Nak minumpun kena susahkan orang lain..
Patut dia berbakti kepada rakyat bukan rakyat yang kena berbakti kepadanya
Pemimpin pelapis yang bagus-bagus semuanya habis dipecat. Dalam DAP hari ini akhbar menyiarkan kenapa dan mengapa ramai yang meninggalkan parti tersebut. Kebanyakannya mengatakan DAP ialah parti anak beranak.
Dalam DAP suara orang lain tidak akan didengar. Contoh diktator yang paling nyata ada dalam DAP. Lim Kit Siang Ikan dan Lim Guan Eng berkuasa penuh. Siapa mengkritik mereka akan dipecat. Amalan ini sejak dulu,kini dan selamanya. CAT.
Apa bezanya di dalam PAS? Jangan cuba-cuba nak menunjuk betul, nak menunjuk lurus, nak melakukan yang baik-baik, maka alamat akan kena pecatlah. Dalam PAS mesti akur dengan Nik Aziz dan Hj Hadi. Terkini ahli dan pemimpin PAS juga diminta akur kepada Nuar. Jangan ada sesiapa yang berani menyerang Nuar, buruk padahnya.
Contoh yang menjadi mangsa kepada cara kuno PAS ialah Datuk Dr Hassan Ali. Dia dipecat kerana ingin menegakkan kebenaran dan kerana ingin memperjuangkan Islam. Sedangkan PAS tidak mahu pemimpinnya memperjuangkan Islam. Yang mereka mahu hanyalah pemimpin mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja.
Contoh kedua ialah bekas Timbalan Presiden PAS yang kuat menentang Karpal Singki sehinggakan dia sanggup untuk berdebat secara terbuka dengan Karpal Singki. Dia juga menerima nasib yang malang sehingga di pecat daripada majlis syuro.
Cara pemecatan kedua-dua pemimpin ini adalah dengan cara paling kuno dan tidak bertamaddun, zalim dan tidak mengikut cara atau lunas Islam. Opp terlupa pulak, PAS mana pernah mengikut cara Islam yang sebenar kan..kan..
Akibat daripada pemecatan pemimpinnya DAP dan PAS kehilangan pemimpin pemimpin yang berwibawa. yang tinggal hanyalah yang mengikut telunjuk sahaja atau yang berani-berani suam kuku semata-mata.
Oleh kerana tidak ada pemimpin pelapis maka pemimpin otai DAP dan PAS terpaksalah diguna pakai untuk menggalas cabaran hebat dalam PRU13 kelak. Maka Nik Aziz pun akan terus bertanding dan Karpal Singki juga akan terus bertanding walaupun mereka terpkasa ke hulu ke hilir dengan berkerusi roda.
Malanglah rakyat yang bakal memilih mereka nanti. Jika mereka menang pula lagi malanglah kerana wakil mereka tidak dapat berbakti sepenuh tenaga kepada rakyat yang memilih mereka kelak. Lupakan soal dosa pahala. Namun dari segi moralnya takkan mereka hendak menguruskan soal rakyat semata-mata dengan air liur sahaja. Masih adakah rakyat atau pengundi yang ingin dipergunakan??
Alasan mereka untuk terus bertanding ialah parti masih memerlukan mereka. Betul ke?? Atau mereka berdua ini hanya dipergunakan oleh parti masing-masing atas sebab-sebab tertentu. Rakyat jangan tertipu dan menyesal nanti mendapat pemimpin yang tidak dapat menjaga kebajikan rakyat walau 10 peratus pun.
Jikalah Tun Dr Mahathir mengumumkan ingin kembali bertanding, bagaimana reaksi puak pakatan ini agaknya?? Mahu tidak cukup tanah mereka mengutuk dan mengatakan Tun Mahathir sebagai sudah ludah jilat kembali atau buang tabiat.
Sesungguhnya menguruskan negara, menguruskan negeri dan menguruskan rakyat tidak boleh hanya melalui mimpi. Fikirkanlah dan bacalah laporan di bawah.
"Saya akan bertanding walaupun terpaksa berkerusi roda" - Nik Aziz
KOTA BHARU 24 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.
"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.
"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini. - UTUSAN
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment