Tidak adakah yang mahu berfikir.. sebenarnya ini juga petanda Kelantan akan kalah..
Tanya sama Wahab,
Kenapa tak pergi sekolah,
Nanti jawab Wahab,
Kelantan dah nak kalah..
Sebenarnya budaya samseng, tidak bertamadun dan pengecut ini memang telah sebati dengan puak PAS, dulu kini dan mungkin selamanya. Mereka menunjukkan kekuatan dengan cara yang jahil. Mereka ingin meraih undi dengan cara yang bertentangan dengan cara biasa.
Dalam serba serbi mereka ingin menunjukkan yang mereka lebih dari orang lain. Bendera ingin besar. Pasang pula ingin lebih tinggi di puncak bukit, di puncak bangunan malah di puncak pokok. Bendera pula mesti banyak dari parti lain. Itu jelah yang dapat menaikkan semangat puak-puak mereka ini.
Lain apa yang nak mereka banggakan menjadi ahli PAS??? Nak membangun bersama Islam, lupakan malah mereka menyebabkan Islam dipandang hina oleh penganut agama lain.
Nak membangunkan infrastruktur untuk kemudahan rakyat, jauh sekali. Hendak membangunkan ekonomi umat Islam???? ish..ish..ish.. cakap bolehlah. Namun sesuatu yang masih diterima pakai oleh ahli PAS ialah para pemimpin mereka tetap boleh berlagak, bergaya dan melaram. jika mereka tersilap langkah dan melakukan dosa akan ada Tok2 guru membela mereka dan menghalalkan perbuatan mereka yang songsang tersebut.
Pemimpin PAS masih berkereta besar dan mewah. Pemimpin PAS masih mempunyai rumah besar dan indah. Pemimpin PAS masih duduk menginap di hotel besar dan mewah. Pemimpin PAS masih dibolehkan mempunyai isteri dua tiga, tidak menjadi hal punya.
Pemimpin PAS masih menggunakan segala apa yang BN sediakan. Pemimpin PAS masih menghantar anak-anak ke sekolah yang UMNO bangunkan. Pemimpin PAS masih menghantar anak-anak ke luar negara atas tanggungan UMNO/BN.
Kesemua itu jangan sekali-kali dilakukan oleh para pemimpin UMNO/BN. Masak mereka kerjakan. Belum apa-apa lagi mereka terlebih dahulu akan menjatuhkan hukuman.
Benar UMNO/BN tidak sempurna dan masih banyak yang perlu diperbaiki, namun untuk mengatakan PAS berada di kehadapan daripada UMNO, minta maaflah, tidak logik lah.
Bila sudah terdesak, mulalah puak-puak PAS ini menjalankan dakyah tidak sihat meruntuhkan board UMNO/BN, meruntuhkan bendera dan kain rentang UMNO/BN, menghalang kenderaan, membuat bising di ceramah UMNO/BN, menghantar sms palsu dan sebagainya.
Maklumlah orang sudah nampak kekalahan terbayang di depan mata, maka macam-macam hallah yang cuba mereka lakukan demi untuk menghidupkan peluang. Sekarang ini dengan bersekongkol pula bersama PKR dan DAP, lagilah lebih-lebih puak-puak PAS ini.
Apapun yang harus kita ingat ialah saranan Persatuan Ulama Pondok Kelantan tempoh hari iaitu mengundi PAS atau sekutunya dalam PRU13 kelak adalah haram. Memenangkan calon-calon PKR dan DAP adalah haram. Meruntuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh orang Islam ini adalah haram hukumnya. Jika puak-puak PAS tidak berpuas hati pergilah rujuk kepada Ulamak Pondok tersebut.
Dua berita yang Jokiden pastekan di bawah menjadi bukti terkini bahawa rakyat Kelantan sudah menamatkan era pemerintahan PAS di Kelantan walaupun PRU13 masih belum diadakan. Selamat tinggal PAS.
Dua berita yang Jokiden pastekan di bawah menjadi bukti terkini bahawa rakyat Kelantan sudah menamatkan era pemerintahan PAS di Kelantan walaupun PRU13 masih belum diadakan. Selamat tinggal PAS.
Lebih 100 bendera BN rosak akibat perbuatan khianat
BACHOK 28 Mac - Lebih 100 bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang di sepanjang jambatan Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Kampung Kuau dekat sini, dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab awal pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Kuau, Rosli Mohd. Noor berkata, kesemua buluh yang dijadikan tiang bendera yang diikat pada pagar jambatan berkenaan sengaja dipatahkan dan sebahagiannya dibuang ke dalam Sungai Kemasin.
Menurutnya, kejadian itu disedari penduduk pada pukul 7 pagi ini apabila mendapati sebahagian daripada bendera itu dihanyutkan arus deras Sungai Kemasin. - UTUSAN
Mohon Sultan Kelantan campur tangan
Memorandum setebal 313 muka surat bertajuk Memorandum Penyelewengan Kerajaan Pas dan Penyerahan Tanah Kepada Syarikat Asing itu diserahkan dalam perhimpunan aman yang disertai lebih 5,000 rakyat Kelantan di Dataran Al-Muhammadi berhadapan Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MKTRK), Azmi Ali yang mengetuai perhimpunan itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Pegawai Istana, Zairi Abdullah yang mewakili baginda pada pukul 10.50 pagi ini.
Menurut Azmi, memorandum itu diserahkan sebagai manifestasi kekecewaan mereka berhubung isu itu sehingga terpaksa merayu campur tangan baginda selepas kerajaan Pas Kelantan hanya membisu dan tidak menghiraukan rintihan rakyat.
"Kami berkumpul di sini bagi menyatakan kekesalan. Rakyat Kelantan sentiasa menyokong baginda dan percaya baginda mempunyai kuasa menjaga kawasan jajahan baginda terutama tanah-tanah ini daripada terus dijual dan diceroboh," katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu.
Polemik penjualan tanah di Hulu Kelantan bermula ekoran projek Ladang Rakyat yang dibangunkan kerajaan Pas Kelantan gagal memberi manfaat kepada peserta sebaliknya hanya menyebabkan bumi Kelantan gondol dan berlaku pencemaran air.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
Semoga kekalahan PAS pada PRU 13 nanti menjadi kenyataan. Aamiin.....
ReplyDeleteIndia estet mana posing dgn beruk tua tu?
ReplyDelete