikira pelik dan diperlukan untuk kekal lama dalam PAS.

Jika diimbas kembali terdapat banyak kisah tentang perwatakan, perbuatan dan kata-kata Nizar Lambai ini yang membuatkan beliau hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin yang baik selain daripada memenuhi ciri-ciri sebagai pemimpin PAS.

Antaranya ketika kempen PRK Hulu Selangor dia menghasut orang Cina dengan mengatakan bahawa PM DSMN adalah seorang yang rasis dan sanggup untuk membunuh orang Cina.

Semasa mengankat sumpah di Parlimen setelah memenangi PRK Bukit Gantang, dia asyik tersengeh-sengeh macam kerang busuk, melilit kepala dengan kain dan cuba membuat bising dalam Parlimen.

Setelah terlucut jawatan Menteri Besar untuk seketika dia begitu meroyan dan tidak mahu memulangkan kereta mewah milik kerajaan Negeri Perak  seolah-olah kereta itu milik dia yang dibeli dengan duit titik peluh dan jerih dia.
 
Semasa menjadi Menteri Besar juga dia berperangai pelik dengan bersetuju untuk meluluskan tanah tol selama hampir seribu tahun iaitu 999 tahun.
Kemudian kematian seorang ahli DAP Toe Beng Hock telah disensasikan oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin DAP yang lain. Dalam hal ini Nizar turut mempunyai perangai pelik iaitu ikut sama dalam majlis menyalakan lilin kononnya untuk menunjukkan simpati yang berlebihan kepada keluarga mendiang.

Tidak lama dahulu entah dari mana datangnya idea Nizar Lambai ni dan dengan penuh keyakinan dia mengadakan sidang akhbar lalu mengankat-angkat kertas kononnya dia menerima dokumen sahih iaitu Kerajaan Jepun telah membayar ganti rugi kepada PM Najib sebanyak RM207 billion.
 
Pernah juga satu ketika dia menghantar tweet mencemuh Sultan Johor kerana membida no pendaftaran www 1 sebanyak setengah juta. Kononnya dia tidak menujukan komennya terhadapa Sultan setelah nyata beliau terkantoi. Katnya duit itu patut diberikan kepada rakyat marhean dan Sultan jangan membazir. Malangnya dia yang sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN tidak pula berusaha untuk membela nasib rakyat. 
 
Pelik dan sungguh ajaib, semasa dia menjadi Menteri Besar dia menyokong penuh projek di Teluk Rubiah. Kemudian dia mempertikaikan projek tersebut dan menafikan yang dia menyokongnya.
 
Kerajaan Perak terpaksa mengklasifikasikan dokumen Rahsia kerajaan bagi membuktikan sokongan Nizar. Dia hanya tersengeh-sengeh selepas itu, namun hanya untuk sementara sahaja kerana selepas itu dia kembali meroyan dan menafikan penglibatan dirinya.
 
Nizar, Nizar, satu jari kamu menuding ke arah orang lain, ingatlah ada 4 lagi yang menuding kearah diri kamu sendiri. Maksudnya satu kesalahan orang lain yang kamu debatkan, ada 4 kesalahan diri kamu sendiri yang kamu sembunyikan.
 
Sekolah tinggi, kelulusan tinggi, perjalanan jauh dan pemandangan luas, namun kesian dia masih belum bijaksana..
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment