Betul ke tidak betul budak ni. Jokiden masih tidak faham apa yang disibukkannya sejak kebelakangan ini. Bertambah pelik Jokiden, tidak ada ke pihak atau pemimpin pakatan yang menegur tingkah lakunya ini. Nuar diam je, asyik sengeh je. Wan Azizahpun begitu. Assmin turut membisu dan Hj Hadi pula terus membatu.
Tak apalah, kali ini nak komen satu persatulah tentang permasalahan besar dia ini, supaya akhirnya jokiden mendapat jawapan yang dicari-cari.
Wan Azizah sedaya upaya mahu singkirkan saya - Fareez
KUALA LUMPUR 26 Mac - Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam meminta campur tangan pemimpin pakatan pembangkang lain disebabkan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sedaya upaya berniat menyingkir dan memburukkan hubungan rapatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada sikap cemburu Wan Azizah terhadap hubungan rapat serta kepercayaan yang diberi Anwar kepadanya terutama melibatkan tugasan dan urusan Ketua Pembangkang tersebut di luar negara.
Dalam masa sama, Mohd. Fareez juga mahu penyokong Wan Azizah berhenti mengait serta menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu yang dibangkitkannya sebelum ini kerana segala tindakannya itu dibuat atas inisiatifnya sendiri demi kepentingan PKR.
Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:
1. Berikutan pelbagai spekulasi yang timbul, saya menggesa agar semua pihak, terutama penyokong Presiden, Datin Seri Wan Azizah agar berhenti mencanang konspirasi untuk mengaitkan, membebankan dan menyalahkan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan berhubung insiden ini. Ini kerana, tindakan ini atas inisiatif saya sendiri, semata-mata demi kepentingan Parti Keadilan.
Betul ke ada konspirasi untuk menyalahkan Assmin Ali ni oleh penyokong Wan Azizah atau si Fareez ni yang berkonspirasi untuk mengwujudkan persepsi. Kalau betul apa perlunya menyiarkan berita ini di dalam Utusan Malaysia. Tak boleh siar dalam KeadilanDaily ke??

2. Keputusan saya untuk memohon campur tangan daripada pimpinan pakatan lain didasari atas kesedaran bahawa tindakan Wan Azizah yang berniat menyingkirkan dan memburukkan hubungan rapat antara saya dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah di tahap melampau - sama ada secara profesional melalui konspirasi pemecatan tugas selaku Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) dan ahli Keadilan, mahupun secara personal, dengan memburukkan imej dan moral saya secara umum.
Batul ke Wan Azizah 'berniat' untuk menyingkirkan si Fareez ni atau dia ni memang syok sendiri atau perasan sendiri yang ada orang nak menyingkirkan dia. Lagipun baru niat, belum betul-betul singkir, kenapa nak kalut sangat. Kenapa pula nak minta campur tangan pemimpin pakatan yang lain khususnya Hj Hadi dan Lim Guan Eng?
Betul ke Wan Azizah memburukkan hubungan rapat antara dia dengan Nuar sudah ke tahap melampau?? Bila Wan Azizah berkonspirasi memecat dia selaku Pegawai Diplomasi Sulit. Wan Azizah ke yang berkuasa memecat atau Nuar yang berkuasa???

3. Jelas, ia semata-mata berpunca dari sikap cemburunya Presiden terhadap hubungan rapat dan tingginya kepercayaan yang diberi oleh suaminya, Anwar Ibrahim kepada saya terutama apabila melibatkan tugasan dan urusan beliau di luar negara.
Apa yang jelas ni Fareez, apa yang Wan Azizah cemburu sangat ni. Sama ke macam Wan Azizah cemburukan Sukma dulu. Sukma dulupun rapat jugak dengan Nuar. Kenapa pulak sebut pasal bertugas di luar negara ni??. Kalau dah tahu dia cemburu jauhkan atau jarakkanlah diri tu sikit dengan Nuar tu, tak boleh ke??

4. Andai saya tidak mengambil keputusan ini, saya yakin pastinya Wan Azizah akan mendiktatorkan kuasanya selaku Presiden dengan sewenangnya untuk memecat saya - dan ini pastinya boleh dilakukan tanpa masalah kerana ramai pimpinan dan ahli masih belum sedar apa yang berlaku. Namun, kini sebaliknya berlaku dan mereka menuntut penjelasan.
Apa keputusan yang kau amik ni Fareez??? mendedahkan hal ini kepada Utusan??? Biar senang Nuar nak menuduh Utusan putar belit cerita kamu ni?? Selama ini Wan Azizah ke yang diktator atau Nuar yang diktator tidak boleh disanggah. Ish..ish makin pening dibuatnya. Kata tadi dah semua ahli sedar, ni kata pulak ramai yang belum sedar dan minta penjelasan. Ish..ish berbelit-belitlah Fareez.

5. Maka, memecat saya mungkin memerlukannya berfikir semula kerana beliau sendiri sedar akibat kepercayaan tinggi yang diberikan Anwar Ibrahim kepada saya sepanjang berkhidmat secara rahsia selama ini, maka pengetahuan dan akses saya terhadap semua maklumat dan dokumen sulit adalah tinggi dan tidak terbatas - sama ada ia melibatkan masa depan parti, pimpinan mahupun kepentingan Ketua Umum sendiri.
Maknanya Wan Azizah takut sangatlah dengan Nuar ni, dan takut nak memecat kamu sebab kamu baik sangat dengan Nuar, tak gitu??? Lagipun Nuar ni diam je plak, tak bersuara sepatahpun. Dia nak menyebelahi kamu atau nak menyebelahi isterinya?? Kamu mengugut Ketua Umum dan Presiden parti ni nampaknya??? Dengan orang lain Nuar tak takut apapun, apa lagi kamu wahai Fareez.
6. Parti Keadilan Rakyat adalah 'key player' dalam pakatan pembangkang, dan sebagai parti tonggak - parti ini tidak layak dipimpin oleh seorang Presiden yang lemah, hipokrit dan full of emotion prejudice (penuh emosi prejudis).
Hahaha.. parti tunggak konon, habis kalau Wan Azizah tidak layak siapa yang kamu anggap lebih layak wahai Fareez??? Laku ke apa yang kamu cakap kalau kamu mahukan orang lain jadi Presiden yang kuat. Nuar ke yang suruh kamu bercakap macam ini?? Hipokrit tu lama dah, bukan Wan Azizah je, malah kesemua dalam PKR tu bersifat hipokrit, takkan kamu tak tahu.
7. Kepentingan parti adalah prioriti dan undian MPP Keadilan harus diadakan segera. Presiden harus didesak agar meletak jawatan demi mengelakkan lebih banyak krisis, konspirasi dan spekulasi yang akan timbul. Malah adalah amat memalukan buat keseluruhan imej dan organisasi parti andai Presidennya sendiri tidak layak bertanding kerusi Parlimen.
Kamu ajak siapa ni?? kamu suruh siapa?? atau kamu sarankan kepada siapa?? takkan kepada Utusan Malaysia yang memang Nuar tak suka.
8. Hakikatnya, ahli akar umbi parti terutama pimpinan dan ahli muda sendiri sedar bahawa demi masa depan perjuangan parti dan kelangsungan pimpinan pelapis, selagi Wan Azizah selaku Presiden, nepotisme akan terus berlaku.
Ish..ish..ish betullah kamu ni mencari kemarahan Nuar Fareez. Bukan ke Nuar yang mahukan anak dan isterinya serta Assmin dalam saf kepimpinan PKR. Seorang lagi Nurul Nuha bakal dibawa masuk. Apa benda yang kamu sebut ni. Sekali lagi betul ke Wan Azizah ni mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan amat berkuasa dalam PKR??
9. Hala tuju parti yang jelas, pimpinan pelapis yang berkualiti dan dipilih secara adil - pastinya dapat dilaksanakan jika parti ini (Keadilan) dipimpin oleh YB Azmin Ali, yang jauh lebih 'complete' (lengkap) berbanding Presiden sedia ada.
Hah, yang ini mungkin betul dan benar. Mungkin memang Nuar nakkan Assmin Ali sebagai Presiden parti. Tentang 'hala tuju parti yang jelas' tu hang ni buat lawaklah, nanti Mahpooozzz Beans tertonggeng-tonggeng dek gelak. Mana ada hala tuju parti PKR ni???
10. Sehingga kini, saya masih komited bersama perjuangan Keadilan (PKR), walaupun saya sedar risiko dipecat atas tindakan ini. Pemecatan adalah bukti ketegasan parti, namun dipecat oleh Presiden yang lemah dan proksi adalah suatu penghinaan kepada perjuangan parti.
Point ni lagi pelik. Kamu ni minta dipecat ke atau takut kena pecat sebenarnya??? Dah dia Presiden parti, kalau kamu nak kena pecat memang dialah orangnya akan memecat kamu. Khidmat kamu sebagai Pegawai Khas lagi sulit dan untuk luar negara masih relevan ke??? masih ada tugas ke???
Sepeerti ada yang tidak kena dengan pendedahan budak Fareez ni. Daripada soal mencemburui hubungan sehinggalah kepada kisah hendak dipecat, enatah yang mana satu yang kita nak berikan perhatian. Akhirnya nanti keluarlah tuduhan berkonspirasi oleh Nuar. Agaknya itulah yang mereka sedang rancangkan.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment