Wednesday, March 27, 2013

Isu Yang Dekat Dengan Hati Rakyat Akan Terus Mengambil Tempat..

        
Pehin Sri..
    

Jika perlu pemimpin BN kena ikut cara pembangkang membisukan ppengkritiknya iaitu dengan mengemukakan saman ke mahkamah supaya isu-isu fitnah yang dihamburkan oleh puak pakatan ini dapat diberhentikan.
 
Apabila PI Bala sudah tiada untuk meneruskan fitnahnya maka pemimpin pakatan kehilangan satu punca untuk mengujudkan persepsi terhadap UMNO/BN supaya rasa kebencian rakyat dapat terus disemarakkan.
 
Mereka terpaksa mencipta isu-isu baru untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu yang menempelak mereka dan menyebabkan mereka kesusahan untuk menepisnya. Kisah menyogok Mohd Azlan Lazim sudah selesai. Kini timbul pula kisah cubaan untuk merasuah seorang lagi anak Lazim iaitu Datuk Shuib Lazim. "Anay amount.." kata Tan Sri Rahim dalam sidang akhbarnya.
 
Puak pakatan ini bercakap membakar semangat penyokong tegar dia tanpa perlu mengemukakan bukti kerana mereka memang tidak ada buktipun. Mereka asyik membuat tuduhan sambil mengoyang-goyang kertas di tangan, kononnya ada bukti, namun habis cermah, kertas tersebut dicampakkan oleh mereka ke dalam longkang.
 
Mendengar tohmahan memang menyeronokkan bagi penyokong pakatan. Tanpa tohmahan atau fitnah, tidak adalah suasana menjerit-jerit atau takbeeeeeeer dalam ceramah mereka.
 
Seronok membuat tuduhan ini, apalagi jika ianya tidak perlu dibuktikan dan mereka terlepas begitu sahaja tanpa tindakan. Kesannya pihak kerajaan sentiasa diragui oleh penyokong tegar pakatan.
 
Cikgu Bad dan Mahpooozzz Beans sekarang ini sibuk menyerang bekas-bekas pemimpin UMNO Kedah yang telah bersara dengan isu duit beratus juta. Jokiden dah banyak kali cakap bahawa di zaman DS Mohd Najib ini sudah tidak ada lagi pemimpin UMNO/BN yang berani menyeleweng. Namun kisah lalu nampaknya masih membuatkan penceramah pakatan ini teransang.
 
Selain daripada Kedah yang hebat di serang oleh puak pakatan ialah Sarawak. Usaha-usaha untuk mencemarkan kepemimpinan Pehin Tan Sri Taib Mahmud nampaknya sedang rancak dilakukan. Pada hal jasa beliau terhadap pembangunan Sarawak amatlah besar dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemimpin pakatan termasuk Nik Aziz yang jadi nakhoda Kelantan selama 23 tahun.
 
Mengungkit kisah silam, semata-mata untuk melahirkan kebencian dengan harapan menolak BN, merupakan strategi berterusan puak pakatan. Mereka tidak perlukan fakta untuk bercakap. Jika mereka ada sedikit fakta mereka sudah berani tampil ke mahkamah atau sekurang-kurangnya sudah berani panggil wartawan.
 

Pendedahan video usaha cemar Sarawak - Naib Ketua Pemuda PBB


KUCHING 22 Mac - Video terbaharu menuduh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri adalah cubaan jelas untuk mencemarkan Sarawak di mata dunia, kata Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Pandi Suhaili.
 
Beliau berkata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghasilkan video itu berniat jahat untuk memfitnah Sarawak, pemimpin dan rakyatnya.
 
"Malah sebelum ini (sebelum video didedahkan), terdapat pelbagai cubaan oleh beberapa NGO barat untuk melemahkan pemimpin kami dan ekonomi negeri," katanya kepada Bernama.
 
Katanya, seperti yang berlaku beberapa tahun lepas sebuah NGO berpangkalan di Eropah mendakwa mewakili masyarakat Penan di Sarawak tetapi niat sebenar mereka adalah untuk mengganggu industri pembalakan, yang merupakan aktiviti ekonomi utama Sarawak.
 
"Akhirnya, kerajaan Sarawak yang tidak pernah mendakwa menjadi juara, yang mengambil langkah realistik untuk membantu kaum Penan dengan menyediakan kemudahan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka," katanya.
 
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Robert Laing Anyie berkata, pendedahan video itu bertujuan membangkitkan kebencian rakyat Sarawak terhadap pemimpin negeri.
 
Beliau berkata, pendedahan video itu yang dilakukan sekarang turut membangkitkan persoalan ketika rakyat Malaysia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan pembangkang cuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan di pihak kerajaan.
 
Seorang pensyarah kolej swasta, Karambir Singh berkata, berbanding pencapaian Sarawak pada awal kemerdekaannya yang lewat dibangunkan berbanding sekarang menjadi antara negeri yang maju di negara ini sudah cukup membuktikan ketokohan kepimpinan Abdul Taib.
 
"Pembangunan dan kemajuan di Sarawak membuktikan segalanya. Jika benar berlaku penyelewengan rasuah, tiada pembangunan langsung di Sarawak," katanya. - BERNAMA


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment