Thursday, March 28, 2013

Wah Senada Nampak...Bila Pencacai Nak Spin Ni..

    
 
 
 


 
 

Dulu bukan main pencacai puak pakatan membuat spin apabila Tun Mahathir kononnya berkata sekiranya BN tidak memperolehi majoriti dua pertiga PM DS Mohd Najib harus meletakkan jawatan dan bersara daripada politik.
 
Anih betul puak pakatan ini. Pemimpin mereka yang telah otai dan telah bertanding begitu lama dalam PRU tidak pula di suruhnya berhenti. Perdana Menteri yang masih muda belia pula mereka desak suruh berundur kononnya atas alasan tidak mendapat sokongan rakyat. 
 
Terkini Tun Dr Mahathir mengatakan dia tidak nampak sesiapa saat ini selain daripada DS Mohd Najib yang selayaknya menjadi Perdana Menteri samada BN menang dua pertiga ataupun tidak. Hah amik kau pencacai pakatan, bagaimana mahu spin berita ini?
 
Nyata Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin seia sekata dalam soal ini. Mereka senada dan sependapat, maklumlah kawan lama sejak sama-sama bersekolah di Kedah dulu. Mereka mahukan DS Mohd Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri demi untuk kesinambungan transformasi yang beliau perkenalkan yang sekarang ini telah membuahkan hasil yang amat menyegarkan.
 
Sebenarnya semua orang sudah melihat kemampuan DS Mohd Najib sejak 4 tahun ini dan jika beliau diberi peluang sudah tentulah akan lebih banyak kejayaan yang bakal kita nikmati selaku rakyat di negara ini.
 
"Idea tengah banyak, macam-macam saya nak buat, tolong beri mandat yang besar.." katanya semasa mengakhiri JJD di Kuantan tempoh hari. Yes sir you are the best..
 
 

Tiada calon lebih sesuai daripada Najib untuk tadbir Malaysia - Tun Dr. Mahathir

 
KUALA LUMPUR 27 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Sementara itu, Dr. Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi, Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.
 
Menjawab soalan, bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.
 
"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau. - BERNAMA

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment