Tuesday, April 2, 2013

Saya Calonkan Nama Saya Sendiri... Ahmad Said. Kah..Kah..Kah..Kah..

   
 
 
 
Ada pula yang gatal mulut menyebarkan berita bahawa MB Terengganu yang hebat ini tidak akan bertanding dalam PRU13 kelak.
 
Ada pula yang gatal tangan asyik menghantar SMS kepada ramai orang mengatakan Datuk Seri Ahmad Said ini tidak akan dicalonkan dalam PRU13 kelak.
 
Namun biasalah kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Mungkin ada sesuatu disebalik penyebaran sms tersebut samada oleh puak pakatan haram ataupun dikalangan orang-orang BN sendiri.
 
Dalam keadaan masa yang semakin suntuk ini, kerana mungkin lusa mungkin tulat Parlimen akan dibubarkan, tentulah berita-berita sebegini tidak elok untuk didendangkan. Walau apa motif sekalipun berita sebegini jika tidak segera ditangani akan membawa kesan yang kurang baik untuk UMNO/BN.
 
Kepincangan mungkin ada di mana-mana, namun bagi pihak luar jika ukuran prestrasi hendak diberikan kepada MB Terengganu ini, dia rasanya berhak untuk mendapat A.
 
Dia berjaya mengamankan suasana politik UMNO/BN di terengganu disamping kejayaan dia merudumkan sisa-sisa politik PAS dan PKR di negeri Penyu ini. Pembangunan nampaknya seimbang luar dan dalam bandar. Kedatangan pelancung asing juga nampaknya meningkat di zaman beliau menerajui negeri batik tersebut.
 
Betul juga kata dia, sebelum nama orang lain dihantar kepada Perdana menteri, dia terlebih dahulu mempastikan yang nama dia awal-awal lagi sudah tersenarai. Jika akhirnya nanti dia masih tidak terpilih bertanding, mungkin PM mempunyai agenda lain untuk beliau. Kita doakan beliau akan terus menerajui Terengganu.
 
 



PRU-13: Spekulasi tidak bertanding hanya fitnah - MB

KUALA TERENGGANU 2 April - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata cakap-cakap politik beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hanyalah spekulasi dan khabar angin.
 
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu menyifatkan adalah tidak logik jika beliau tidak meletakkan nama sendiri dalam senarai calon ketika bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
 
"Ramai yang berfitnah-fitnah kerana kini adalah zaman sains dan teknologi dan dasar langit terbuka. Semua ada kemudahan, dan mereka tulis apa yang hendak dituliskan sehingga kadang-kadang tidak ada asas, maka itulah terjadi fitnah.
 
"Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung calon yang bakal bertanding pada PRU-13 oleh individu tidak dikenali. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment