Tuesday, March 26, 2013

Nik Aziz Sanggah Kenyataan Tun Daim..


 
 
Patutlah apa sahaja yang diperkatakan tentang Nuar Brahim ni Nik Aziz tidak ambil pot langsung. Rupa-rupanya dia selama ini menganggap Nuar ni 'budak cerdik' yang UMNO tidak mampu kalahkan. Dulu dia kata Nuar ni suci sesucinya.
 
Maknanya dia ingin menumpang di atas 'kecerdikan' Nuar ni. Cerdik dalam bidang apa, entahlah hanya dia yang mampu menjawabnya. Namun yang kita faham tentulah cerdik dalam bidang atau sepak terajang politik. Nuar juga terkenal dengan kehebatan dia bersilat lidah.

Nuar diakui cerdik dalam mengalihkan isu, menterbalikkan isu, memutar belitkan fakta dan isu dan juga cerdik dalam merekasaya fitnah. Menafikan sesuatu dan menuding pula jari ke arah orang lain juga adalah merupakan kepakaran Nuar.
 
Bagi Nik Aziz hanya Nuar yang boleh merealisasikan cita-cita politik Pas untuk mendapat lebih kuasa dalam negara ini. Hanya Nuar yang boleh diharapkan untuk mengekang kemorosotan pengaruh PAS dalam politik tanah air.

Kisah moral dan peribadi Nuar tidak seharusnya diambil kira kerana yang penting kononnya Nuar ini boleh diharapkan untuk membela rakyat dan membela agama Islam. Kenapa dangkal sangat pemikiran puak-puak PAS ini tidaklah kita ketahui.

Kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan Nuar sebenarnya sudah expired dan tidak perlu diberikan perhatian tentunya amat menyinggung perasaan Nik Aziz. Kata Tun Daim Nuar sebenarnya amat suka sekiranya setiap hari TV3 dan Utusan Malaysia atau NST menyiarkan kisahnya kerana itu cara dia mendapat publisiti percuma.

Pengkisahan tentang pergerakannya di dalam media massa arus perdana juga amat disenangi oleh Nuar kerana seolah-olah dia masih penting dalam senario politik negara ini. Membicarakan tentang politik tanah air dan PRU seolah-olah tidak lengkap sekiranya tidak menyebut nama Nuar. Ini yang dia suka.

Jadi elok sangat diikut nasihat Tun Daim, media arus perdana jangan lagi sibuk memberikan perhatian kepada si Nuar ni. Biarkan dia terus menyanyi lagu apa yang dia suka. Jangan pedulikan.

Nik Aziz juga pastinya tersinggung apabila Tun Daim menyatakan bahawa Nuar ini tidak cukup cerdik dalam bidang ekonomi. Dia tidak akan mampu mengurus ekonomi apabila diberikan amanah tersebut.

Bagi Tun Daim pertumbuhan ekonomi negara akan lebih terurus sekiranya dikendalikan oleh DS Mohd Najib. Sebab itu pilihan Tun Daim dan rakyat terbanyak ialah DS Mohd Najib lebih sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dengan Nuar. Habis kau Nuar.. 
 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

1 comment: