Saturday, April 6, 2013

Ini Yang Menyebabkan Nuar Semakin Nak Pitam Ni..


Tun Daim bercakap lagi. Kali ini dengan akhbar Cina, beliau lebih berterus terang. Ini yang amat merungsingkan Nuar Brahim. Mari kita baca di sini.

Selalunya apa yang Tun Daim cakapkan dengan akhbar berbahasa Melayu, Nuar tidak ambil pot sangat. Namun apa yang Tun Daim bisikkan dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina tentulah akan memberikan kesan atau impak yang berlainan.
 
 
Anak muda India bersama Perdana Menteri di Port Dickson. Samada UMNO atau MIC bertanding di sini kali ini, PKR pasti akan kehilangan kerusi ini. Yang dikejar tidak dapat yang dikendung akan berciciran.

Kembalinya sokongan masyarakat India sebanyak 80% kepada BN ibarat batu besar yang menghempap kepala Nuar. PKR dan DAP ternyata mempersendakan sokongan kaum India semasa PRU12 dahulu dan kini mereka terpaksa menerima akibat buruk.

Kembalinya sokongan ahli-ahli UMNO sebanyak 95% kepada BN pula ibarat kaki Nuar dipijak oleh seekor gajah sesat. Dan paling menyeksakan ialah kembalinya sokongan kaum Cina sebanyak 28% kepada BN menyebabkan PKR akan kehilangan banyak kerusi. Semua ini membuatkan Nuar terus pitam dari sehari ke sehari.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Daim dan tun mahathir kesian buat keje untuk negara ..kita adalah pulak orang yang nak punahkan umno pilah macam zahar ujang. Dongar eh dio pun ado senarai calon yg bakal menghancurkan umno di pilah. Zahar ni patut beronti nak mencaturkan politik pilah ni. Dio pun dah bau tanah dan sepatutnya duduk mosojid beramal. Tak payahlah campur hal politik yo lagi. Zaman dio dah lamo berlalu. Patutnya dio dah sampai tahap menghafal soalan mungkar dan nangkir kek kubur nanti. Sudah2lah zahar !!!!!!

    ReplyDelete