Saturday, February 2, 2013

BN Terus Kehadapan.. Pakatan Telah Jauh Ketinggalan..


"Apo laie yang Najib nak umum nii lomeh den.."
 
 
 
 

Dalam sepuluh orang kaya di Malaysia, terdapat seorang orang Melayu. Dalam dua puluh pula yang terkaya tedapat dua atau tiga keturunan Melayu.
 
Orang Melayu yang kaya-kaya ini menjadi sasaran pembangkang. Mereka menjadikannya modal untuk mengkritik kerajaan. mereka ini dituduh sebagai kroni. Mereka menjadi bahan momokan pembangkang untuk menaikkan darjah kebencian rakyat kepada kerajaan.
 
Jika berceramah ditempat elit pembangkang akan memusingkan cerita atau fakta. Mereka menuduh sedikitnya jumlah orang Melayu yang berjaya menjadi kaya ini adalah disebabkan kegagalan UMNO. Nama-nama seperti Tan Sri Syed Mokhatar Al Buklhary akan sentiasa di bibir mereka. Katan Tun Mahathir demokrasi di Malaysia sudah melampau kerana adanya dua tiga orang pemimpin atau ahli politik pembangkang yang tidak bertanggung jawab.
 
Semalam Utusan Malysia ada menyiarkan artikel mengenai hikayat Lukmannul Hakim dengan anak yang menaiki keldai dalam menggambarkan senario politik di Malaysia dewasa ini. Semuanya serba tak kena.
 
Jika berceramah pula di tempat-tempat rakyat biasa atau pendengarnya adalah dari golongan biasa maka nada dan irama yang dimainkan oleh pembangkang adalah berbeza. Objek rujukan mungkin sama iaitu mulut mereka mesti menyebut Tan Sri Syed Mokhatar, Mokhzani, Tan Sri Azman Hashim da beberapa orang lagi, namun mereka ini bukan digambarkan sebagai lambang kejayaan  dasar-dasar UMNO, sebaliknya mereka ini dijadikan bukti bahawa UMNO mengamalkan kronisme. Mereka ini anak emas UMNO/BN. Hakikat yang mereka itu berhempas pulas membina kejayaan akan disembunyikan demi untuk menaikkan suhu kebencian rakyat.
 
Dari kaca mata pembangkang di Malaysia ini, orang Melayu kaya adalah menjadi satu kesalahan. Orang Melayu miskin juga adalah menjadi satu kesalahan. Samada Melayu itu kaya atau miskin ia akan tetap menjadi modal politik pembangkang. Kaya atau miskin ia tetap menjdi bahan ceramah yang enak dihamburkan oleh pemimpin pembangkang yang seperti orang mabuk. Setengah daripada pendengarnya akan percaya dengan persepsi yang meraka andaikan.
 
Jika pendengar mereka lambat respon atau lambat bersetuju dengan apa yang mereka sampaikan maka penceramah akan segera berkata bahawa rakyat sudah cerdik dan dapat menilai. Maka mana-mana pendengarnya yang tidak mahu dikatakan bodoh, dungu akan segera respon dengan bertepuk dan bertempik. Jika itu masih gagal menaikkan respon maka akan ada dikalangan pendengar melanungkan perkataan 'Takbir' pastinya itu akan disahut danitu merupakan pengakuan mutlak bahawa apa yang disampaikan oleh penceramah pakatan adalah betul.  
 
Di dalam media sosial penyokong tegar pakatan akan mengulang tayang, kembali memanjangkan atau turut menyebarkan apa yang mereka dengar semasa ceramah pemimpin pakatan. Cara olahan mereka, daya kreativi mereka dan tokok tambah yang mereka lakukan amatlah mengkagumkan. Ini sebenarnya yang dikatakan oleh banyak pihak bahawa dari segi penggunaan media sosial ini pembangkang masih mendahului BN.
 
Apa yang mereka tuliskan dalam media sosial kelihatan seola-olah mereka ini terlalu dungu kerana mempercayai dan menghebahkan serta memanjangkan perkara fitnah dan palsu yang mereka terima dari penceramah pakatan.
 
Ini dilakukan mungkin dengan sengaja untuk menaikan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Jika mereka melakukannya atas dasar mempercayai sesuatu itu maka malang sangatlah pencacai pakatan dalam media sosial ini. Rendah sangatlah mentalitinya.
 
Contohnya kisah silam tentang kematian Ibrahim Libya, kembali ingin disensasikan. Sipa yang membunuhnya, arahan siapa, apa hukumnya dan sebagainya. Mereka ingin meletakkan semua kesalahan tersebut ke atas polis dan Menteri yang bertanggung-jawab. Mereka lupa jika Ibrahim Libya tidak dibunuh, mungkin dia pula akan membunuh lebih ramai anggota polis, bukan setakat 4 orang sahaja.
 
Pemilihan perkataan yang digunakan oleh penceramah pakatan pembangkang ini amat hebat dan berjaya menusuk hati pendengar mereka. Antara perkataan yang sering digunakan ialah, Rakusssss, zalimmmm, merompak, menindas, menyamun, kronisme, nepotisme, menyekat kebebasan rakyat, songlap, rasuah dan banyak lagi. Yang teruk menjadi sasaran ialah Perdana Menteri yang selamanya tenang menghadapi apa juga tohmahan dan kritikan mereka. Hakikatnya semua perkataan tersebut sesuai ditujukan kepada mereka juga. 
 
Kemakmuran negara, keselesaan rakyat, pengiktirafan oleh negara luar dalam pelbagai bidang, kedudukan ekonomi yang mantap, keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum tidak langsung disukai mereka kerana ini bakal merudumkan peluang mereka dalam memenangi hati rakyat. PM nampaknya semakin selesa menuju ke peti undi yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi.
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment