Tuesday, March 26, 2013

Dia Yang Kuat Menipu, Dia Tuduh BN Pulak...


Sana tu, kita mesti rampas untuk buat hospital...
 

Mentang-mentanglah sudah berguru dengan Nuar Brahim, cakap dia nipun sebijik seperti Nuar Brahim. Mentang mentanglah dah bersekongkol dengan Nuar, cara putar belit dia pun sama macam cara Nuar.
 
Kamu gunalah simbol apa yang kamu nak guna. Pinjamlah dari siapa kamu nak pinjam. Undang-undang tetap undang-undang. Ini sebab BN tidak menyalahgunakan undang-undanglah ni menyebabkan puak-puak kamu wahai Kit Siang Ikan, berani melawan undang-undang.
 
Kit Siang Ikan sebagai peguam tak kan tidak faham tentang undang-undang. Jika tidak faham, tanyalah Karpal Singki. Ini sebab kerajaan BN baik sangat DAP tidak ambil kisah dan main-main dengan amaran ROS. Orang minta kerjasama tak nak bagi.

Seperti Nuar juga LKS ini ingin mendapatkan keuntungan politik dengan menuduh ROS zalim jika membatalkan pendaftaran DAP. Lepas tu siap minta simpati pulak dengan rakyat dengan mengatakan BN menyalahgunakan kuasa. Yang mempertikaikan juga ramai terdiri daripada ahli-ahli DAP yang dinafikan hak untuk mengundi.

Diberitakan sebanyak lebih 700 perwakilan telah tidak diberikan peluang untuk memilih anggota CEC dalam konvensyen yang lepas. DAP ni ingat semua perkara boleh dipolitikkan.
 
Yang menipu dalam pemilihan CEC dulu ialah DAP. Kenapa takut sangat hendak mengadakan pemilihan semula kerana telah terang dan nyata berlaku penyelewengan semasa proses pengiraan undi.  DAP yang menyalah gunakan kuasa tetiba dia nak kata pulak BN yang salah guna kuasa. Cerminlah diri tu dulu wahai Kit Siang Ikan.
 

Hasrat Kit Siang bertanding guna lambang Pas dipersoal

KERATAN paparan muka akaun twitter milik Lim Kit Siang yang mengesahkan kenyataannya bercadang bertanding atas lambang Pas jika parti DAP digantung pendaftarannya.
 
 
KUALA LUMPUR 23 Mac - Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.
Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.
 
"Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Online petang ini.
 
Zainal Abidin diminta mengulas kenyataan Kit Siang di dalam akaun twitternya hari ini berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP.
 
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk para ahli dan bekas pemimpin DAP telah mendesak ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selepas berlaku “kesilapan" ketika pemilihannya tahun lalu.
 
Menurut Zainal Abidin, sekiranya hal itu berlaku, DAP secara tidak langsung dia telah menunjukkan belang untuk mempergunakan Pas untuk menjadi alat perjuangan politik mereka dan wujud persengketaan antara Pas dan DAP jika keputusan PRU-13 memihak kepada parti kedua terbesar orang Melayu itu.
 
Semenatara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak mungkin DAP akan menguasai Pas jika parti itu memenangi PRU-13 kerana yakin bilangan ahli parti itu lebih ramai berbanding DAP.
 
"Kita mengalu-alukan calon-calon DAP menggunakan Pas dan PKR untuk bertanding di dalam PRU-13. Di dalam parti Pas sendiri, kami mempunyai sayap parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam.
 
"Setakat ini, kami telah menerima penyertaan lebih 30,000 ahli di dalam dewan himpunan itu," katanya.
 
Bagaimanapun, menurut Mustafa, para pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang berhasrat bertanding atas tiket Pas perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Pas terlebih dahulu. - UTUSAN ONLINE
 

   alt
Cerita ada di sini
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment