Saturday, March 30, 2013

Pegawai Dan Kaki Tangan SPR Berhati-hatilah..


 
Perang Poster di Terengganu.

Seluruh rakyat Malaysia dan sebahagian daripada penduduk dunia sedang menghalakan perhatian kepada Malaysia menjelangnya PRU13 yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Tumpuan khusus pastilah kepada SPR.

Kini pihak SPR adalah ibarat telur dihujung tanduk. Segala-galanya tentang SPR menjadi perhatian serius dan utama. Pergerakan pegawai dan kaki tangan serta kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR akan diteliti secara berlebihan.

Ini bukanlah bermakna SPR tidak bagus. SPR tidak menjalankan tanggung-jawab dengan berkesan, dengan telus dan adil. Tetapi persepsi buruk terhadap SPR telah berjaya diwujudkan oleh puak pakatan dalam minda rakyat bahawa SPR begitu dan SPR begini.

Kejayaan puak pakatan dalam membina persepsi buruk terhadap SPR ini ternyata benar kerana terdapat mereka yang cerdik pandai dan akses kepada semua maklumat, namun masih mahu mempercayai bahawa berlaku tersalah tadbir dalam SPR itu sendiri.
 
 
 
Petugas-petugas SPR telah mula mengasingkan undi Pos ataupun kertas untuk pengundian awal. Kita berharap sangatlah agar mereka amat berhati-hati dalam menjalankan tugas ini. Semaklah berkali-kali agar tidak ada kertas undi yang berlebihan atau berkurangan kerana itu semua akan menjadi bahan atau modal untuk puak pakatan menuduh SPR dan UMNO kelak.
 
Biarlah pegawai atasan membuat pemeriksaan berulang kali kerana mana tahu ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan petugas tersebut sengaja melakukan 'kesilapan' untuk memberi peluang kepada puak-puak pembangkang ini menjadikan kesilapan itu sebagai isu besar nanti.
 
Banyak kemungkinan yang bakal terjadi dan dengan sedikit kesilapan kelak segalanya musnah dan puak pembangkang mendapat kelebihan. Jangan memandang remeh walaupun perkara kecil sekalipun kerana puak pakatan sentiasa mengintai peluang untuk membalun SPR dan kerajaan nanti.
 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment