Monday, March 25, 2013

Apa Hal Pulak Otai UMNO Ni Mengamuk..


Cakap jangan sebarang cakap dan makan jangan sebarang makan..
 
"Gagal Jadi Hero Di Lubuk Sendiri Tapi Ada Hati Nak Jadi Hero Di Tempat Orang..tak malu ke?" Begitulah maksud sebenar Tan Sri Sharir Abd Samad, abang kepada Khalid Samad ini apabila mengulas kenyataan berapi Din Pudu yang nak menyelamatkan tanah-tanah Melayu di JB.
 
Betul juga saranan beliau tersebut. Din Pudu ni asyik nak menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak rabak dia tidak perasan. Lain kali sebelum bercakap tu tengok dulu kudis sendiri dan pekung sendiri seperti kata Sultan Johor kepada Nizar Jamaluddin suatu waktu dulu. tengok tokah diri sendiri dulu.
 
Besar kesannya kepada kredibiliti Din Pudu apabila orang lama dan tokoh lama UMNO JB ni bercakap. Din Pudu jangan nak main-main dengan beliau. Dia tahu setiap inci kawasan yang diwakilinya sejak mula menyertai UMNO tersebut.
 
Din Pudu mesti sedar bahawa jasa baktinya di Kubang Krian adalah tidak seberapa, kini hendak mencuba pula 'bersandiwara' dengan pengundi Johor. Di Kubang Krian menang atas ihsan PAS bolehlah, kerana di sana semua tokoh luar yang bertanding atas tiket PAS boleh menang. Kata Mahpooozzz letak songkok pun boleh menang. Sudah terlebih angkuh pulak si Mahpooozzz beans ni apabila berkata begitu.
 
Lim Kit Siang Ikan memang terkenal dengan perangainya yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, seperti orang Nomad dan Badwi di Padang Pasir. Dia sedar pengaruh Ngeh dan Nga Ko Ham di Perak telah menenggelamkan pengaruh dia sehinggakan dia sudah seola-olah tidak wujud lagi dalam kepimpinan DAP.
 
Apabila berhijrah ke kawasan baru, dia mungkin akan lebih dihormati dan dimuliakan oleh ahli DAP di kawsan itu. Namun memilih Gelang Patah, bukannya merupakan tindakan yang bijak atau tepat.
 
Chua Jui Meng sudah meong, sudah merajuk dan sudah bengkak hati. Hadir programpun dia sudah tidak sudi lagi. Di sini rasanya penyokong Chua Jui Meng sudah tentu separuh tidak akan keluar mengundi sebagai tanda protes kelak.
 
Kemudian calon MCA di kawasan tersebut adalah merupakan tokoh yang disenangi oleh pengundi Cina dan Melayu. Perjalanan Kit Siang sebenarnya tidak selancar mana nanti jika benar ingin mempertaruhkan lehernya di situ.
 


Salahuddin tak usah berlakon jadi 'penyelamat' di JB - Shahrir

SHAHRIR ABDUL SAMAD
 
JOHOR BAHRU 25 Mac - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dinasihatkan supaya tidak mewujudkan gambaran seolah-olah menjadi 'penyelamat' isu tanah di negeri ini sedangkan tanah di Kelantan di mana dia menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, terjual kepada orang luar.
 
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, khabar angin penjualan tanah Kampung Melayu Majidee di sini yang diperkatakan Salahuddin dalam ceramah pembangkang di kampung tersebut semalam adalah tidak benar.
 
"Komisyen lumayan? Siapa nak jual? Tanah di Kampung Melayu (Majidee) dah bertuan, jadi siapa yang nak jual (terpulang kepada mereka). Kalau tuan punya tanah, memang ada yang dah jual kepada pembeli yang layak membeli kerana ini bukan tanah kerajaan tetapi milik individu.
 
"Yang sebenarnya ini jadi masalah, tidak tahu keadaan sebenar dan buat cerita seolah-olah boleh menjadi penyelamat. Dia (Salahuddin) jadi wakil rakyat Kubang Kerian di negeri Kelantan, tanah dijual kepada orang bukan Kelantan.
 
"Jadi dari segi rekod dan kebolehan dan prestasi, kerajaan Pas itu sendiri, di negeri dia menjadi Ahli Parlimen tidak boleh mehyakinkan orang yang dia akan boleh buat apa yang dia nak buat. Tak payahlah nak wujudkan gambaran datang menyelamat," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Wanita, Pemuda dan Puteri BN Johor Bahru di Jalan Langkasuka di sini semalam.
 
Dalam ceramah di padang awam Kampung Melayu Majidee yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Salahuddin mendakwa terdapat ura-ura penjualan tanah di Kampung Melayu dengan komisyen yang lumayan dan berjanji akan mempertahankan kampung tersebut 'walau seinci pun'.
 
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, penduduk Kampung Melayu Majidee hidup dengan selesa namun Salahuddin tidak mengetahui perkara tersebut kerana tidak berada di situ sebelum muncul dan menggembar-gemburkan cerita wujud ejen komisyen mahu menjual tanah.
 
"Memanglah ada yang jual dan bertukar tangan tetapi antara individu dengan individu. Dari mana komisyen datang kerana tiada siapa boleh jual kalau tak memiliki tanah itu sendiri.
 
"Semalam pun cakap isu setinggan tetapi ada kampung yang dia sebut tiada dalam kawasan Kampung Melayu Majidee. Dia cuba bercakap macam faham tetapi sebenarnya tak faham," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment