Sunday, March 31, 2013

99.99 Peratus YB Pakatan Gagal..Dan Dibenci Rakyat..

 
 
 
Pakatan jarang sekali meletakkan calon yang sama bertanding di kerusi yang sama untuk dua atau tiga kali atas alasan untuk memberi peluang muka-muka baru di kawasan tersebut.
 
Sebenarnya tujuan Pakatan berbuat demikian ialah untuk menutup kritikan masyarakat setempat kerana sudah terbukti wakil-wakil rakyat yang mewakili pakatan semuanya tidak menjalankan tugas membela rakyat seperti sepatutnya.
 
Rakyat di satu-satu kawasan tersebut akan mudah merasa bosan dengan muka YB mereka kerana selama menjadi YB tidak ada kebaikan yang mereka perjuangkan seperti yang sering meraka laungkan semasa berkempen.
 
Sebaliknya yang menjaga kebajikan rakyat adalah wakil kerajaan BN dan wakil rakyat pembangkang hanya mengambil elaun setiap bulan, kemudian mengelakkan diri daripada menemui rakyat terutamanya dalam majlis kenduri kendara yang memerlukan sumbangan peribadi.
 
Ini disedari bukan sahaja oleh pengundi yang memilih mereka tetapi juga oleh ahli parti dan pemimpin parti. Sebab itu untuk menyejukkan hati penyokong mereka akan membuat pertukaran kawasan dengan harapan segala kemarahan kepada YB lama akan berkurangan dan calon baru akan diberikan sokongan.
 
Di NSDK umpamanya di DUN Ampangan dan DUN Sikamat, kebanyakan urusan membela nasib rakyat adalah dijalankan atau dipenuhi oleh wakil BN dan kerajaan terutamanya dengan perhatian berat yang diberikan oleh Tok Mat, Menteri Besar NSDK. Jika tidak ada pembelaaan daripada BN, nampaknya nasib masyarakat yang diwakili oleh YB pakatan, akan bertambah malang dan pembangunan di kawasan mereka akan jauh ketinggalan.
 
Inilah sebenarnya kenapa calon-calon PKR, PAS dan DAP suka berpindah randah demi untuk menutup pekung mereka. Di NSDK juga diberitakan bahawa calon-calon DAP akan turut berpindah randah nanti. Baca pandangan ahli DAP di bawah.



Philip Tan Choon Swee, Jenice Lee, Teo Nie Ching, Gobind Singh Deo and Charles Santiago
 
Ceritanya di sini 
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

 

No comments:

Post a Comment