Sunday, March 24, 2013

Nuar Bersilat Lidah Lagi Di Majidee


Kagum pakcik tu dengan pencak silat lidah dia..
 
 
Telah banyak kali dah Nuar ni berkata bahawa UMNO takut dia mendapat kuasa sebab mereka akan dipenjarakan kerana salah laku, merompak harta rakyat dan menyeleweng. Semua pemimpin UMNO/BN termasuk yang bekas-bekas seperti Tun Mahathir dan Tun Daim akan diseret ke muka pengadilan. Itulah sebab kononnya semua orang tidak inginkan dia naik berkuasa. Piiiiiraaaaaaaaahhhhhh!!!!
 
Menyedari bahawa kata-katanya itu tidak termakan oleh rakyat, maka di Majidee, JB malam tadi dia pusing pulak dah. Dia kata dia telah memaafkan Dr Mahathir dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan sekiranya berkuasa kelak. Kah..kah..kah..kah..
 
Dia ni kalau tidak menipu tidak sah, sebab itu blogger BN menggelarkan dia sebagai Ketua Penipu. Sah-sah dia berkata di Sabah dan videonya ada di bawah, yang dia menghina Hj Hadi mengatakan Presiden Pas tersebut tidak tahu apa-apa tentang agama, alih-alih malam tadi, dia pusing lagi dengan menuduh UMNO pulak yang mengatakan Hj Hadi tidak tahu apa-apa dan main ikut sahaja.
 
Tetapi apa kita nak hairankan ya tak, video yang 99.99 tulinpun dia boleh pusing dan penyokongnya percaya juga dengan penipuan tersebut.
 
Semasa berceramah di Taman Megah Ria, Pasir Gudang, dia sudah mengwar-warkan bahawa semasa ceramah di Majidee nanti, dia akan mengumumkan siapa calon yang bakal mewakili pakatan haram di kubu kuat UMNO di JB. Dia tipu lagi, mana ada pengumuman.
 
Sebenarnya itu taktik dia je nak mengghairahkan orang supaya datang mendengar ceramah kerana di banyak tempat ceramah dia sudah tidak laku lagi. Taktik itu berjaya dan berkumpullah penduduk JB tentunya termasuk orang-orang UMNO untuk mengetahui kononnya siapakah calon pakatan di situ. Maka dapatlah kehadiran sebanyak lebih kurang 2,000 orang. Semuanya tertipu oleh Nuar.

Video di Sabah..dia kata Nik Aziz dah tak faham agama..
 
 
Bijak betul Nuar ni bersilat lidah. Dia menterbalikkan isu yang mengena kepada dirinya dengan menuding ke arah orang lain. Maka hidup-hidup penyokongnya ditipu dan mati-matian penyokongnya percaya dengan semua kelentong dia. Masanya akan tiba dimana semua orang tidak lagi akan mempercayai apa yang dia kata dan akan kata.

Anwar terus rahsia calon Parlimen JB, akui ia kubu kuat UMNO

JOHOR BAHRU 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki tentang calon yang bakal mewakili pakatan pembangkang bagi merebut kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di padang awam Kampung Melayu Majidee, di sini malam tadi, beliau hanya mengulangi retorik ucapan tanpa membuat pengumuman yang dijanjikan pada program ceramah pembangkang di Pasir Gudang pada 18 Mac lalu.

Bagaimanapun beliau mengakui, Parlimen Johor Bahru adalah kubu kuat UMNO, oleh itu pakatan pembangkang perlu bersabar dalam usaha mereka untuk cuba merampas kerusi yang kini dipegang oleh tokoh Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

"Johor Bahru, semua orang beri tahu susah, sebab ini kubu kuat UMNO tetapi rakyat ramai dan kita nak bangkitkan kesedaran rakyat," katanya kepada kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir di tapak ceramah yang terletak berdekatan dengan kawasan perniagaan tersebut.

Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua PKR Cabang Johor Bahru, Tan Poh Lai.

Dalam program ceramah di Taman Megah Ria, Pasir Gudang pada Isnin lalu, Anwar memberitahu, beliau akan mengumumkan calon pakatan pembangkang untuk Parlimen Johor Bahru selepas mengesahkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah dan meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur, Perak.

"Kit Siang adalah tokoh besar dalam DAP dan beliau keluar dari kawasan selamat di Ipoh Timur untuk datang bertanding di Gelang Patah. Saya akui ada kontroversi sedikit tetapi kita ambil kira pengorbanannya," katanya lagi.

Anwar juga memberitahu, sudah memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana pembangkang mengamalkan politik kasih sayang dan menasihatkan penyokong pembangkang agar tidak berdendam dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.


"Kini isu paling besar yang digunakan adalah kita ini (pembangkang) sudah tidak Melayu lagi. Pas, Tok Guru Nik Aziz pun dah tolak ansur banyak sangat dah... Allah pun dah bagi kepada Kristian, mereka kata Tok Guru Hadi Awang pula tak berapa nak faham Islam," katanya. - UTUSAN ONLINE


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment