Friday, April 5, 2013

Syok Punya Pasal.. Sampai Tersilap Umum Nama Calon..

 
  
 
 
 
Abdul Rahaman Ramli, Pesuruhjaya 11 PAS NSDK telah mengumumkan bahawa Mohd Fairuz Mohd Isa selaku Ketua dewan Pemuda PAS Jempol akan bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol.
 
Pengumuman itu dibuat di FELDA Raja Alias Empat, Serting dalam satu majlis ceramah yang juga di hadiri oleh Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sapu.
 
Namun disebabkan syok punya pasal, Mat Sapu sudah tidak peduli lagi, dia berkuasa untuk mengumumkan sri kandi PAS yang baru iaitu penyanyi Aishah sebagai winnable candidate bagi PAS untuk menentang BN di Parlimen Jempol.
 
Mat Sapu membuat pengumuman itu yang dikatakan Aishah juga tergamam kerana dibuat secara spontan di markas PAS  Taman Melewar Kuala Lumpur. Amik kau dua calon telah diumumkan.
 
Cakap besar tak adalah, PAS boleh letak sesiapa sahaja dan bawalah apa isu sekalipun Parlimen Jempol Insya-Allah kekal milik UMNO/BN dengan majoriti yang meningkat.


PRU-13: Pas N. Sembilan, Pusat tak sehaluan pilih calon Parlimen Jempol?

SEREMBAN 4 April - Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.
 
Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
 
Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.
 
Nama Aisyah bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
 
Mengulas mengenai perkara ini, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani mengakui bahawa pengumuman dua calon yang akan bertanding di Jempol dibuat kerana Mohd. Fairuz dipilih di peringkat negeri manakala Aishah pula oleh Pas Pusat.
 
Pertemuan dengan Pas Pusat bagi membincangkan calon yang akan bertanding di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi.
 
"Selepas perbincangan itu, siapa calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan dijangka akan diumumkan," katanya. - UTUSAN ONLINE



   Photo


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

2 comments:

  1. Abang Mat sapu dah tak tahan melihatkan kegebuan si Aisyah..kecur dan meleleh laa air liur bang mat..nanti boleh la abg mat kata"bau @#$% aisyah masih lagi melekat kat idung..abang mat tak sanggup nak basuh laa"

    ReplyDelete
  2. Tak adalah bezanya mat sapu dengan mat hassan kalau macam tu. Dia pun dah umumkan dia akan bertanding walaupun presiden umno sendiri pun belum umum calon yang bakal bertanding. Berani betul mbns nikan. Ketua2 perhubungan negeri lain nampaknya akur dengan segala keputusan yang bakal dibuat oleh presiden parti. Nampaknya tokoh korporat kita ni memang ada pandangan lebih jauh dari presiden. Hebat betul mbns ni. Jangan tersilap percaturan sudahlah.
    Orang yang selalu mendahului takdir Allah swt ni selalunya rugi. Tak apalah. Kita tunggulah ..insyaallah

    ReplyDelete