Monday, April 1, 2013

Ketuanan Melayu.. Nizar Lilin Semakin Melampau..

 
Dia ni ingat ke tidak ni..

Mabuk ke si Nizar Lilin ni, bila mengatakan ketuanan Melayu harus dihapuskan jika nak masyarakat bersatu padu. Ada berpuluh-puluh contoh yang diketahui oleh rakyat yang membuktikan bahawa PAS adalah punca perpecahan dikalangan rakyat.
 
Apa masalah dengan ketuanan Melayu ini??? Dia pergi belajar ke luar negara juga disebabkan oleh ketuanan Melayu ini. Dia kata Orang Melayu membenci orang Cina, orang India membenci orang Melayu, orang Cina membenci Melayu dan India.
 
Jika itu keadaannya mana mungkin negara ini terus aman makmur sejak UMNO/BN menjadi teras pemerintahan negara ini. Yang susahnya apabila PAS mendapat sedikit kuasa, DAP mendapat sedikit kuasa dan PKR mendapat sedikit kuasa, maka mula puak-puak ini menanam bibit-bibit kebencian dan ketakutan dikalangan rakyat.
 
Itulah cara mereka untuk mendapatkan lebih kuasa. Tetapi memanglah pencacai mereka mengatakan dalam ceramah mereka bahawa UMNOlah kononnya yang cuba menakut-nakutkan rakyat. UMNO bukan nak menakut-nakutkan rakyat tetapi cuma nak memberi peringatan sahaja kerana telah banyak bukti apabila kumpulan ultra kiasu ini mendapat kuasa maka mulalah cacing naik ke mata, diberi betis hendakkan peha. ini yang bakal mengundang mala petaka.
 
Takkanlah benda mudah tersebut Nizar Lilin ni tak faham. Dungu sangat ke, mungkin juga sebab itu sanggup mengadakan sidang DUN di bawah pokok.  Lupa ke dia meluluskan tanah tol selama 999 tahun semasa menjadi MB Perak dulu.

Tak payahlah si Nizar ni nak mengajar orang supaya merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran, kerana apa yang dia lakukan dan perangai diapun tidak melambangkan cici-ciri ke Islaman yang tulin. Banyak perkara yang bercanggah dengan Islam yang beliau lakukan. Cermin diri dululah wahai Nizar lambai.
 
Kalau nak mengajak rakyat menolak kerajaan yang mengamalkan rasuah, maka contoh terbaik ialah menolak DAP, PKR dan PAS kerana rasuah dalam kerajaan yang mereka pimpin adalah jauh lebih memudaratkan daripada apa yang UMNO/BN lakukan.
 
 

Ketuanan Melayu mesti 'dihumban' keluar - Nizar


LUMUT 27 Feb. - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.
 
Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.
 
"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.
 
"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.
 
Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.
 
Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.
 
Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.
 
"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya. - UTUSAN

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PECAYA PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Sekolah ke tidak Nizar ni. Orang Melayu menggelar diri 'hamba' memanggil Raja 'Tuanku'. Jelas tuan orang Melayu adalah Raja Raja Melayu. Menghapuskan ketuanan Melayu ertinya menghapuskan Raja Raja yang melindungi hak Melayu.

    Kesimpulannya Nizar menderhaka kepada yang Di pertuan Agung kerana itu wakil Raja Raja Melayu. Nizar telah mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung!

    ReplyDelete