Sunday, March 24, 2013

Tidak Menjadi Kesalahan Jika Tidak Lagi Mengundi PAS..


Sudah berkurun Pas mengzalimi rakyat dgn kutipan ini.. Bila nak berhenti??
      

Dulu lainlah Pas ni kononnya memperjuangkan Islam. Pas kononnya ingin membentuk negara Islam. Pas kononnya ingin melaksanakan hukum Islam. Pas kononnya ingin mendaulatkan Islam. Pas kononnnnn!!! kononnnn!!!! kononnnn!!! KINI????????????????
 
Dulu pengundi takut-takut, betul ke berdosa jika tak mengundi PAS? Pengundi terutamanya yang ingin kelihatan alim, bertanya betul ke kalau tidak mengundi PAS tidak masuk syurga.? SEKARANG???????? Siapa lagi yang ingin memperdulikan amaran atau ugutan tersebut?? Berbuihlah mulut ustaz janggut tu membuat fatwa baru, orang dah tak nak ikut dah.. Silap hari bulan diapun akan mencukur licin janggutnya itu.
 
 
 
Terdesaklah ni.. minta orang Melayu undi Pas, tapi tak bangga jadi Melayu..
 
Persatuan Ulama Pondok Kelantan secara terang-terangan mempertikaikan kerjasama antara PAS dengan DAP dan PKR. Mereka sebulat suara mengatakan hari ini jika mengundi PAS adalah Haram.
 
Kemudian timbul pula kumpulan ulama Pengasas Minda Ulama Pondok yang diketuai oleh Ustaz Zainal Abidin Awang yang begitu lantang menolak Pas dan juga mengatakan adalah haram mengundi PAS atas alasan yang sama.
 
Nik Aziz pernah dicabar supaya berdebat dengannya oleh Ustaz Mohd Nor semasa lawatan beliau ke atas sebuah keluarga dalam kempen pilihanraya di Kelantan. Bertekak mereka dan Nik Aziz memang tidak dapat menjawab tentang ke logikan Pas bersama dengan DAP. 
 
Dulu sedap mulut je puak-puak PAS ini menuduh orang UMNO dan orang melayu kafir kerana bekerjasama dengan bangsa lain. Kini puak-puak PAS ini mengkafirkan diri dan pengikut mereka sendiri kerana bekerjasama dengan DAP yang nyata dan jelas memusuhi Islam.
 
Puaslah puak pencacai hendak menegakkan benang yang basah dengan mengatakan UMNO lebih lama bekerjasama dengan MCA, UMNO tolak Islam, UMNO tolak hudud dan pelbagai dakyah lagi. Sekarang??????????????????
 
Telanlah ludah sendiri. Telanlah kahak hijau sendiri. Peluklah DAP, sanjunglah DAP. Apabila agenda DAP berjaya akhirnya kelak meletakkan Islam begitu hina di bumi ini, tangisilah sendiri nasib badan. Salahkan diri sendiri. Apabila akhirnya nanti guru-guru agamapun takut untuk memakai serban, maka salahkanlah diri sendiri.
 
Nak buat negara berkebajikan konon, UMNO sudah berpuluh tahun melaksanakan negara berkebajikan. Hj Hadi gatal mulut pula dalam usaha untuk menyakinkan DAP dia kata dia akan mempertahankan Perlembagaan yang sedia ada. Mak oii aii, dulu dialah yang mengatakan ini Perlembagan Jahiiliyyah, sekarang dia nak pertahankan pula. Betullah puak-puak ini menerima pembalasan daripada perbuatan mereka dahulu.
 
Hairannya mereka masih berani nak bercakap soal Islam, soal mempertabatkan Islam, memperjuangkan Islam, UMNO tolak Islam, pada hal mereka sudah secara tidak langsung menghina Islam dengan begitu teruk sekali. Bertambah hairan masih ada penyokong tegar yang yakin dengan gimik dan sandiwara terancang pemimpin mereka ini. Walaupun tidak ramai, namun masih ada yang sanggup bertakbeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrr dalam ceramah mereka.
 
Gagal menarik pendengar dengan kisah dongeng mereka maka kini mereka gunakan artis pulak. Baru dua hari menghantar borang PAS sudah terlalu bijak bercakap pasal Islam. Abby Abadi sebagai contohnya, semasa dia belum bertudung dia masih bersopan dan berbudi bahasa dan mulutnya masih terkawal. Dia kononnnnnnnnnnnnnnnya ingin berhijrah mencari keredhaan Allah.
 
Malangnya setelah memakai jubah PAS, mulutnya bertambah bisa, dia bertambah meroyan. Jika dulu tidak pandai memfitnah, kini sudah pandai. Jika dulu tidak tahu mengutuk selain daripada mengutuk Norman Hakim dan Memy, kini semua orang sudah dikutuknya. Tidak adakah para pemimpin di dalam PAS yang memberitahu dia bahawa cara dia, kata-kata dia dan perbuatan serta perwatakan dia tersebut bukanlah merupakan ciri-ciri seorang muslimah Islam yang sebenarnya.
 
Dulu semasa tidak bersama PAS, para artis ni takut-takaut hendak melakukan dosa. Mereka berhati-hati. Kini sudah menyertai PAS segala-galanya mereka tidak takut lagi. Jauh sekali daripada takut melakukan dosa. Sebab itu dari dulu lagi Jokiden menganggap yang tidak takut dengan dosa ialah ahli PAS. Yang berani melakukan dosa ialah ahli PAS. Yang tidak dapat mengawal mulut masing-masing ialah ahli PAS. Masuk PAS bermakna mereka mendedahkan diri mereka daripada suasana yang baik kepada suasana yang lebih buruk. Itulah nasib mereka.

Kepada pengundi di luar sana ingatlah, jika tidak memberikan undi kepada PAS kalian telah menyelamatkan dan mempertahankan kemuliaan agama Islam ini. Sebaliknya jika memberikan undi kepada calon2 PAS, DAP dan PKR maka kalian telah bersubahat. 

Baca juga lagi kisah kezaliman PAS di sini.  
 
 
 Lagi kumpulan Pondok dan mereka yang belajar dialiran agama menolak Pas.Admin rasa Nik Aziz kenal individu yang sedang berbicara itu ?
 
 
 
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad MENEGASKAN “Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram”demikian ditegaskan Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan 
Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.
“Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,” katanya

Perjuangan PAS nampaknya semakin pudar dan amat jelas terpesong jauh dari landasan Islam dan ini adalah faktor penyebab ramai golongan Ulama2nya serta penyokongnya bertindak menyatakan mengundi Pas ibarat merosakkan Akidah dan lebih berat lagi ialah dengan mengundi Pas haram Hukumnya. 
Tidak hairanlah PM katakan tahun ini Pas bakal menghadapi PRU13 Paling getir kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan Kerajaan Barisan Nasional yang Nampak Relevan memajukan Islam.malah Pas terpaksa melawan pengikutnya sendiri dalam PRU13 ini.@PM  & READ MORE AT http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/02/bekas-dewan-ulama-pas-istihar-haram.html
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment