Menyertai PAS, duduk diam-diam, jangan usik orang lain, maka tiada sesiapa yang kisah. Tetapi jika masuk PAS terus sahaja melalak siang dan malam, kononnya telah berhijrah dan ingin mencari keredhaan Allah SWT, tetapi memaki hamun orang lain maka tunggulah diri sendiri juga akan dimaki hamun.
Ini sebenarnya yang terjadi kepada beberapa orang artis yang merasakan diri mereka super hebat, super maksum, super bersih dan pelbagai super lagi. Ramai juga artis yang menyertai parti pembangkang tetapi bijak membawa diri, maka pendirian mereka juga turut dihormati oleh orang lain.
Namun Jokiden pernah menulis jangka hayat sesiapa sahaja yang tidak pandai mencaci, sumpah seranah dan maki hamun setelah menyertai PAS sudah pasti tidak akan lama. Mustafa Kamal, Wahidah dan ramai lagi, jika tidak mengambil bahagian dalam ceramah politik PAS, gagal menabur fitnah, maka kehadiran mereka di dalam Pas sudah tentu tidak akan meninggalkan bekas.
Lain halnya dengan Hairie Othman, Aishah, Abby dan Bob Lokman. Mereka ini memilih pendekatan songsang dan u turn 360 darjah. Mereka ini kelihatan angkuh dan nawaitu sebenar kenapa mereka memilih untuk berjuang bersama PAS adalah diragukan. Mereka bukan berhasrat untuk berhijrah daripada dunia yang kurang baik kepada dunia yang lebih baik.
Sebaliknya mereka berhijrah kerana mempunyai dendam kesumat kepada pihak-pihak tertentu. Umpamanya Aishah, sebab hal dia dan anaknya tidak 'dilayan' oleh Datuk Seri Sharizat. Sementara Abby Abady pula menyerta PAS akibat terlalu tensionkan Norman Hakim dan Memmie dan inginkan escapisism.
Bob juga memaklumkan dirinya juga diletakkan sebagai ‘umpan’ dalam parti PAS bagi menarik orang ramai menyertai PAS dan mengundi parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. “Sebagai artis ini, kredibiliti dia memang untuk pancing undi. Tak perlu tunjukkan sikap pandai politik. Contohnya, saya diletakkan sebagai umpan, saya selalu diletakkan di hujung ceramah supaya orang ramai tunggu saya untuk dengar saya bagi ceramah. Kalau awal-awal saya bercakap, hujungnya nanti tak ada orang nak dengar,” kata Bob. Mak oii riaknya dia.
Kenyataan-kenyataan mereka sering mengundang polimik ataupun kontroversi. Jika tidak masuk politik bermakna dia tidak masuk Islam. Ini bukan salah ibu mengandung ni. Ini tersalah bawak setelah menyertai PAS.
“Untuk masuk Islam, saya perlu masuk politik. Ini tanggungjawab sebab saya perlu untuk bersama kumpulan untuk sampaikan Islam. 1 Malaysia tak semuanya Islam. Bulan kedua saya isytiharkan saya mualaf. Dalam IC atau surat beranak tulis Islam tak semestinya Islam. Selepas tiga tahun ini baru saya tahu saya Islam. Saya masuk Pas bukan sebab saya nak tapi tiba-tiba dipanggil.
Kenyataan yang boleh dianggap melampau oleh Bob Lokman ini. Jika ibu bapanya tersilap didik apakah dia juga akan tersilap didik anak-anaknya nanti. Namun apa kita hairan kerana di dalam minda pengikut PAS sudah tertanam satu keyakinan bahawa diri mereka sahaja yang betul, diri mereka sahaja yang alim dan diri mereka sahaja yang islamik. Orang lain di luar kelompok PAS semuanya tidak islamik. Inilah kesilapan besar yang terjadi kepada hijrah beliau.
Dia juga sebenarnya sedar bahawa diri dia dipergunakan oleh PAS. Dia sebagai artis mempunyai peminat dan PAS kini tidak mampu lagi untuk menarik pendengar ke ceramahnya melalui pendekatan alim ulamak mereka. Sebab itu mereka beralih dan berubah cara dengan menganjurkan konsert, lelong awam dan futsal demi menarik penyokong membanjiri ceramah mereka. Artis digunakan sebagai salah satu cara menarik orang supaya datang ke program mereka.
“Kerja politik memang begitu, guna artis untuk sampaikan hasrat dan matlamat parti. Jadi, kredibiliti saya terbukti kerana memang saya berjaya untuk pancing undi,” katanya Di Karangkraf 26/3/13.
Sesungguhnya keangkuhan, keriakan dan ketakburan ini tidak akan ke mana dan tidak akan kekal lama. Tiba masanya dia pasti akan tercari-cari cra lain untuk menonjolkan diri setelah PAS akan meminggirkan dia kelak.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment