Anak beranak memijak gambar orang.. tak pernah berlaku dalam dunia ni.
Apa kena dengan Guan Eng ni, makin dekat dengan PRU makin meroyan pulak dia. Hari tu dia kata sistem microsoft rosak dan tersalah kira undi CEC. Mulanya tiada calon Melayu menang. Selepas teruk kena belasah dia menangkan pula calon Melayu. Suka hati dia je macam mana dia nak tadbirkan DAP ni. Itupun PAS masih nak ikut.
Kemudian hari ini dia kata lagi, key board dia rosak, nak tekan nombor 4 tertekan nombor 6. Dia kata tersilap taip takkan itupun nak diperbesar-besarkan oleh UMNO/BN. Dia tersilap taip tentang jumlah kos Terowong Guan Eng dengan konsesi tol selama 30 tahun itu.
"Dalam 10 kali, hanya sekali kita tersilap sebut sedangkan sembilan kali lagi kita menyatakan kos yang betul.
"Jadi saya tidak faham mengapa Khoon Leng hendak memilih kos yang silap itu dan tindakannya dilihat tidak profesional," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini
Bila orang cakap dia kata tidak profesyenal. Tetapi bila dia tuduh pro pulak dia. Bila orang pertikai soal kos dia kata pula perkara itu remeh temeh.
Dulu siap dengan detail sekali dia kata kos projek cuma RM4.08 Billion. Wah, kini sudah naik menjadi RM6.3 billion. Masyuk ke!!!!???. Dalam manifesto DAP sibuk dia nak hapuskan semua tol, tetiba Terowong Guan Eng ni dia nak kenakan tol pulak selama 30 tahun. Biar betul dia ni.
Dia kata lagi, kalau tidak ada tol nanti kalah bicara apabila UMNO/BN bawa ke mahkamah. Ke situ pula perginya. Menteri Kerjaraya kata itu semua dongeng rakyat menjelang PRU13.
Lebih menyedihkan tidak ada proses tender terbuka. Tidak ada kucing pun (CAT) Sudah bagi tender baru tubuhkan syarikat RM2, kononnya nak menjaga kepentingan kerajaan negeri.
Merajuk betul dia apabila Khoon Leng terus mempertikaikan tentang kos tersebut. Dalam hati dia mungkin berkata "apa ni, orang Cina nak mempertikaikan orang Cina.." Dalam 10 kali dia betul, sekali dia silap takkanlah Khoon Leng tidak boleh maafkan.
Dia lupa mungkin, ada beribu-ribu kebaikan BN selama 55 tahun memerintah ini, namun terdapat satu dua kepincangan maka yang itulah asyik di canangkan oleh puak pakatan. Semua yang baik-baik tersebut sudahlah tidak disyukuri, tidak berterima kasih dan tidak dihargai, malah dihasut pula rakyat supaya membenci kerajaan UMNO/BN ini.
Inilah masalah dengan Guan Eng ini, Chief Minister with power and CAT tetapi tidak boleh dikritik langsung. Rakyat Pulau Pinang kena ambil perhatian dan kena tukar dia ni dan pilih anak tempatan untuk menerajui kerajaan Pulau Pinang selepas PRU13 kelak.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment