Monday, March 25, 2013

Lagi Dan Lagi Petanda Pas Akan Kalah Di Kelantan.

Minta maaflah, tajuk di atas memang saya suka sangat. 
 
 
 
 
Jokiden pernah menulis di sini, kali inilah sekiranya jentera BN Kelantan memasuki gerbang PRU13 dengan penuh tenaga dan ceria, rasanya sohihlah Kelantan akan dapat ditawan. Dulu-dulu tidak ramai yang berani nak 'mengucapkan' selamat tinggal' kepada PAS dan perjuangannya ini terutamanya di Kelantan.
 
Sejak mutakhir ini gelombang merah seolah-olah tidak dapat disekat lagi dan PAS kelihatan semakin terdesak untuk mempertahankan diri daripada asakan UMNO/BN. Yang bakal penentu mungkin hanyalah pengundi luar yang berjumlah beratus ribu tersebut kerana selalunya apabila kembali ke Kelantan mereka akan teruja untuk mengundi PAS.
 
Dulu jika adapun yang keluar atau menunjukkan tentangan terhadap PAS hanya segelintir dan PAS mudah sahaja mengatakan itu sebenarnya orang-orang UMNO yang diupah untuk berlakon.Namun sekarang daripada penduduk di desa pendalaman sanggup berdemo di dalam hutan dan kebun sehinggalah kepada tok-tok lebai yang berserban di bandar-bandar semuanya beranai mengucapkan 'selamat tinggal' kepada PAS.
 
Ombak perubahan dan semangat 'tukar' kini rasanya adalah lebih kuat daripada apa yang pernah dialami pada tahun 2004 dahulu. Rakyat sudah semakin jelas dengan penipuan PAS dalam soal pembangunan dan juga dalam soal mempertabatkan Islam.
 
Rakyat Kelantan sudah semakin menerima perjuangan UMNO untuk menaikkan syiar Islam di negara ini walaupun tanpa slogan yang molek-molek. Mereka sudah mula menyedari bahawa segala-galanya tentang Islam adalah hasil perjuangan UMNO.
 
Namun masih ada yang tegar dan percaya dengan kata-kata Tok Guru bahawa UMNO tolak Isle, UMNO Assobbiyah dal pelbagai tuduhan lagi. Namun mereka juga melihat PAS telah terlalu condong ke arah sekularisma apabila bersetuju menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR.
 
Banyak perkara yang suatu masa dahulu menjadi kepantangan PAS kini semuanya sudah boleh diterima dan dipraktikan oleh kepimpinan PAS semata-mata untuk meraih sokongan daripada ahli DAP. Ini sebenarnya telah membuka lebih banyak mata dan minda rakyat Kelantan sendiri. Akhirnya mereka berpendapat UMNO jauh lebih baik dari PAS.
 
Sekurang-kurangnya UMNO cakap serupa bikin, sebaliknya PAS cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa PAS. 
 

Semakin ramai ahli, penyokong Pas sokong UMNO, BN

SEBAHAGIAN penduduk melaungkan kata-kata 'Selamat Tinggal Pas' pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
 
SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
 
MOHD. Zawawi Awang berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
 
 
PASIR PUTEH 25 Mac - Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
 
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.
 
Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.
 
Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
 
Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.
"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya. - UTUSAN ONLINE



 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment