Sejak menceraikan seorang isterinya dan mendapat isteri baru, Ostad kaunseling jam 3 pagi ini telah lama menyepikan diri. Sampaikan orang lupa tentang dia ini yang memegang kod 71 di kad pengenalan dia.
Mungkin teruja dengan 'publisiti' melampau yang diterima oleh Tian Chuak, dia juga tidak mahu ketinggalan dalam arus media sosial yang menggila ini. Dia juga ingin tunjuk hebat. Dia juga ingin jadi popular semula tambahan hari mengundi sudah makin hampir.
Dia ni terkenal dengan suka belasah isteri-isterinya. Dia juga suka kawin dan suka cerai. Kisah khalwatnya dengan isteri orang suatu ketika dahulu mendapat liputan media sosial. Baca sini.
Sibuk dia menuduh kisah dia ditangkap berkhalwat jam tiga pagi sebagai konspirasi UMNO/BN. Hah, mana dia konspirasinya, cer citer. Last-last kawin juga dengan bekas isteri orang tersebut.
Mencari populariti dengan cara yang salah. Kini dia juga seperti Tian Chuak turut menggelar anggota keselamatan sebagai 'anjing' dengan harapan dia akan lebih diberi perhatian daripada sekutunya Tian Chuak.
Ikuti kisah di di bawah seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Ikuti kisah di di bawah seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Gelar pasukan keselamatan sebagai anjing, Badrulamin didesak minta maaf
KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.
Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.
"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?
"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."
Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.
Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.
"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.
"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya. - UTUSAN
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment