Tuesday, March 26, 2013

Tahniah Pakar.. Keris Pusaka Berjaya Diselamatkan..


Sudah dekat PRU ini macam-macam hal berlaku termasuk yang pelik-pelik. RPK sudah mendedahkan siapa dalang Lahad Datu. Mohd Fareez Kamal masih meroyan minta dipecat, sedangkan Nuar baru nak merekasaya bahawa semua itu kerja konspirasi UMNO/BN.
 
Nik Aziz mengumumkan nak bertanding  sehingga ke akhir hayat. Lim Kit Siang Ikan nak berpindah ke Gelang Patah. Nuar nak cabut ke Perak atau Selangor. Kumpulan Ulama Pondok masih dengan pendiriannya bahawa mengundi Pas adalah haram. 
 
Presiden baru China sudah menyokong Projek Lynas di Gebeng, Kuantan. Bekas Presiden Pakistan Musharaff telah kembali semula ke negaranya dan bakal dibunuh oleh Taliban. Banjir teruk masih berlaku di China. Balotelli menjaringkan gol cantik semasa menentang Brazil.
 
Sementara Bahlul Sos Tiram 111 suku sudah tidak mengaku yang lapan orang di dakwa di mahkamah Lahad Datu tersebut adalah orang-orang dia dari Sulu. Kaedah yang dia gunakan sebijik macam yang selalu Ketua Penipu itu gunakan.
 
Namun banyak-banyak berita yang menggemparkan tersebut yang berlaku di Terengganu nampaknya mencuri juga perhatian. Akibat terpengaruh dengan ajaran ilmu sesat di internet seorang anak bertindak nekad merotan ayahnya sampai ayahnya menangis dan keletihan.
 
Bila ayahnya keletihan dan tidak mampu lagi untuk menangis maka budak itu nekad memotong Anu ayahnya. Kemudian dia memotong Anu nya pula.
 
Kedua mereka dibawa ke hospital dan pakar-pakar telah berjaya menyambungkan semula Anu-anu mereka. Yang Jokiden harapkan agar Dr tidak tersalah sambung dan anu-anu tersebut tidak bertukar.
 
Jangan marah, dan hari sudah jauh malam ni, harap baca ketiga-tiga kisah yang Jokiden muatkan disini. Hahaha..  
 

Kemaluan dua beranak yang dipotong berjaya disambung

KUALA TERENGGANU 25 Mac - Pasukan pakar perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berjaya menyambung semula kemaluan seorang bapa dan anaknya yang putus selepas dikerat oleh pemuda itu semalam, ekoran ajaran sesat dipelajarinya melalui internet.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihak hospital bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada kemaluan yang disambung pada hari sama itu boleh berfungsi seperti biasa.
 
Menurut beliau, suspek berusia 40-an dikatakan kini stabil manakala bapanya yang berusia 67 tahun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.
 
"Kami akan memastikan suspek ditahan reman dan disoal-siasat sebaik sahaja dia pulih sepenuhnya, selain merujuk lelaki itu kepada pakar psikiatri.
 
"Polis juga mungkin membawa kes ini untuk rujukan pakar agama kerana kita tidak tahu sejauh mana pengaruh yang telah dibawa oleh suspek.
 
"Pada masa sama, polis akan menyiasat ahli keluarga lain untuk mengetahui pembabitan mereka memandangkan mangsa telah dipukul sebelum kemaluannya dipotong," katanya di sini hari ini.
 
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini, suspek yang dipercayai mempelajari ilmu sesat telah memotong kemaluan bapanya sebelum kemaluannya sendiri.
 
Suspek dikatakan turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki itu melarikan diri. - UTUSAN


Cerita asal adalah di bawah:

 


Potong kemaluan sendiri, bapa

 
Bapa suspek yang cedera selepas kemaluannya dikerat oleh anaknya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, semalam. - Utusan/Shaifudin Mohd Nor
 
KUALA TERENGGANU 24 Mac - Gara-gara terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui internet, seorang lelaki tergamak memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluan sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek berusia 40 tahun turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek pada mulanya hanya mahu membuat bapanya menangis bagi mengeluarkan semangat ‘Imam Nawawi’ daripada tubuh orang tuanya itu seperti diarahkan dalam ajaran sesat yang dipelajari di internet.



Potong kemaluan gara-gara ilmu sesat

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Gara-gara mempelajari ilmu sesat menerusi Internet, seorang lelaki sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dikatakan turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Difahamkan, suspek pada mulanya hanya mahu membuatkan bapanya menangis bagi mengeluarkan semangat Imam Nawawi daripada badan bapanya namun gagal sebelum bertindak memukul dan memotong kemaluan bapanya itu dengan menggunakan pisau. - UTUSAN ONLINE


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment