Sunday, March 31, 2013

Ramai Lagi Yang Bakal Dikencingkan Oleh Nuar Nanti..

 
Jangan yang ini pun dia umumkan sebagai calon sudahlah..

Sesuai dengan jawatan esklusifnya sebagai Ketua Umum, Nuar nampaknya semakin aktif mengumumkan nama-nama calon yang bakal mewakili PKR dalam PRU13 kelak. Pemerhati politik faham dengan strategi Nuar ini iaitu selain daripada ingin melihat respon daripada pengundi dan penyokong tegar, dia juga ingin melihat respon daripada kepimpina sendiri disamping riak dari komponen pakatan.
 
Sebab itu dia mengambil langkah-langkah awal untuk mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding  di satu-satu kawasan tersebut. Kini sudah ada yang merajuk, sudah ada yang menghilangkan diri, sudah ada yang bercuti dan sudah ada yang 'booooooo!!!!!' daripada pendengar.
 
Setakat ini nama-nama yang dia umumkan tidaklah ada yang memeranjatkan selain daripada peguam muda bernama Murnei di Paya Besar.

Kebanyakan 'tokoh' yang Nuar umumkan ini memang telah orang kenalpun. Umpamanya Kit Siang Ikan di Gelang Patah, Fauzi Abd Rahman di Indera Makhota, Puuuuuuuuziah Salleh di Kuantan, Azan berpindah ke Terengganu dan Khalid Gagap di Bandar Tun Razak.

Jangan dia tersilap umum sudahlah seperti Hj Hadi tidak bertanding dan Tamrin Ghaffar bertanding di Bukit Katil atau dia terumum Bahlol Sos Tiram Tigo suku bertanding di Semporna Sabah.

Tidak ada kejutan kerana yang diumum adalah samada bekas-bekas pemimpin UMNO/BN atau bekas-bekas Jeneral Tentera dan bekas Pegawai Kanan Polis. Mereka memang telah sedia dikenali oleh penduduk dan rekod mereka juga sudah diketahui dan kebanyakan mereka sudah tamat tarikh luput. No hallah.

Jika 5 Jeneral askar yang bersara tersebut diumumkan sebagai calon-calon nanti UMNO/BN boleh menghantar askar biasa sahaja untuk berdepan dengan mereka dan mendedahkan kesemua salah laku bekas-bekas tentera berkenaan.

Memang telah menjadi trend sekarang ini, segelintir bekas pegawai kanan kerajaan ini apabila telah bersara dan menikmati pencen yang besar setiap bulan, tetapi gagal diserapkan ke mana-mana syarikat senaraian awam atau gagal mendapat kontrak, maka mulalah mereka meroyan dan merasa terpinggir serta tidak puas hati.

Semasa bertugas mereka seperti tuan mengalahkan orang politik. Apabila bersara mereka tidak dapat menerima hakikat yang semua kemudahan yang mereka perolehi semasa bertugas dahulu sudah luput, maka mulalah mereka melalak.

Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi setakat untuk membuat onar dan hiruk pikuk memang mereka mampu terutamanya apabila telah memegang mikropone di pentas ceramah pembangkang.

Menjadi pegawai besar, dipanggil tuan, minyak kereta diisikan, bil dibayarkan, kasut juga dikilatkan, makan disuapkan, minuman ditatangkan dan pintu kereta dibukakan, maka apabila kesemua itu telah hilang tentulah sukar menerima kenyataan dan mulalah mencari 'pasal'. Setelah berpuluh tahun menjadi 'orang besar' tiba-tiba menjadi orang kerdil semula, maka susahlah untuk menyesuaikan diri. Dengan adanya 'penghormatan' dari Nuar yang setia berdiri mendengar dia berucap maka timbullah semula rasa kehebatan diri yang telah mula luput itu.

 
Dalam hati Nuar tu siapalah tahu, air mukanya menceritakan bahawa dia begitu menyampah dengan Jeneral ini.
 

Oleh kerana tidak ada platform yang sesuai untuk terus menonjolkan diri selepas bersara maka mereka memilih cara sengkat dan mudah iaitu mengsongkongkol diri dengan puak pakatan. Tidak ada mana hebatnya mereka, malah perangai mereka yang mendedahkan segala rahsia semasa memegang jawatan dulu adalah sesuatu yang menjijikkan dan perlu dikutuk untuk 7 keturunan.

Pencen diambil dengan rakus setiap bulan, tanpa malu, tanpa segan, tanpa silu, namun jiwa tidak bersih untuk merasa sedikit terima kasih daripada pihak yang memberikan pencen tersebut. Untuk menutup segala salah laku dan menghalalkan tindakan 'belot' tersebut maka bijaklah mereka mengatakan duit pencen adalah datang dari duit rakayt yang membayar cukai. Heh..heh.. betul ke????

Berbalik kepada upacara umum mengumum ini, Nuar terkenal dengan daya tipu dan janji serabainya. Dia tidak kekok untuk berjanji dengan sesiapa sahaja sebagai umpanan. Suatu waktu dulu ianya menjadi lawak jenaka kerana dia berjanji kepada begitu ramai orang untuk menjadi MBNS sedangkan jawatan tersebut hanya satu.

Jangan percaya kepada Nuar ini kerana blogger juga mengatakan dia ni bukan sahaja Ketua Umum, tetapi dia juga sebenarnya Ketua Penipu. Jika boleh semua orang dia nak tipu.

Sejarah silam telah terukir, suatu hari dia bertemu dengan Rahim Thamby Chik, lalu dia berkata Tun Mahathir menyuruh dia meletakkan jawatan. Rahim percaya dan segera meletakkan jawatan dan apabila bertemu dengan Tun Dr Mahathir di waktu yang lain, tun tanya Rahim, "siapa suruh kamu letak jawatan" Terkejut Rahim Thamby Chik. "Kan Tun yang suruh saya letak jawatan?" "siapa cakap?" "Eh Nuar Brahim yang cakap.." Hahaha... kantoi..

Kini dengan begitu banyak bekas-bekas itu dan ini menyertai PKR, tunggulah berapa ramai yang bakal kena kencing nanti.. Tidak mustahil Chua Jui Meng juga bakal terkena nanti.. Mari kita tunggu siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa!!!!.

  
Pergi bercuti bang... lama-lama sikit..

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment