PAS Gila Ceramah.. Kah..kah..kah..kah..
Kg Wangi, DUN Pasir Panjang..??
Ceramah PKR di Peserai, Parit Sulong, Johor, 17 orang je.???
Jokiden pernah mengalami peristiwa seperti di atas, namun apabila diceritakan kepada rakan-rakan mereka mengetawakan Jokiden. Hayati kisahnya seperti di bawah.
PAS ini memang gila ceramah. Mereka tidak peduli di depan mereka ada orang mendengar atau tidak. Kini perangai tersebut sudah berjangkit pula kepada PKR.
Suatu malam Jokiden dengan seorang kawan merayau-rayau untuk mencari di mana puak pakatan mengadakan ceramah. Ternampaklah kain rentang serta anak panah yang menunjukkan ke arah ceramah PAS. Kain rentangnya besar dan mudah di lihat.
Selamba je kereta Jokiden membeluk memasuki jalan dan kemudian memasuki lorong. Kami memberhentikan kereta agak jauh sedikit kerana biasalah jika ceramah PAS dan tokoh yang memberikan ceramah tidak menarik perhatian, maka mudahlah untuk keluar.
Setelah mengunci kenderaan, kami berjalan kaki. Beberapa puluh meter berjalan hairan juga kami kenderaan tidak ada di kiri kanan jalan, sedangkan jam sudah 10.30 malam. Suara dari pembesar suara semakin lama semakin lantang dan jelas kami dengar. Biasalah semua kutukan tertumpu kepada calon BN iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad.
Sebelum terlupa, kejadian ini berlaku semasa kempen di Port Dickson. Kami berjalan terus, mengah juga. Makin lama kami semakin menghampiri tempat ceramah iaitu di sebuah rumah yang mempunyai kawasan yang agak lapang.
Tiba dipintu pagar kami dapati ada dua orang pegawai polis beruniform sedang bertugas. Semakin hairan kami, penceramah berapi-rapi, kerusi di depan kosong. Bukan banyak kosong, kosong betul, tiada sesiapa yang duduk. jumlah kerusi disediakan adalah dalam 50 buah.
Kami beranikan diri dan terus masuk duduk betul-betul di hadapan penceramah yang seolah-olah tidak sedarkan diri tersebut. Dia merapu betul seolah-olah di depannya ada beribu orang, sedangkan hanya kerusi yang ada. Dia bertempik sekuat hati.
Kami duduk dan jelas kepada kami di bawah kemah di belakang dia berucap, terdapat 3 orang lagi. Salah seorang daripadanya bangun dan datang kepada kami. Dia duduk di sebelah Jokiden dan kami bersalaman.
"Siapa penceramah ni? tanya Jokiden sepatah secara berbisik.
"Saya tuan rumah, ini wakil PAS dari Selayang.." katanya.
"Kenapa tiada orang datang..?" Jokiden tanya lagi.
"Entahlah... belum lagi kot, lambat sebab hujan sikit tadi.." jelasnya sambil melihat jam di tangannya. Dia nyata kecewa.
"Habis ceramah..?" Soalan Jokiden tergantung di situ.
"Oh, tak pe, kita teruskan, kita rakamkan, esok kaset boleh hantar ke gerai-gerai..." Dia menjelaskan dan kami terasa sangat janggalnya.
"Biasa ni, saya pernah tengok di luar keadaan macam ni.. nanti kita masukkan suara takbeerrr, jadi macam orang ramailah" katanya lagi. Hampir terpancut gelak kami.
"Tapi... (dia terhenti kemudian menyambung) duit collection tak adalah nampaknya.." Kah..kah..kah..kah, kami bangun dan meminta diri, lalu beredar.
Tipah tertipu. Maknanya segala-galanya hendak ditipu oleh puak pakatan ini termasuk ceramah. Melihat kepada dua gambar di atas, di Kg Wangi, Pasir Panjang dan di Parit Sulong, Jokiden yakin, penipuan tersebut masih berlaku. Sahlah penceramah puak pakatan ini tidak kira ada orang atau tidak, dia pasti capai mikropone apabila tiba masanya dan dia pasti melalak. Mereka gila ceramah.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
betul ke ni admin? sudah gak nak percaya sbb slalu tgk gambar ceramah pas /pkr ni ramai yg datang.........ehmmmm
ReplyDeleteapapun harap BN menang besar pru 13 nanti InsyaALLAH.
Boto, yang ini bukan rekaan, memang Jokiden mengalaminya sendiri maso PRK Bagan Pinang tempoh hari..
ReplyDeleteGilo penceramah PAS tu dek botompik, ingatkan ghamai oghang dopan dio, ghupo ea tak ado, 5 oghang masuk polis tu.. kih..kih..kih.