Wednesday, March 27, 2013

Khalid Buat Lawak Lagi... Kah..Kah..Kah..Kah..


  
 

Kah..kah..kah..kah.. Khalid nak bubarkan DUN Selangor pada 22 April sekiranya PM masih belum bubarkan Parlimen. Kah..kah..kah..kah.. lawak-lawak. Kan 22 April tu semua wakil rakyat pakatan sudah tidak layak lagi menerima elaun bulanan.
 
Hari tu bergegak gempita dia nak membubarkan DUN Selangor, siap mengadap ke bawah Duli Sultan Lagi. Siap bagi tarikh selepas Chop Goh Meh lagi. Kemudian bila tiba saatnya dia kata hujung bulan Februari pulak nak bubar.
 
Dia ingat dia boleh pancing PM. Dia ingat dia boleh gertak PM. Dia ingat PM akan melatah dan terikut-ikut agenda dia. Bila PM buat tak tahu je, dia mula gelabah. Khalid membuat gimik dengan harapan PM akan segera mendahului dia untuk membuabarkan Parliemen.
 
Maklumatpun sudah dihantar kepada Lanun Sulu bahawa Parlimen akan dibubarkan oleh PM pada 28 Februari. Hahaha semuanya tidak menjadi. Jika PM melatah tempoh hari dan membubarkan Parlimen hanya Kelantan sahaja yang akan ikut untuk membubarkan DUN.
 
Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tidak akan berbuat demikian. Jika SPR hendak mengadakan PRU serentak Parlimen dan DUN, maka kena tunggu 3 negeri tersebut dibubarkan. Jika itu terjadi maka tempoh berkempen akan menjadi begitu panjang. Itulah yang puak pakatan ini mahukan.
 
Dia terlupa bahawa Perdana Menteri seorang yang sangat teliti dan tidak mudah melatah dalam menangani sesuatu keadaan. Akibatnya segala perancangan pakatan terbantut termasuklah kisah lanun sulu yang terlebih awal menonjolkan diri mereka.
 
Tak perlu nak berjenaka lah Khalid oii, 22 April tu tarikh luput tu. Tunggu jelah. Lebih baik tengok Bangkang Dari Longkang.

 
 
  
 


Selangor bubar DUN 22 April - MB

 
PETALING JAYA 26 Mac - Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.
 
“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.
 
Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
 
Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
 
Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat.
 
Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan berkata, pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa. “Sekarang kita bincang dahulu," katanya. - BERNAMA


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment